Monday, August 29, 2016

~ Bread Butter Pudding ~

Assalammualaikum.

Sabtu lepas tah tonik ape Cik Ponti makan sampai rajin kemain tengah-tengah malam nak buat Bread Butter Pudding. Ditambah pulak kebetulan ada lebihan roti yang dah nak expired. Jujurnya Cik Ponti tak pernah tau cara sebenar nak buat Bread Butter Pudding ni. So, sapa berani bole lah try. Bread Butter Pudding ni kalau makan kt kedai, kadang-kadang depa bg sikit nawww Vanilla Sauce. Bila buat sendiri memang puas hati, boleh letak banyak-banyak sesuka hati. Pastu, kita bole buat ikut tekak kita. Macam Cik Ponti ni tak berapa gemar makan terlalu manis so Cik Ponti bole control kemanisan Vanilla Sauce tu. Lagipun Cik Ponti dah cukup manisssss, xperlu dah makanan yg terlalu manis kikikikikikiki...




Bahan-bahan

Beberapa keping roti
2 cawan susu ( I pakai low fat )
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla esen
2 sudu besar butter ( cairkan )
1 kotak kismis
secubit garam

Cara-cara

-Carik roti ( tidak terlalu kecil )
-Dalam mangkuk : 2 cawan susu+2 biji telur+1 sudu kecil vanilla esen+secubit garam
-Just kacau bagi sebati semua bahan then baru masuk butter cair
-Celup roti dalam adunan then susun terus dalam tray korang
-Tabur kismis.
-Tuang lebihan adunan susu tadi dalam tray
-Bakar 180' selama 30minit ( bergantung oven masing-masing )



Bahan-bahan untuk Vanilla sauce

2 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
2 sudu besar gula halus
1 sudu kecil vanilla esen

Cara-cara

-Masukkan semua dalam periuk. Kacau sebati
-Lepas dah sebati baru hidupkan api
-Kacau sehingga sedikit pekat ( ikut la selera masing-masing )
-Tuang atas Bread Butter Pudding uolls sebanyak yang uollssss suka


Done! Senang kan?








No comments: