Thursday, February 16, 2017

~ Langkawi Trip 2017~

Assalammualaikum...

Langkawi trip ni kami dah plan since 2016 lagi. Kami beli tiket masa Air Asia buat promotion. So, dapat la tiket murah ke Langkawi. Masa nak pegi tu memang Cik Ponti masih demam+batuk+selsema+asma tapi dh standby ubat-ubatan. Bukan ape, tak nak spoilkan mood holiday. Sebelum pegi lagi memang Cik Ponti dah target nak join Mangrove Tour. Planning a vacation trip to Langkawi??...So, ni itinerary kami sepanjang di Langkawi. Kot-kot membantu korang yang tengah plan nak pegi Langkawi tapi tak tau nak buat aktiviti ape kat sana.


12.2.2017 (Sunday)

Flight kami pukul 3.30pm ke Langkawi. This is when the fun begin. Seronok la sebab pegi dengan kawan-kawan yang sama-sama mental kot... Hahahahhahahah.. Sebelum boarding, kami sempat pekena Nasi Lemak Rendang Ayam. Sedap sangat, tak rugi beli. Lepas dah habis makan tu baru perasan orang sekeliling (kebanyakkan nya mat salleh) semua dok makan Nasi Lemak Rendang Ayam yang sama. Merah-merah muka depa tahan pedas. Tapi Cik Ponti tengok, licin diorang makan.

masa ni Cik Ponti demam lagi. Badan sakit-sakit.

betul la kat sini gate kite





cerah sangat cahaya time ni, duduk plak tepi tingkap.


Sampai je Langkawi International Airport, terus amik kereta sewa yang kami dah tempah siap-siap beberapa minggu sebelum berlepas. Bila dah confirm 4 orang akan pegi, kami decide sewa kereta Myvi. Nasib baik kami dapat kereta baru...syok je, bersih. Sapa mencari kereta sewa di Langkawi bole la contact nombor ni 019-4413018.

Then, amik kereta, terus check in hotel. Kami duduk di Malibest Resort http://www.malibestresort.com/ . Letak barang-barang, terus kami ke Nest Rooftop. Masyaallah..... View dia cantik sangat. Tapi makanan dia mahal dan tak berapa sedap. Setiap hari Rabu ada ladies night and DJ spinning. Dari hotel kami ni just jalan kaki je pegi Nest Roof Top. Dekat je, sambil jalan dok cuci mata tepi-tepi jalan ni banyak jualan.




Permandangan tempat kami menginap

pemandangan hotel kami

pagi petang siang malam kami terjun kolam setiap hari tanpa gagal..hahahahahha


Im glad to have uolls as a friend (Bayc, Elly, Nuffy)


Entah kenapa Cik Ponti bole tertido hahahahahaha





Then lepas dah chillex-chillex kat Nest Rooftop tu, kami ke Pekan Kuah. Nak pegi usha coklat kat Haji Ismail Group. Then dinner kat Telaga Arabic sambil layan busker. Makan kat Telaga Arabic ni lagi sedap dan murah dari Nest Rooftop.

Mahal. RM64.00

Tengok je



Kawan lama skrg ni busking kat Telaga Arabic



13.2.17 (Monday) 

Seawal 7am kami dah bangun. Excited nak mandi laut sebab pantai dia bersih sangat. Cuci muka, gosok gigi terus keluar cari breakfast. Then mandi laut kejap lepastu terjun pool. Then, balik bilik dan bersiap pegi ke Makam Mahsuri. Memang la dah pegi banyak kali tapi kali ni Cik Ponti bawak Elly yang tak pernah ke Langkawi. Nak tengok teater tapi teater just ada hari Sabtu dan Ahad je. Frust sikit. Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM12.00. Masuk je, orang yang sepatutnya main muzik (gamelan) tak ready lagi. Depa tengah berborak sesama depa. So, teruskan je la lawatan ke tempat-tempat lain dalam area Makam Mahsuri tu. Banyak tempat tutup sebab tengah construction. Sedikit mencacatkan pemandangan la.. Maybe depa tengah prepare untuk LIMA tak lama lagi kot... Lepas tu kami ke Cable Car. Manusia punya la ramai. Malas betul nak beratur lagipun Cik Ponti dah pernah naik. Ingat lagi time tu Cable Car belum dibuka untuk orang awam, hanya orang tertentu je yang boleh naik. Seronok masa tu sebab tak bercampur dengan manusia yang kurang manners. Untung jugak jadi anak ROSEDI...hihihihihihih........

Lupa bawak sikit, so macam ni je la rambut Ponti

Makam Mahsuri

kalau kat Vietnam ni, berkilat n licin depa lap setiap hari, kat sini sampai berhabuk dan berdebu.

Rumah Panglima Awang Hitam kot? Lupa plak nama dia





Lepak kejap kat Chocohauz Langkawi

WEKKKKK


Lepas tu kami terus balik ke hotel, bersiar-siar tepi pantai. Balik bilik je tukar baju dan terjun pool lagi ahahahahahhaha....




Jeng........jeng......... Paling best, malam tu kawan iollss surprise kan Cik Ponti sempena Birthday tak lama lagi... Heran bila depa semua terkejar-kejar nak celebrate awal. Happy betoi Cik Ponti. Yela, celebrate birthday tepi pantai sambil tengok sunset. Deco yang sweet sangat. Makanan dia sedap. Dan yang penting, dapat jam. Yeayyyyyyy..........Cantik plak tu. Color sweet sangat memang sesuai dengan Cik Ponti...ciaciacia.................Gurau je...Hihihihihihi.....

Setup untuk Surprise Dinner. TQ!


Hadiah Birthday yang blom time lagi. Abaikan rambut tak sikat tu

Cantik kan kan kan

Appertiser + Main Course + Dissert and my Birthday Cake

Dinner malam tu memang ohsem sangat. Sedap. Appertiser dia Cik Ponti pilih Ceaser Salad with Chicken. Main course Cik Ponti amik Grilled Seabass with sautee potato and mix vege. Air Orange juice. Lastly mix fruit platter dengan sepotong rainbow cake yang sedap dan tak berapa manis. Memang kene dengan tekak Cik Ponti. Memang recommanded. Kalau korang bercadang nak buat surprise kat Langkawi, bole deal dengan Kak Hanishah 019-5907732. Servis memang tiptop. Orang nya pun peramah dan baik.


14.2.2017 (Tuesday)

Dalam planning harini kami join Mangrove Tour. Breakfast dlu di tepi-tepi jalan Pantai Chenang. Nasi lemak sotong dia sedap sangat. Tapi lupa nak amik gambar kedai dia. Bawah pokok je. Then 9.15am van datang ambil kami di hotel dan bawa ke jeti. Duration dia lebih kurang 6jam dengan menaiki speedboat. Antara tempat-tempat yang diorang bawa such as Bat Cave, Crocodile Cave, Monkey Fun, River Cruise, Traditional Fish Farm, Eagle Watching, Geopark Icon and then lunch at Tanjung Rhu Floating Fish Farm, Swimming and Sunbath at Pasir Panjang Beach and Fossil Island.

Jeti





Private Island


Floating Fish Farm



Lunch : Nasi Goreng with vegetable soup and fried chicken. Nampak simple kan? tapi sedap tahap terajang tembus dinding

Helang

Kawan baik Elly


Fossil Island dengan Abg Zack dari England


Ni dugong

Si comel ahahahahahaha...

Balik je dari Mangrove Tour, terus terjum kolam lagi...Syok sangat sebab tak ramai orang. Kolam ini kami yang punya...hahahahhahahahahahah....




Lepas puas swimming, balik bilik dan bersiap pulak untuk pegi tepi airport dan try Laksa Ikan Sekoq yang orang ramai viralkan tu. Bagi Cik Ponti, biasa je rasa dia. Tapi Meehoon Sup dia boleh tahan. Then disebabkan kami dah nak balik esok, kami singgah la jugak Haji Ismail Group untuk borong coklat dan kuali (memenuhi kiriman kawan)........Dinner di sekitar Pantai Chenang. Then lepak shisha tepi jalan lepas tu sambung plak shisha tepi pantai lepas tu sambung plak pegi Onelove. Akhirnya 4.30am baru smpi hotel. Apepun memang fun la trip ni. Kenal plak dengan kawan baru, Raf. Baik dia ni. Layan kan je kami semua sampai ke pagi.




Laksa Ikan Sekoq tapi kuah ceroiii....

Lepak shisha kejap kat sini...

from your left : Nuffy, Bayc, Elly, Me, Wan and Cousin....Raf yang tolong amik gambar. Maceh Raff

your right - my cousin kebetulan dia whatsapps kata kat Langkawi jugak and kata nak jumpa...

Cik Ponti memang suka sambil amik gambar sambil tido ciaciacia...

at OneLove Bar and im having Pineapple juice

Maaf la, tak sikat rambut hahahahahahha




15.2.2017 (Wednesday)

7.00am dah bangun. Rasa rugi kalau bangun lambat sebab harini kami dah nak balik. Bangun, cari breakfast then check-out. Lepastu pusing-pusing sekitar Langkawi dan terus ke airport. Rasa tak puas pulak selama 4 hari 3 malam kat Langkawi. Lepas ni kalo datang lagi memang nak target Island Hopping dengan Sunset Dinner Cruise. Kalau Island Hopping ni RM30 je duration dalam 4hours. Pegi ke Tasik Dayang Bunting, Beras Basah Island and Singa Besar Island. Kalau Sunset Dinner Cruise pulak cuma RM200. Its a private Cruise while admire a glorious sunset while enjoying cocktails.Termasuk BBQ dinner and free open bar drinks on the yacht and Salt Water Jacuzzi Net. If nak join benda-benda ni bole terus contact Shima 017-5759938 



dah dalam flight


dah sampai KLIA2


orang nak betulkan seat, bole ek dia amik gambar time ni...buruk naw

Buruk perangai






Nuffy tengok ape tu hihihihihihihiihihihih

And thats all for now. Semua dah kepenatan. Next trip wajib pegi OneLove. Chillex kat sana. Cool. Nak sewa kereta bole contact nombor yang Cik Ponti bagi kat atas tadi. Nak join tour, bole contact Kak Shima (nombor kat atas tadi).

semua dah penat tapi sempat lagi posing. Ni kami kat ERL dari KLIA2 ke Putrajaya station.



The End.






No comments: