Monday, May 2, 2016

Weekend Gateway - Pulau Pangkor

Assalammualaikum,

Sempena Cuti Hari Pekerja pada 1.5.2016 (Ahad) dan carry forward ke hari Isnin. So, thats mean Cik Ponti dapat 3 hari cuti. Sabtu, Ahad dan Isnin. So, kebetulan kawan dari JB nak datang and ajak BBQ, alang-alang kami lajak sampai ke Pulau Pangkor. Tak terlalu jauh dan kos tak terlalu tinggi. Cik Ponti ni plak menggelupur nak snorkelling. Malangnya time kami pegi, laut tak berapa cantik. Air keruh, musim cuti sekolah, orang ramai, kotor, harga mahal sikit dari biasa dan sampah bersepah. Sampah bersepah?......... Cik Ponti bole katakan "mentality" orang Malaysia sendiri. Tak ada kesedaran sivik, tak menjaga persekitaran alam dan hanya mengharapkan orang lain untuk mengutip sampah sarap. Agak kecewa sebenarnya.

Kami bertolak Sabtu dalam pukul 3am. Syok pulak rasa jalan awal-awal pagi ni. Sejuk. Jalan pun tak sesak.

Sampai area Sri Manjung dalam pukul 6am. Singgah breakfast dulu kat McDonalds Sri Manjung. Lepas tu terus gerak ke Jetty Lumut. Kami naik feri paling awal.

Kami kat Jetty nak naik boat ke Pulau Pangkor

4 orang pun jadi la, janji Cik Ponti dapat snorkelling

Sampai-sampai je Pulau Pangkor, terus check in dan berehat. Kesian kat orang yang drive dari JB ke Lumut tu. Kami memang dah booking awal-awal bilik di Nipah Bay Villa. Amik bilik yang untuk 5-6 orang sebab ingatkan Eein nak ikut. Kemain kami plan nak wat BBQ kat sana. Bilik ok, selesa dan kami puas hati.

Dalam pukul 10am semua dah bangun dan pakai attire untuk snorkelling. Dulu Cik Ponti pakai bikini, tapi ya ampunnnn...sun burn to the hell..... So, this time Cik Ponti pakai long sleeves la. Penat makan oli candy berbotol2 nak kekal kulit cerah, tetiba kejap je terbakar. No way man...................

Jalan keluar ke depan sikit dari Nipah Bay, dalam 7-8 langkah, ada tempat untuk amik package island hopping dan snorkelling. Amik je terus. Murah. Amik dengan 'Beach Boy'. Gambar-gambar semua kat bawah.

Tapi seperti yang Cik Ponti bagitau kat atas tadi, kami sedikit kecewa la sebab air keruh sikit, orang ramai sangat dan sampah bersepah. Geli nak snorkelling.









Lepas snorkelling lapa la pulak kan... singgah makan sebelum balik bilik


Malam pulak kami sewa skuter dari hotel. Rm30 untuk 1 hari. Contoh, amik skuter pukul 4pm dan pulang kan balik pukul 4pm keesokkan harinya. Malam tu kami pegi cari seafood untuk lunch. Di sebelah Pangkor Coral Bay Resort ada 1 restoran Melayu yang sedap. Segala masakan siam dia buat memang sedap. Kami dinner kat sini. Oder ikan siakap, udang, sotong, tomyam, ayam dan air tembikai (1 ug besar) untuk 4 orang baru RM68.00. Memang puas hati.

Lepastu kami pusing-pusing pekan Pangkor. Beli segala macam makanan berasaskan seafood. Sotong kering, udang kering, keropok udang dan yang lain-lain.


Sunset kat Pangkor



1 May 2016 (Sunday)
Awal pagi kami dah terjaga. Breakfast depan bilik je. Memang best breakfast dia walaupun nampak simple. Bagi yang tak amik package bilik+breakfast, bole la byr RM10 je untuk breakfast. Buah Apple pun sebiji-sebiji yek, bukan di potong-potong. Ada roti bakar, nasi lemak, meehoon, sosej dan lain-lain.

Then kami terus merempit, pusing-pusing Pulau Pangkor. Beli barang-barang hasil tempatan. Sotong kering, udang kering, kacang tumbuk, jajan seafood dan lain-lain.

Dalam pukul 12pm kami checkout dan pulangkan motor. Tahan teksi tepi jalan dan terus ke jeti. Teksi kat Pulau Pangkor ni semuanya pakai van colour pink lagi. Ok la kalau travel by group. Dari Teluk Nipah ke jeti baru RM15-RM20 untuk 1 teksi (van). Teksi pun mudah nak dapat.

Asalnya kami nak singgah ke Kelly Castle, tapi sebab kan penat dan sesat, kami terus balik ke KL.





meroyan ke hape ni?


So, if korang budget tak berapa nak besar dan nak bercuti tepi pantai untuk sehari dua (yelahh..at least bole release tension) korang bole la pegi Pulau Pangkor. Dalam 3 jam dari KL. Kos pon tak besar. Lagi kalau pegi by group dalam 4-6 orang. Tapi kali ni Cik Ponti tak berapa syok nak snorkelling. Orang ramai, air keruh dan pantai pon kotor.

That all. Thank you buang masa uollssss blogwalking ke sini. Hehehehehe...






























No comments: