Thursday, August 4, 2016

~ Tomyam Cik Ponti ~

As-Salam,

Hi, hello.... Harini Cik Ponti nak share resepi tomyam tapi versi Cik Ponti sendiri. Tak ikut mana-mana resepi tomyam pun. Yang paling penting kalau nak buat tomyam ni ialah paste dia. WAJIB pakai paste tomyam ori dari Thailand. Sekarang ni paste tomyam banyak dah yang halal. Kalau guna paste tomyam maggie or kiub maggie memang tak de maknenyer... Tapi kalau nak guna pun tak de masalah.



Bahan-bahan:

Paling utama paste tomyam - 2 sudu besar atau lebih
Bawang putih 3 ulas n  bawang merah 3-5 ulas - blend*
Sedikit Cili Boh
Lengkuas - ketuk
Serai - ketuk
Daun Limau Purut
Cili Padi 6-10 biji - ketuk
Tomato - Potong 4
Kobis bunga - potong ikut suka hang
Carrot - potong ikut suka
Udang 3-8 ekor - (dibersihkan tanpa buang kepala)
Isi ayam - banyak ikut suka hang
Limau Nipis
Gula dan Garam

Cara:

1. Tumis bahan blend* + cili boh sehingga naik bau then masukkan paste tomyam
2. Masuk lengkuas + serai + daun limau purut + cili padi
3. Masuk air (atau bole guna air rebusan ayam or air rebusan seafood)
4. Sesudah mendidih, masuk kan isi ayam + kobis bunga + carrot
5. Air Limau Nipis
6. Last baru masuk udang dan perasakan dengan gula garam sedikit
7. Masak hingga udang bertukar warna then boleh la di hidang. Tabur sedikit daun ketumbar


Done.........


**tips : udang tak perlu dibuang kepala untuk rasa manis seafood dalam tomyam
           : bole juga letak sedikit susu cair (Cik Ponti tak letak)
           : Daun Limau Purut - buang tulang kat tengah daun tu untuk bau yang lebih wangi

       





No comments: