Wednesday, October 12, 2016

~ Cik Ponti punya Resepi Hassleback Chicken ~

Cik Ponti punya resepi semua nya dah twist dari resepi asal. Macam sebelum-sebelum ni, Cik Ponti pernah bagitau, Cik Ponti masak ikut kesesuaian dan ikut barang-barang yang ada kat dapur je.

So, ni i share resepi dia. Senang dan menyihatkan.

Ayam :
Dada Ayam
1 sudu besar olive oil
Garam dan Blackpepper (secukup rasa)
Chilli Flakes / Paprika
Sedikit Garam
(lumur semua bahan pada ayam)


Baby Spinach :
1 1/2 cup baby spinach
1/4 cup cream cheese
(tumis je semua)

- bakar 200' selama 10-20 minit (bergantung oven masing-masing)
- halfway tu, sumbat baby spinach & tabur mozarella cheese kat atas ayam (kalau tak de mozarella cheese tu, letak je cheese 4 segi tu)
- masuk balik dalam oven sampai ayam masak




TAMBAHAN :

Disebabkan Cik Ponti baru je balik dari training kat Cameron Highland, banyak sayur-sayuran yang Cik Ponti beli. Ada 1 yang memang Cik Ponti suka ialah mini potatoes ni.

Just belah 2 kentang tu, then campak je dalam try yang korang letak hayam tu. Letak garam & black pepper & olive oil sikit pastu bakar je. Senang kan?

Ayam tu Cik Ponti bakar sama macam step kat atas, letak olive oil, chilies flakes, sedikit garam, black pepper...Halfway tu keluarkan ayam dari oven and tabur mozarella cheesse. Siap.





No comments: