Wednesday, October 12, 2016

~ Cameron Highland ~

Di saat-saat genting, busy kat office dapat pulak Cik Ponti pegi training ke Cameron Highland dari 4.10.2016 hingga 6.10.2016. Dapat la lari kejap dari kesibukan dan stress office.

Hotel kami duduk ni terletak di Cameron Square. Memang dekat sangat dengan segala kemudahan.




Hari pertama sampai, Cik Ponti tak sempat nak breakfast, so memang kebulur gila ditambah dengan sejuk lagi. Berenti di R&R Tapah terus cari nasi.

Sampai Cameron je terus check in, dapat apartment 3 bilik dikongsi dengan 5 orang. Syok, apartment besar, cantik, baru, kemas dan bersih. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Kat dapur ada microwave, kettle, fridge. Memang selesa.

Lepas check in, letak barang kat bilik terus pegi ballroom untuk sesi ice-breaking. Masa ni dah start lapar balik. Maybe sebab sejuk. Nasib baik Cik Ponti bawak jacket. Ingatkan tak sejuk sangat. Rupanya sesejuk di Korea.

R&R Tapah

view dari dalam bas

kemain orang belakang tu...

habis je sesi ice breaking terus berlari turun makan di OldTown yang terletak di bawah hotel. Ni masing-masing muka kenyang

Ni dapur kami.

Ruang tamu.....

kesalahan dalam ejaan yang Cik Ponti perasan

Kelas malam, best jugak, sejuk.... Mata pun berat je. Asyik-asyik nama Cik Ponti je kene jawap soalan... Nakal sangat ke muka ni?

Kelas malam

Sepanjang ballroom. Toilet kat hujung sekali. Malam-malam agak creepy sikit

Hari kedua. Kami turun untuk breakfast kat hotel, tapi tekak tak bole nak masuk sangat dengan cuaca sejuk ni. Ade ke patut dia sediakan makanan semua berasaskan sayur??? Liza tak usik langsung makanan yang disediakan. Dan macam vegeterian je kami semua. Nasi putih, kari tauhu, dalca sayuran, buah-buahan, salad ...................................... ................................................................................................................................. ................................................................. Ape??????? tak de hayam???????? Kebuloq ni. Lepas habis kelas pertama pagi tu, terus kami lari turun bawah, kemana lagi kalau tak ke Oldtown. Masing-masing order nasi lemak dengan hot tea.


2nd day, just nak tunjuk toilet kt hujung tu

Breakfast kami. Lari kejap ke Oldtown

Morninggggg.....


Lepas habis sesi kelas kedua, kami diberi kelonggaran untuk keluar sebentar dan jalan-jalan sekitar Cameron Highland. Cik Ponti meroyan tengok pokok bunga pelbagis jenis dan bentuk. Sangat laaaaa CANTIK. Dah la memang Cik Ponti ni gila bunga. Best nya kalau rumah Cik Ponti penuh bunga-bunga macam kat Cameron ni.













tetiba ada jari budak nakal kt sini : Liza









Allahhhh suka betul dengan bunga ni









Sebabkan kami diberi kelonggaran untuk beraktiviti dari pukul 2.30pm hingga next class pukul 8.30pm, so ajak la semua pegi Strawberry farm. Ada banyak bunga, kektus dan semestinya strawberry. Then singgah ke Ladang Teh. Tak boleh nak pegi kat ladang teh tu sebab time kami sampai tu hujan lebat. Just dapat tengok pemandangan je. Memang tenang je rasa.

Walaupun kami diberi kelonggaran, kelas malam nanti akan group activities dan presentation. Tak pe, janji happy hihihihihihihi.......................


Dah sampai strawberry farm ni rugi pulak kalau kita tak order main menu dia. Strawberry waffle dengan Strawberry Sundea

Dap...dap..dap





Jemah betul muka Ponti

Dapat amik gambar view ladang teh je dari atas. Tak dapat nak turun





So far barang jualan kat bawah hotel memang harga paling murah dan terbaik. Fresh je kalau nak di banding dengan pasar dia



Presentation 
 Kelas malam pulak, kami dipecahkan mengikut nombor yang diberi. Cik Ponti terpisah kejap ngan kawan Cik Ponti, Liza. Cik Ponti group 1, dia dapat group 2 dan semua sekali ada 4 group. Lepas je group kami (group 1 dan group 2) abis presentation, berlari kami ke kedai mamak bawah hotel kami. Makan roti canai hahahahahahaha... Faktor sejuk, tu yang makan banyak sangat. Asyik lapa je.


supper malam

Harga hotel kami duduk


Hari ketiga, ada kelas pagi, lunch lepas tu terus check out. On the way balik ke Putrajaya, kami singgah dulu kat pasar dia. Harga mahal daripada harga jualan bawah hotel kami. Seriously menyesal tak memborong sayur dan buah kat bawah hotel.




tah kenape gambar ni muka separuh je...Sabo je la... 

tak muat nak duduk

bunga, sayur buah, kektus...hurmmm.... tak muat nak duduk ni.


Kami sampai di Putrajaya lebih kurang pukul 8.45pm... Tapi Cik Ponti sampai je rumah kene buat brownies pulak. Ada orang order. Rejeki jangan ditolak, musuh jangan di cari... kan..kan..









No comments: