Thursday, July 21, 2016

~ Kuah Kacang (Version Cik Ponti) ~

As-Salam,

Sejak dari kecil lagi, Cik Ponti memang makan kuah kacang berdaging. So, sejak mama dah tak ada nie, Cik Ponti wat la kuah kacang ni sendiri. Mama xpernah ajar tapi Cik Ponti adjust sendiri sesuaikan rasa.

Resepi pun Cik Ponti agak-agak sendiri. Tak tau betul ke tidak tapi yang pasti menjadi. Sedap dari kat kedai punye wa chakap sama lu orang.... Sapa berani bole la try resepi ni. Orang lain blender serai sekali dengan bawang dan cili kering tapi Cik Ponti ketuk-ketuk je serai tu. Dan dari kecik memang kami makan kuah kacang berdaging....sooo yummy....hihihihihihi....







Bahan-bahan :

1 kilo kacang tanah - digoreng dengan sedikit minyak then blend
1/2 kilo daging - direbus dan dipotong, size ikut suka hangpaaaa
Segenggam cili kering - rebus dan blend (Cik Ponti tambah sedikit cili api sebab cili kering tak pedas)
10 biji bawang merah - blend
2-3 ulas bawang putih - blend
Lengkuas - blend
Halia - blend
3 batang serai - diketuk
Air asam jawa
Gula melaka
Garam

Cara nak masak dia senang sangat.

1. Tumis bahan-bahan blend (bawang, cili, lengkuas)
2. Masuk serai..... (lepastu Cik Ponti masuk daging batang pinang)
3. Masuk sedikit demi sedikit kacang yang dah blend 
4. Masuk air asam jawa (Cik Ponti letak sedikit air rebusan daging tadi)
5. Masuk gula melaka dan garam secukup rasa

Siap.....Mudah kan? 


No comments: