Tuesday, June 2, 2015

Lelaki anak emak?

Hah!!
Pasti ramai lelaki di luar sana yang mungkin beranggapan mereka sebenarnya bukan anak emak.
Ramai yang tak nak mengaku.
Tapi hakikatnya kita perlu tahu ada juga lelaki yang dikategorikan sebagai anak emak.

Wajar atau tidak?

Memang syurga seorang anak lelaki terletak pada kaki si ibu tetapi,bagaimana pula konsep lelaki anak emak ini boleh kita ketahui?
  • “Awak mak saya kata awak ni ayu dan comel lah.”
  • “Awak mak saya kata awak tak sopan lah.”

Bila lelaki itu memulakan semua topik perbualannya hanya menyebut nama emak dan melupakan nama bapanya itu pertanda dia ialah anak emak.
“Awak mak saya nak jumpe awak lah.”
Ayat ini satu lagi peliknya. Wajarkah seorang perempuan dulu berjumpa famili lelaki pada dasarnya lelaki yang terlebih dahulu berjumpe famili perempuan.
Lelaki anak emak mementingkan padangan emak dia semata-mata dan pastinya mengenepikan perasaan pasangannya. Jadi perempuan hati-hati!

“Mak nak kau ceraikan isteri kau!”
Nah! ini berlaku bila lelaki menjadi anak emak.
Pastinya segala apa yang pasangannya lakukan akan menjadi sesuatu yang buruk dimatanya kerana emaknya lebih penting.
Mungkin si emak “protective” memang wujud tetapi kenalah bertempat dan bagi lelaki kena fahami tanggungjawab sebenar mereka dan sejauhmana konsep mendengar kata emak sewajarnya dilihat.
Jangan sewenang-wenangnya beranggapan emaknya sentiasa betul dan tepat.
Bagaimana yang anda faham mengenai LELAKI YANG IDEAL? 

Realiti sebenar!

Salah satu kegagalan rumah tangga zaman sekarang berpunca daripada campur tangan orang ketiga selalunya bukannya skandal semata-mata lebih kepada doa seorang ibu.
Cuba kita perhatikan disekeliling kita, adik beradik kita, kawan-kawan kita, keluarga kita, bila berlaku campur tangan orang ketiga dan lelaki pula tidak tahu menilai yang mana betul atau salah di situ berlaku salah faham yang mengakibatkan pasangan merasakan kesakitan yang tidak terperi.
Lelaki anak emak, fikir sejenak mana bahagian kita perlu mengikut kata emak, mana bahagian kita tidak perlu begitu.
Jika kita merasakan emak kita sentiasa betul pasti suatu hari pasangan kita sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu dan akhirnya mereka akan berhenti di situ.

Apa Anak Lelaki Patut Jawab?

Bila si ibu mengarahkan anaknya mencari pasangan lain apa yang sewajarnya lelaki patut jawab?
“Emak mana kurangnya bakal isteri/isteri saya? Adakah emak juga sesempurna itu?”
“Emak kalau saya cari pasangan lain, bagaimana pula kalau bapa pun cari pasangan lain?”
Tapi jawablah dengan lembut atau lebih senang bercerita dengan bapa atau abang atau sesiapa sahaja dalam keluarga atau kawan-kawan kita.

Ini ayat emak yang protective.

“Isteri kau tak tahu masak ke?”
“Isteri kau tak pandai jaga anak ke?”

Ini ayat emak yang memahai pasangan anak.

“Kau tak ajar isteri kau hormat orang ke?”
“Kau tak ajar isteri kau masak ke?”

Masalah Lelaki anak emak dalam kalangan wanita pula.

  • setiap perlakuan sentiasa salah dimata ibu lelaki
  • sentiasa menjadi orang yang lemah
  • tidak bahagia
  • perempuan paling derita

=> walaupun hakikatnya semua ini dugaan Allah tapi manusia berhak untuk berusaha ke arah itu.

Tanda-tanda lelaki anak emak dan emak seorang “protective”

setiap isu yang timbul dalam hubungan berpunca daripada emak lelaki
setiap ayat yang keluar dari mulut lelaki ada nama mak.
emak lelaki akan mengaturkan segalanya tentang anak tanpa berbincang dengan perempuan
kerap menyalahkan pasangan anak
lelaki sentiasa membuat keputusan berdasarkan kata-kata emaknya
lelaki enggan mendengar dari pasangan
lelaki hanya menyalahkan keluarga pasangan

Wahai para ibu? (PEREMPUAN)

Kita juga pernah menjadi menantu, jadi pahitnya itu kita juga pernah merasakannya.
Kita juga pernah merasa susah menjadi sebahagian daripada hidup orang lain jadi fahamilah.
kita juga pernah merintih, jadi perlukah kita biarkan perempuan lain merasakan benda yang sama?

PENGAJARAN DARIPADA LELAKI ANAK EMAK

Mungkin kita beranggapan memang wajib lelaki untuk menghormati emaknya tetapi dalam sudut sudah berpasangan perasaan pasangan wajar dipentingkan terlebih dahulu.
hubungan yang sewajarnya dikemudi oleh lelaki akhirnya dikemudi oleh kaum wanita.
– Mungkin zaman sekarang sudah tiada konsep lelaki anak emak tetapi percayalah cerita yang ditayangkan di tv bukan hanya tontonan tetapi juga sebagai pengajaran.
Perempuan di luar sana bila sudah mendapat pasangan begini baik anda fikirkan mana yang baik dan buruknya.
Mungkin kita tidak nampak tapi bertanyalah dengan ibu bapa kita dan sesiapa sahaja di sekeliling kita.
Insya Allah akan ada jalan ke arah meperoleh lelaki yang betul-betul memahami konsep kehidupan dan tidak memberikan penindasan pada satu pihak.
*******
Artikel ini adalah perkongsian artikel daripada Effa Arabi

************************************************************************************

Susahnya kalau dapat suami jenis "anak emak' ni, hinggakan ada hal-hal tertentu dalam rumahtangga pun suami terpaksa merujuk kepada ibu demi menjaga hatinya sedangkan diri sendiri makan hati. Kalau ada isteri yang mengalami situasi macam ni mungkin setahun dua boleh lagi bersabar. Tapi kalau sudah bertahun-tahun suami masih tidak berubah dan tetap merujuk kepada ibunya dalam apa jua keputusan dalam rumahtangga, sudah pasti isteri akan kecewa berterusan.

Hidup berumahtangga membawa maksud perkongsian hidup antara suami dan isteri. Jadi dalam apa jua hal rumahtangga, isteri mahukan suamilah yang pertama tahu dan kedua-duanya juga berhak membuat keputusan. Tidak salah merujuk kepada ibu jika sekadar meminta pandangan dan nasihat untuk kebaikan rumahtangga yang dikongsi bersama isteri. Bukan pula membiarkan semuanya ibu yang membuat keputusan sehingga melukakan hati menantunya/isteri.
Apa yang penting dalam menjaga perasaan masing-masing, ketiga-tiga pihak terbabit iaitu suami, isteri dan mertua harus bijak memainkan peranan masing-masing agar suasana tidak menjadi keruh atau ada pihak yang terasa dipinggirkan. Lelaki, jika berkahwin dia harus tahu peranannya sebagai suami kepada isteri dan ketua rumahtangga. Dalam masa yang sama dia juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibunya. Maka laksanakan peranan ini sebaik mungkin. Sebagai suami dia harus tahu bagaimana mencorakkan hubungan dengan isteri berjalan dengan baik. Segala hak, keperluan dan keistimewaan sebagai isteri terpelihara.

Dalam masa yang sama hak dengan keperluan ibu yang dipertanggungjawabkan di atas bahunya hendaklah dipikul sebagaimana sewajarnya. Ingat, sebelum dan selepas berkahwin adalah dua keadaan yang berbeza. Sudah tentulah hubungan dengan ibu juga berbeza. Jika dahulu segala-galanya ibu yang lakukan, tapi bila sudah ada isteri sebahagian apa yang dilakukan oleh ibu akan dilakukan oleh isteri. Bila sudah ada isteri, ada benda yang menjadi rahsia bersama dan tidak boleh dikongsi dengan ibu, jadi pandai-pandailah membataskan hubungan.

Jika isteri pula tahu bahawa suaminya jenis anak emak ni, dia harus pandai mengambil hati suami supaya suami tidak sentiasa merujuk kepada ibunya jika berlaku apa-apa masalah. Isteri perlu tahu bila masa yang sesuai untuk berbincang dengan suami. Jika ada rasa tidak puas hati, fahami sifat suami, jangan terlalu mendesak atau perlahan-lahan bimbingnya agar lebih yakin membuat keputusan sendiri atau sekali sekala beri cadangan atau usul yang baik untuk dirinya.

Ibu pula perlu gunakan pengalaman sebagai ibu dan kematangan untuk membezakan situasi anak yang telah berkahwin. Jadi urusan rumahtangga anak tidak perlu dicampuri. Biarkan anak dan menantu membuat keputusan sendiri. Jangan sekali-kali mencampuri urusan mereka kecuali diminta memberi pandangan. Sebagai ibu, pastikan anak lelaki menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga terhadap anak dan isterinya. Jika ada perkara tidak betul harus ditegur dan cubalah berbaik-baik dengan menantu serta berikan tip bagaimana menawan hati suami melalui pengalaman yang sudah masak dengan perangai anak sendiri agar isteri tahu apa yang perlu dilakukan.

Berikut adalah tip yang perlu dilakukan oleh suami anak emak agar rumahtangga lebih bahagia.

SUAMI.
  1. Rendahkanlah ego sebagai lelaki untuk lebih berkompromi dengan isteri
  2. Isteri adalah rakan kongsi dalam perkahwinan. Oleh itu segala keputusan dalam hubungan suami isteri dan rumahtangga adalah atas persetujuan bersama.
  3. Tidak salah untuk terus rapat dengan ibu dan mendapatkan pandangannya tetapi biarlah dalam pengetahuan isteri juga.
  4. Jangan membandingkan isteri dengan ibu kerana keduanya adalah dua insan yang berbeza personaliti dan latar belakang.
  5. Menerima isteri sedanya termasuk kelebihan dan kekurangannya.












No comments: