Tuesday, June 9, 2015

~ Kimchi ~

As-Salam,
Semalam share resepi Bulgogi versi Cik Ponti, harini nak share plak resepi Kimchi. Buat dia senang je.

Bahan-Bahan

1 Biji Kobis panjang (Napa Cabbage) - (cuci la bersih2) gaul dengan garam dan biarkan sehingga 4-5 jam. Pastu bilas
Carrot - disagat halus memanjang (ikut suka hang la nak potong bentuk camne pon)
Daun Bawang - potong ikut suka hang laaaaa...

Kimchi Paste
Bawang putih - blend
Bawang besar - blend
Serbuk Cili (BABAS) - (ikut suka hang la nak letak banyak mana, ikut nak pedas ke tak)
2 sudu sos ikan
Sedikit Gula
Masuk je semua dalam bekas. Siap.

Tips : Kalo nak masam letak di luar fridge korang

Nanti Cik Ponti bagi resepi Kimchi Soup pulak. Orang tu suka sangat makan kat Dubu-Dubu, padahal Cik Ponti bole je wat sendiri. Ok.... Daaaaaaaaaa



Monday, June 8, 2015

~ Bulgogi ~

As-Salam,

Cik Ponti selalu pegi makan korean food kt Ampang Point. Kedai dia kecik je, meja pun di kaki-kaki 5 dalam Ampang Point. Selalu Que Hidar bawak anak dia makan kat sini. Selalunya Cik Ponti oder set yg ada bulgogi. Selalunya set ni walaupun makan kat kedai korean, they came with miso soup, rice,bulgogi and kimchi. Bila teringin sangat makan tu, rasa malas betul nak drive sebab jauh, jem dan susah parking.

So, buat sendiri je la bulgogi dan kimchi tu. Miso soup tu susah betul nak wat sebab paste dia yang jual kat kedai tu Non-Halal... Cik Ponti belum sempat experiment lagi. So, meh nak share resepi bulgogi. Rasa dia sebijik macam kat kedai Ampang Point tu. Maybe tak sama 100%, at least rasa dia 99% sama. hewhewhewhewhewhew......



Bulgogi

Blend
Green Onion (bawang Holland)
Bawang Putih
Sedikit Halia
Singo Pear

Marinate Sauce

Soy Sauce (masin)
Minyak Bijan
Corn syrup
Lada Hitam
Sedikit air
Sedikit Gula
Hirisan Bawang Holland

1. Marinate daging dengan semua di atas selama 3 jam atau semalaman.
2. Panas kan non-stick pan, masukkan semua tanpa menggunakan minyak
3. Masukkan daun bawang. Masak sehingga daging cukup masak. (Cik Ponti tak masak hingga kering sebab suka berkuah)
4. Tabur bijan (tapi Cik Ponti xde bijan kat rumah, so, tak de la yer)

Siap. Senang kan???????????????????????????????????????


Soalan : Nape tak letak garam?
Jawapan : sebab soy sos tu dh cukup masin bagi Cik Ponti. If uolls memang suka makan masin, bole la tambah garam sikit.

Soalan : Nape nampak macam berkuah je?
Jawapan : Sebab Cik Ponti suka makan berkuah

Tips : ada yang gunakan jus Singo Pear je, tapi Cik Ponti blend semua sebab dia akan membuatkan bulgogi kita pekat.

Tips : Hiris daging nipis-nipis.


Sekian................... Macehhhhh :)




















Friday, June 5, 2015

DIDIKAN UNTUK ANAK PEREMPUAN

Elakkan mendidik anak perempuan kita menjadi terlalu independant sehingga mereka mampu buat semuanya, sehingga anak2 lelaki akhirnya menjadi begitu dependant pada orang perempuan dalam hampir segalanya, termasuklah urusan mencuci pinggan makannya yang tidak dapat lagi dilakukan dengan tangan sendiri, atau tanpa bantuan wanita dalam keluarganya.

Harus pandai ajarkan, mana kerja yang lelaki dan wanita perlu buat sama2. Dan mana kerja yang lelaki sahaja perlu buat, dan wanita sahaja perlu buat.

Apa yang terjadi pada hari ini, kita mengajar dan menyiapkan anak perempuan kita melakukan hampir segalanya, sehingga kita terlupa meninggalkan sedikit kerja untuk anak lelaki kita.

Akhirnya, anak lelaki kita menjadi lebih perempuan dari perempuan.
Sedang anak perempuan pula, menjadi lebih lelaki dari lelaki. Dari jaga rumah, jaga anak, bersalin, membesarkan anak dan menanggung majoriti atau semua perbelanjaan rumah termasuklah menyara atau melengkapkan keperluan sang suami (lagi-lagi lelaki anak emak).

Anak perempuanlah yang rajin belajar di sekolah. Yang excellent result di universiti. Yang berjawatan tinggi dan berkerjaya baik. Yang menyediakan perbelanjaan utk mak ayah di kampong dan adik2 yg bersekolah sekaligus menyara suami dan rumahtangga sendiri. Anak lelaki kita hidup macam seorang baby. Semuanya kita kena siapkan utk dia. Tak ada kita, tak jadi apa.

Samada cabaran ini terjadi atau tidak dalam hidup kita, kita memang tidak dapat menafikan bahawa cabaran ini begitu menular dalam masyarakat kita.

Kita mesti ambil tahu dan berfikir secara serius dan berusaha utk menangani masalah sebegini yg telah banyak menjadi punca perbalahan dan keretakan rumahtangga.

Semuanya bermula dari diri kita sebagai ibubapa. Elakkan membesarkan anak lelaki dalam suasana "BIAR PEREMPUAN LAKUKAN SEMUANYA" dan elakkan membesarkan anak perempuan dalam suasana "BIAR AKU LAKUKAN SEMUANYA".

Orang perempuan perlu belajar beri lelaki peluang utk laksanakan banyak peranan mereka yang telah kita 'rampas' tanpa sengaja.

Dan orang lelaki harus pandai ambil peluang buktikan bahawa mereka adalah anak jantan sejati yang layak dihormati dan ditaati isteri sepenuhnya.

Jangan diminta isteri taat, sedang kita sendiri dalam maksiat.
Maksiat kepada ALLAH kerana mengabaikan tanggungjawab dalam rumahtangga.
Kalau kita boleh tidak taatkan ALLAH, bagaimana kita expect anak2 dan isteri mentaati kita.

Ikut sunnah Rasullulah.

Orang perempuan jadi perempuan. Orang lelaki jadi lelaki.
Jangan disibuk2 mahu bertukar peranan. Biar saling tolong menolong, tapi ada batasnya.


Tuesday, June 2, 2015

Lelaki anak emak?

Hah!!
Pasti ramai lelaki di luar sana yang mungkin beranggapan mereka sebenarnya bukan anak emak.
Ramai yang tak nak mengaku.
Tapi hakikatnya kita perlu tahu ada juga lelaki yang dikategorikan sebagai anak emak.

Wajar atau tidak?

Memang syurga seorang anak lelaki terletak pada kaki si ibu tetapi,bagaimana pula konsep lelaki anak emak ini boleh kita ketahui?
  • “Awak mak saya kata awak ni ayu dan comel lah.”
  • “Awak mak saya kata awak tak sopan lah.”

Bila lelaki itu memulakan semua topik perbualannya hanya menyebut nama emak dan melupakan nama bapanya itu pertanda dia ialah anak emak.
“Awak mak saya nak jumpe awak lah.”
Ayat ini satu lagi peliknya. Wajarkah seorang perempuan dulu berjumpa famili lelaki pada dasarnya lelaki yang terlebih dahulu berjumpe famili perempuan.
Lelaki anak emak mementingkan padangan emak dia semata-mata dan pastinya mengenepikan perasaan pasangannya. Jadi perempuan hati-hati!

“Mak nak kau ceraikan isteri kau!”
Nah! ini berlaku bila lelaki menjadi anak emak.
Pastinya segala apa yang pasangannya lakukan akan menjadi sesuatu yang buruk dimatanya kerana emaknya lebih penting.
Mungkin si emak “protective” memang wujud tetapi kenalah bertempat dan bagi lelaki kena fahami tanggungjawab sebenar mereka dan sejauhmana konsep mendengar kata emak sewajarnya dilihat.
Jangan sewenang-wenangnya beranggapan emaknya sentiasa betul dan tepat.
Bagaimana yang anda faham mengenai LELAKI YANG IDEAL? 

Realiti sebenar!

Salah satu kegagalan rumah tangga zaman sekarang berpunca daripada campur tangan orang ketiga selalunya bukannya skandal semata-mata lebih kepada doa seorang ibu.
Cuba kita perhatikan disekeliling kita, adik beradik kita, kawan-kawan kita, keluarga kita, bila berlaku campur tangan orang ketiga dan lelaki pula tidak tahu menilai yang mana betul atau salah di situ berlaku salah faham yang mengakibatkan pasangan merasakan kesakitan yang tidak terperi.
Lelaki anak emak, fikir sejenak mana bahagian kita perlu mengikut kata emak, mana bahagian kita tidak perlu begitu.
Jika kita merasakan emak kita sentiasa betul pasti suatu hari pasangan kita sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu dan akhirnya mereka akan berhenti di situ.

Apa Anak Lelaki Patut Jawab?

Bila si ibu mengarahkan anaknya mencari pasangan lain apa yang sewajarnya lelaki patut jawab?
“Emak mana kurangnya bakal isteri/isteri saya? Adakah emak juga sesempurna itu?”
“Emak kalau saya cari pasangan lain, bagaimana pula kalau bapa pun cari pasangan lain?”
Tapi jawablah dengan lembut atau lebih senang bercerita dengan bapa atau abang atau sesiapa sahaja dalam keluarga atau kawan-kawan kita.

Ini ayat emak yang protective.

“Isteri kau tak tahu masak ke?”
“Isteri kau tak pandai jaga anak ke?”

Ini ayat emak yang memahai pasangan anak.

“Kau tak ajar isteri kau hormat orang ke?”
“Kau tak ajar isteri kau masak ke?”

Masalah Lelaki anak emak dalam kalangan wanita pula.

  • setiap perlakuan sentiasa salah dimata ibu lelaki
  • sentiasa menjadi orang yang lemah
  • tidak bahagia
  • perempuan paling derita

=> walaupun hakikatnya semua ini dugaan Allah tapi manusia berhak untuk berusaha ke arah itu.

Tanda-tanda lelaki anak emak dan emak seorang “protective”

setiap isu yang timbul dalam hubungan berpunca daripada emak lelaki
setiap ayat yang keluar dari mulut lelaki ada nama mak.
emak lelaki akan mengaturkan segalanya tentang anak tanpa berbincang dengan perempuan
kerap menyalahkan pasangan anak
lelaki sentiasa membuat keputusan berdasarkan kata-kata emaknya
lelaki enggan mendengar dari pasangan
lelaki hanya menyalahkan keluarga pasangan

Wahai para ibu? (PEREMPUAN)

Kita juga pernah menjadi menantu, jadi pahitnya itu kita juga pernah merasakannya.
Kita juga pernah merasa susah menjadi sebahagian daripada hidup orang lain jadi fahamilah.
kita juga pernah merintih, jadi perlukah kita biarkan perempuan lain merasakan benda yang sama?

PENGAJARAN DARIPADA LELAKI ANAK EMAK

Mungkin kita beranggapan memang wajib lelaki untuk menghormati emaknya tetapi dalam sudut sudah berpasangan perasaan pasangan wajar dipentingkan terlebih dahulu.
hubungan yang sewajarnya dikemudi oleh lelaki akhirnya dikemudi oleh kaum wanita.
– Mungkin zaman sekarang sudah tiada konsep lelaki anak emak tetapi percayalah cerita yang ditayangkan di tv bukan hanya tontonan tetapi juga sebagai pengajaran.
Perempuan di luar sana bila sudah mendapat pasangan begini baik anda fikirkan mana yang baik dan buruknya.
Mungkin kita tidak nampak tapi bertanyalah dengan ibu bapa kita dan sesiapa sahaja di sekeliling kita.
Insya Allah akan ada jalan ke arah meperoleh lelaki yang betul-betul memahami konsep kehidupan dan tidak memberikan penindasan pada satu pihak.
*******
Artikel ini adalah perkongsian artikel daripada Effa Arabi

************************************************************************************

Susahnya kalau dapat suami jenis "anak emak' ni, hinggakan ada hal-hal tertentu dalam rumahtangga pun suami terpaksa merujuk kepada ibu demi menjaga hatinya sedangkan diri sendiri makan hati. Kalau ada isteri yang mengalami situasi macam ni mungkin setahun dua boleh lagi bersabar. Tapi kalau sudah bertahun-tahun suami masih tidak berubah dan tetap merujuk kepada ibunya dalam apa jua keputusan dalam rumahtangga, sudah pasti isteri akan kecewa berterusan.

Hidup berumahtangga membawa maksud perkongsian hidup antara suami dan isteri. Jadi dalam apa jua hal rumahtangga, isteri mahukan suamilah yang pertama tahu dan kedua-duanya juga berhak membuat keputusan. Tidak salah merujuk kepada ibu jika sekadar meminta pandangan dan nasihat untuk kebaikan rumahtangga yang dikongsi bersama isteri. Bukan pula membiarkan semuanya ibu yang membuat keputusan sehingga melukakan hati menantunya/isteri.
Apa yang penting dalam menjaga perasaan masing-masing, ketiga-tiga pihak terbabit iaitu suami, isteri dan mertua harus bijak memainkan peranan masing-masing agar suasana tidak menjadi keruh atau ada pihak yang terasa dipinggirkan. Lelaki, jika berkahwin dia harus tahu peranannya sebagai suami kepada isteri dan ketua rumahtangga. Dalam masa yang sama dia juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibunya. Maka laksanakan peranan ini sebaik mungkin. Sebagai suami dia harus tahu bagaimana mencorakkan hubungan dengan isteri berjalan dengan baik. Segala hak, keperluan dan keistimewaan sebagai isteri terpelihara.

Dalam masa yang sama hak dengan keperluan ibu yang dipertanggungjawabkan di atas bahunya hendaklah dipikul sebagaimana sewajarnya. Ingat, sebelum dan selepas berkahwin adalah dua keadaan yang berbeza. Sudah tentulah hubungan dengan ibu juga berbeza. Jika dahulu segala-galanya ibu yang lakukan, tapi bila sudah ada isteri sebahagian apa yang dilakukan oleh ibu akan dilakukan oleh isteri. Bila sudah ada isteri, ada benda yang menjadi rahsia bersama dan tidak boleh dikongsi dengan ibu, jadi pandai-pandailah membataskan hubungan.

Jika isteri pula tahu bahawa suaminya jenis anak emak ni, dia harus pandai mengambil hati suami supaya suami tidak sentiasa merujuk kepada ibunya jika berlaku apa-apa masalah. Isteri perlu tahu bila masa yang sesuai untuk berbincang dengan suami. Jika ada rasa tidak puas hati, fahami sifat suami, jangan terlalu mendesak atau perlahan-lahan bimbingnya agar lebih yakin membuat keputusan sendiri atau sekali sekala beri cadangan atau usul yang baik untuk dirinya.

Ibu pula perlu gunakan pengalaman sebagai ibu dan kematangan untuk membezakan situasi anak yang telah berkahwin. Jadi urusan rumahtangga anak tidak perlu dicampuri. Biarkan anak dan menantu membuat keputusan sendiri. Jangan sekali-kali mencampuri urusan mereka kecuali diminta memberi pandangan. Sebagai ibu, pastikan anak lelaki menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga terhadap anak dan isterinya. Jika ada perkara tidak betul harus ditegur dan cubalah berbaik-baik dengan menantu serta berikan tip bagaimana menawan hati suami melalui pengalaman yang sudah masak dengan perangai anak sendiri agar isteri tahu apa yang perlu dilakukan.

Berikut adalah tip yang perlu dilakukan oleh suami anak emak agar rumahtangga lebih bahagia.

SUAMI.
  1. Rendahkanlah ego sebagai lelaki untuk lebih berkompromi dengan isteri
  2. Isteri adalah rakan kongsi dalam perkahwinan. Oleh itu segala keputusan dalam hubungan suami isteri dan rumahtangga adalah atas persetujuan bersama.
  3. Tidak salah untuk terus rapat dengan ibu dan mendapatkan pandangannya tetapi biarlah dalam pengetahuan isteri juga.
  4. Jangan membandingkan isteri dengan ibu kerana keduanya adalah dua insan yang berbeza personaliti dan latar belakang.
  5. Menerima isteri sedanya termasuk kelebihan dan kekurangannya.