Thursday, June 30, 2016

Chilli Crab (Version Cik Ponti)

Assalammualaikum

Ramadhan semakin ke penghujung. Banyak-banyakkan berdoa dan beramal untuk mengejar keberkatan dan barakah Ramadhan. Setahun sekali je dia datang. Tahun depan kita sendiri tak tau umur kita masih panjang atau tak.

Sepanjang Ramadhan 2016 ni, Cik Ponti tak pernah lagi beli juadah berbuka di bazaar. Ramadhan pertama, berjalan di sekitar bazaar di Sg.Chua, sikit pun tak menaikkan selera Cik Ponti. Hampir sama je juadah dari hujung ke hujung. Lagi pula pengalaman tahun-tahun sebelum ni beli juadah berbuka di sekitar Kajang amat mengecewakan.

So, harini Cik Ponti nak share resepi mudah untuk bujang-bujangan kt luar tu masak di rumah. serious memang senang. Chili Crab (version Cik Ponti).

Bahan-bahan  :

Ketam 2 ekor - belah 2 or 3 ikut suka hang
(gaul kunyit & garam, goreng)

Bahan A :

Cili kering - Cik Ponti guna cili boh je 5-6 sudu
Bawang besar
Bawang putih
1cm Halia
1 tangkai serai
Cili padi - Cik Ponti guna 5-8 biji (boleh lebihkan untuk pedas)

Bahan B :

2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
garam & gula secukup rasa

Cara dia mudah je. Tumis Bahan A. Kemudian masukkan Bahan B sehingga pecah minyak. Kemudian baru masuk ketam yang dah goreng tadi. Doneeeeeeeeeeeeeee....

Ni rupa Chili Crab (Version Cik Ponti)


Sedap baqhangggggggggggggg.... Time buka puasa tu, nasi pon tak sentuh dok ratah ketam ni.


No comments: