Thursday, February 2, 2017

Ayam Goreng Halia Cik Ponti

Assalammualaikum...

Hai, Happy New Year! So harini Cik Ponti cuti, jadi dapat la masak sikit. Nak share 1 resepi yang simple. Seperti biasa, Cik Ponti guna apa saja yg ada kat dapur. Jangan persoalkan kenape pakai cendawan enoki. Korang nak pakai cendawan jenis lain, silakan la. Macam Cik Ponti cakap sebelum ni, Cik Ponti masak guna bahan-bahan yang ada kat dapur je.




๐Ÿ—Ayam Goreng Halia๐Ÿ—

Ayam / isi ayam
Cendawan Enoki
Kentang
Brocolli
Cili Api
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sedikit Butter
Sos Tiram
Sedikit stok ayam

1. Goreng ayam dengan sedikit butter+sedikit minyak
2. Masukkan kentang
3. Masukkan hirisan Halia+bawang merah+bawang putih (goreng garing)
4. Masukkan sedikit sos tiram+sedikit air+stok ayam
5. Masukkan brocolli+enoki(masuk lambat sikit supaya tak overcooked)
6. Masukkan cili api

Cik Ponti tak pakai garam langsung sebab sos tiram+butter dah cukup masin.

Siap! Senang kan? Tiada alasan malas nak masak. Its all about mahu atau tidak. Hidup ni jangan terlalu banyak alasan. Selalunya bila banyak alasan, kita tak akan ke mana. Masih di takuk lama. Ehhh.... termembebel pulak. Ok la. Ade apa-apa soalan nak tanya, bole terus komen kt bawah. Tapi tolong jangan tanya nape pakai cendawan enoki ok ๐Ÿ‘Œ๐Ÿป... Good ๐Ÿ‘Œ๐Ÿป








No comments: