Tuesday, March 14, 2017

Resepi Roti Puri Cik Ponti

As-salam.

Weekend memang hari untuk meng-expirement masakan. So, Cik Ponti try la buat Roti Puri. 1st time makan Roti Puri ni masa balik Alor Setar. Stall tepi jalan bawah pokok. 1st time rasa terus jatuh hati. Sedap. So, ni Cik Ponti share resepi.

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak (Ponti pakai mintak jagung je)
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
3/4 air panas

(resepi ni rasa just nice, tak masin, tak manis)


1) Gaul rata semua bahan.



2) Uli sampai adunan tak melekat di tangan.



3) Bulat-bulatkan adunan yang dah uli tadi. Biar kan lebih kurang 15minit.
4) Lepas adunan kembang, lenyek pakai penggelek
5) Panaskan minyak dan goreng sampai agak kekuningan.





Siap.... Senang kan?



No comments: