Thursday, June 9, 2016

Kangkung Goreng Tauchu

Hollaaaaa...

Sebelum terlambat, Cik Ponti nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Cik Ponti nak share resepi Kangkung Goreng Tauchu. Kalau pegi kedai asyik-asyik oder kangkung goreng belacan kan. Tak bosan ke? Dan semalam Cik Ponti buat Kangkung Goreng Tauchu untuk berbuka. Masak lebih sikit untuk panaskan masa sahur nanti.

Resepi simple. Mudah dan cepat. Bagi Cik Ponti yang kene menghadap jem balik kerja, memang ni la yang paling cepat nak masak.

Bahan-Bahan :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili api
(semua hiris-hiris je, tumbuk pon bole)

kangkung seikat (cuci bersih-bersih)

2 sudu besar tauchu
1 sudu besar sos tiram

Cara-Cara :

- Tumis bawang merah, bawang putih dan cili api sehingga naik bau
- masukkan sos tiram dan tauchu (saya tambah sedikit air)
- masukkan kangkung
- siap....................................... tak payah tambah garam sebab tauchu dan sos tiram tu dah masin

Kangkung Goreng Taucu


Cik Ponti tak berapa suka juadah berbuka tu beli di bazaar. Selain tak pasti kebersihan dia, mesti depa taruk banyak ajinomoto. Semalam, tembikai pun Cik Ponti blend sendiri. Beli buah tembikai. Potong dan simpan kat freezer. Bila nak buat air tembikai tu, just keluarkan dan blend. Nak lagi sedap, tambah laici. Tak payah letak gula dah sebab laici dah manis.

Kadang-kadang, bila terlalu letih or tak sempat nak beli untuk masak, Cik Ponti akan ke bazaar dan beli kuih-kuih je. Kadang-kadang beli ayam percik. Gagah jugak selama ni masak sendiri. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur. Air kosong jangan lupe. Daaaa.... Nanti Cik Ponti share lagi resepi simple untuk bujang-bujang kat luar sana.





No comments: