Tuesday, May 24, 2016

Bangkok, Thailand


Assalammualaikum,

16 May 2016 - 19 May 2016 Cik Ponti travel ke Bangkok dengan geng travel dolu-dolu. Kebetulan salah sorang daripada kawan Cik Ponti tu kerja di Weststar. Dia la yang dapatkan tiket free untuk ke Bangkok. Ikutkan, Cik Ponti dah pernah pegi Bangkok sebelum ni dengan family. Tapi sebab tiket free dan geng2 travel yang sporting, rasa macam tak boleh nak menolak :)

Cuaca kat Bangkok agak panas tapi tak berdebu sangat dari Malaysia. Walaupun panas tapi tak berbahang dari negara kita. Tukaran wang pun agak mahal berbanding Ringgit Malaysia. Tak sama macam dolu-dolu Cik Ponti pegi Bangkok. Sekarang untuk kita dapatkan THB1000 bersamaan lebih kurang RM125.00 (sehari sebelum Cik Ponti pegi baru tukar matawang)

16 May 2016 (Monday)
Bertolak dari KLIA2 dengan AirAsia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam15minit. Sebab kami dah makan di airport, atas flight kami habiskan masa dengan tido dan bersembang sebab lama tak jumpa geng 😜

Dari airport, kami menaiki public transport yang sangat mudah dan murah. Sangat teratur dan bersih jika nak dibandingkan dengan Malaysia. Dari airport kami menaiki bas dengan tambang 30sen terus ke MRT Station dan turun di Silom (berdekatan hotel kami duduk).

Dari Station MRT Silom kebetulan jalan jem dan sesak, kami agak sukar menahan teksi. Tuk-tuk je boleh cilok-cilok, so kami amik tuk-tuk.  

PERINGATAN! Untuk peringatan kawan-kawan yang bakal travel ke Bangkok, ni Cik Ponti nak habaq mai, sila la guna perkhidmatan teksi dari tuk-tuk. SEBAB APA? Sebab teksi lebih selesa dibanding tuk-tuk, ada aircond dan meter, harga yang jauh lebih murah dari tuk-tuk. 

Lepas check-in, ada yang nak berehat dan ada yang nak keluar. Rasa rugi kalau tak explore. Malam tu Cik Ponti terus je g Hard Rock Cafe Bangkok. Dengar-dengar band yang tengah perform sekarang ni best (band SKYE). Tapi hampeh je...Music macam kelam kabut nak cepat je.

3 daripada 5 orang. Semua dah ready nak tido :p
Nak cop passport, nasib dapat Priority Lane, tak payah berebut dengan orang lain
Dari airport kami naik MRT je ke Hotel. Senang dan teratur public transport diaorang. Dan bersih


Sengeh lepas security check kat MRT



video






17 May 2016 (Tuesday)
Seawal 5am kami dah bersiap nak pegi ke Damnoen Saduak. Floating Market paling famous for a very long time. Its Huge, lively, full of boats selling food and fruits and also colourful  its the opportunity to capture the perfect photo. Tapi depa amik gambar Cik Ponti tengah meratah mangga. Perjalanan dari Bangkok ke Damnoen Saduak ni dalam sejam perjalanan. Selalu korang boleh dapat teksi untuk 1 hari bawak korang merata tempat dengan harga cuma THB1500-THB2000 je. Kalau lebih dari harga tu, baik korang cari teksi lain je. Jangan risau, teksi Bangkok bersepah. 

PERINGATAN! 
Ramai tourist yang kene scam. Jadi sebelum datang sini kene kaji betul-betul harga boat yang bakal korang naik kat floating market ni. Untuk pengetahuan korang, harga untuk 1 boat ni dalam THB2000. Kalau dia mintak lebih dari tu, jangan bayar DAN sila berkeras sikit. Dekat floating market rata-rata jual pork. Dan kalau tak nak beli pape, baik tak payah tanya harga. 


Bot ni yang bakal korang naik untuk ke floating market
Tengok boleh, beli jangan. Mahal hokey


video



Phat Thai tersedap dan nasi goreng seafood tersedap kt sini la. tapi non halal ok..dah...g cari buah kt sana
kemain pau pipi Cik Ponti cia..cia..cia...



kemain jeling jemah ni





yang kat belakang tu excited lebey



Lepas kami ke floating market, kami terus ke pasar paling bahaya di dunia. Pasar Maekong terletak di Samut Songkram. Tempat dagangan tu terletak 2cm je dari rel keretapi. Seronok pegi sini. Segala macam sayur-sayuran sangat segar. Seafood sangat murah. Seronok tengok keunikan pasar ni. Kami tak mampu nak tunggu lebih lama kerana tak tahan cuaca panas di sana. Disebab kan kami semua dehydrated dan tak tahan cuaca panas, kami cancel pegi ke Wat yang cantik tu. Kami terus balik ke hotel. Lunch bagi yang muslim paling mudah kat 7e dia ada sosej yang halal. Don't worry, bole makan, siap dia panaskan untuk kita.

Jadual perjalanan keretapi

ada berani???????
video



somtam tersedap kat sini dan murah lebih kurang RM3.50 








Aktiviti malam.........................cia..cia..cia... Cik Ponti paling suka aktiviti malam, sebab tak panas dan tak kene terik matahari... Kami pergi ke Asiatique The Waterfront the newest night market opened in May 2012. Banyak cara untuk sampai ke Asiatique ni, dengan boat, train, skytrain...Why bother? Naik je cab dari hotel. Hihihihihihihihihhihihihihi... Cantik tempat ni, besar dan tak larat nak pusing semua dalam 1 malam. Untuk makan malam, lintas je jalan dari Asiatique ni ada foodcourt bersebelahan masjid. Sini ada halal food. Non halal pun ada. Cari je stall halal. Cik Ponti makan Nasi dengan Ginger Chicken. Sedap dan murah dari Malaysia.

PERINGATAN! Kat sini boleh dikatakan barangan agak murah jika dibanding di tempat-tempat lain sekitar Bangkok. Nak perabih duit kat sini pon okey. Specially untuk beli ole-ole. Make sure korang bargain. Jangan ikut sangat kepala siam depa. Depa ni suka amik kesempatan kat tourist.


Tengah tunggu cab nak pegi Asiatique




motip sangat orang amik gambar belakang :'(

Roti Pisang murah n sedap dari kat Malaysia




skodeng ape tu...nak ikat rambut pun tak senang





video




My Dinner. Sedap, Murah dan Halal


video




17 May 2016 (Wednesday)
Pagi ni kami semua bangun lewat sikit. Letih semalam sebab panas maybe. Sorang dah mengadu sakit-sakit tekak. Depan hotel kami ada Fashion Mall, tapi tah kenapa kami tak singgah tengok pon. Rugi betul. Jalan 2-3 langkah pulak ada kedai makan. Depa yang Chinese bole la makan kat sana sebab ada BABY COMEL (pork). Yang Muslim pulak jalan depan sikit ada cafe. Suka betul Cik Ponti tengok cafe ni, simple tapi cantik. Interior dia sangat2 la awesome. Cik Ponti oder Tuna Blackpapper Sandwich dan Hot Mocha. Entahla kenapa, cafe dan makanan yang ada ni betul-betul buat hati Cik Ponti tertarik sangat...Jatuh hati. Kalau ada duit lebih nanti, nak bukak cafe mcm ni. Aminnnn.

Lepas makan, kami terus tahan cab yang bersepah kat Bangkok tu. Terus pagi Khaosan Road. Tempat tumpuan tourist. Kat Khaosan Road ni bersepah hotel-hotel murah, bar-bar, restoran dan jualan sepanjang jalan. Khoasan Road ni terkenal dengan lambakan silver. Tempat backpacker lepak.

Peringatan! Khoasan Road ni memang banyak jualan di sepanjang jalan. Tapi tempat ni sangat mahal. Kami pergi pon sebab nak tengok culture kat sini. Nak membeli belah, baik pegi Asiatique. Contoh Cik Ponti beli singlet RM8 kat Asiatique, kat Khaosan Road ni singlet yang sama harga yang berbeza iaitu RM12. 


Depan Hotel kami je...



Oder sat


Air dia Cik Ponti bagi 5Bintang

Lepak sat 


Tadaaaa.... siap take away Hot Mocha dia yang sedap tu
This is Khaosan Road. Army bersepah kat sini

Teksi bersepah kat Bangkok, so don't worry too much



Kedai Silver bersepah-sepah

tak berapa nak love khaosan sangat


Lepas jalan-jalan tengok Khaosan Road, kami naik cab ke Siam Paragon. Saja cuci mata...Tak kan nak shopping Prada kot kat sini kan? kan? kan? Lintas je jalan melalui jejantas, ada Art Gallery dan MBK. Kami lunch dulu kat foodcourt kat Siam Paragon. Murah jugak bagi Cik Ponti. Tomyam memang superb. Cik Ponti oder Seafood Fried Rice (set dengan prawn dumpling) dan seafood tomyam baru RM13.00. Japlagi korang bole tengok gambar kat bawah.

Singgah Hello Kitty Cafe Bangkok. Almaklumla, geng kami semua geng Hello Kitty..Ahahahahah, pantang nampak Hello Kitty mula la meroyan semua. Cik Ponti hampir beli bola futsal gambar Hello Kitty. Oder Pancake dengan Chocolate Strawberry Frappucino. (gambar semua kat bawah)

Cik Ponti sorang je beriya kat citewwww
tengah pilih makanan...kebulur ni

Seafood Friedrice + prawn dumpling + seafood tomyum



Teddy, kita nak makan ape yek? Nak masuk tak? Jom...

2 orang gila Hello Kitty

Hi tea kunun2... sebab dah petang


syok dapat lepak tempat aircond, kemain landing kitaorang



nakkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!! Bola Futsal Hello Kitty


Chocolate Strawberry Frappucino.






Then kami pegi MBK. Tengah pusing-pusing temankan geng cari beg or kasut, tetibaaaaa.... laluu..... macam malaikat.....semua terdiam dan terpegun......Ya ampunn.... rupanya Phuwaryne Keenan or nick name dia Zee. Actor, Model and Singer kat Thailand. Memang lama dah Cik Ponti dok dengar lagu dia. Suara pun sedap. Alahaii..... Memang down to earth punya manusia. Nak amik gambar dengan dia malu, then dia yang tarik kita bagi rapat ...cia......ciaaaa..... cia....................:p
Pastu Teddy dan merengek nak balik sebab terlalu letih. Bukan ape, sebabkan panas je. Muka semua sunburn. Sorang lagi mengadu sakit tekak. Nasib Cik Ponti sejenis makhluk tough *yeah*

Jangan kata Cik Ponti tak payung hehehehehhe
Aktiviti malam terakhir - NON HADO... semua kepenatan dan kepanasan. Lina and Tracy datang lepak bilik kami dan bersembang sampai lewat malam. Then lepas depa balik bilik, Cik Ponti dan roommate keluar jalan-jalan sekitar hotel. Ingat nak pergi tengok Monkey Show, tapi tak jadi sebab penat. Keluar, cari dinner sekitar hotel. Ada restoren Iran dan Lebanese Food yang halal.

19 May 2016 (Thursday)
Bertolak dari hotel ke Don Muang Airport dalam pukul 5am. Bayangkan................................ Perjalan dari hotel ke airport makan masa lebih kurang 21 minit je. tapi sebab driver cab nak mengelak jem, so kami semua terpaksa bangun awal untuk checkout.

Kat airport, semua muka termenung je. Semua mamai lagi. Lapa toksah cite la. Boarding kami pukul 7.45am. Dalam flight kami oder Nasi Lemak Pak Nasir lepas dah kenyang, baru bole tido dengan lena heheheheheh.......................



Seriau plak nak makan kebab kt airport dia



kami dah ready nak tido nih

Kak Long, Cik Ponti, Lina, Teddy


ngantok nih, termenung sampai buntang mata
Bye Bangkok

Hello Malaysia

Akhirnya...................................................... Sampai dah di tanah tumpah darah Cik Ponti, MALAYSIA. Bye Bangkok!

Balik je dari vacation, terus mindset nak tumpu untuk Candy Buffet Ayden. Nak cari barang, nak baking, nak deco... And also, nak penuhi tempahan Brownies. Terima kasih kepada semua yang support Brownies Cik Ponti. Yang beli kek dan tepung instant. Sesapa nak tengok segala jenis servis yang Cik Ponti tawarkan, bole la masuk Instagram : qaseef_amanda

KLIA2



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Ni nama dia Dam. If korang nak pegi Bangkok, bole call Dam ni. Dia ada tuk-tuk dan teksi. Harga bole bincang. Sangat murah dan friendly. Dia bole bawak ke tempat-tempat menarik. +66937946562