Saturday, February 25, 2017

Asam Rebus Bendi Cik Ponti

Assalammualaikum 🤗

Bangun je pagi-pagi terus pegi dapur buat Asam Rebus Bendi. Dah 3 hari terasa nak makan, harini baru ada kesempatan nak masak. Lagipun harini kan Sabtu. Cuti broooooo... Asam rebus ni senang sangat nak buat, terutama bagi bujang-bujangan, cepat mudah dan senang.

Tumbuk je semua


Cik Ponti tumbuk semua ( Cili Api, Cili Merah, Bawang Putih, Bawang Merah, Ikan bilis )... Blend pun boleh dan lagi senang.



Masuk kan air dalam periuk, bila dah mendidih, masukkan bahan-bahan yang tumbuk/blend tadi. Biar seketika. Lepastu campak asam keping. Masuk garam sikit ( kalau suka masuk kan gula sikit, tapi Cik Ponti tak letak gula ). Last but not least campak bendi je. Senang kan? Siap.....

Save masa korang kan?


No comments: