Tuesday, May 26, 2015

~ Sabah ~

Pada 19-21 Mei 2015 Cik Ponti telah menghadiri Mesyuarat Bersama Jabatan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Bilangan 2 Tahun 2015. Kami wakil-wakil bahagian dan urusetia menginap di Marco Polo Hotel, Tawau, Sabah.

Flight MAS ke Sabah hanya ada 2 kali sehari. Pagi dan petang. Ada 'orang tu' janji nak hantar ke airport, tapi seperti biasa, janji tinggal janji. Tunggu-tunggu, 'orang tu' tak balik rumah pon. Takpe la, nasib baik ada seorang sahabat, yang saya call, dia terjaga dan willing hantar Cik Ponti ke airport pada pukul 4.30am. Thank you very much. Kalo tak jenuh la nak bayar balik tiket flight sebab "no show passanger".

19 Mei 2015 (Selasa)

Sampi di KLIA, rupanya ramai juga yang amik flight pagi. Kak Ram, Huney, Abg Faizul, Urusetia, Pn.Didiey dan lain-lain so, xde la rasa bosan sangat. Flight kami 7.25am.
Perjalanan dari KL-TAWAU memakan masa lebih kurang 3 jam. Makanan MAS memang tak sedap langsung. Kami disogokkan supaya mengambil FRITTATA yang sepatutnya sedap, tapi hampaaasss....

Sampai je airport Tawau, kami di sambut oleh pihak MARA. Then terus ke Hotel Marco Polo. Disebabkan program kami bermula malam, sempat la kami 'anak beranak' jalan-jalan di pekan Tawau. Singgah di Pasar Tanjung Tawau, diorang borong ikan bilis, udang kering, amplang, ikan talang masin dan macam-macam lagi. SANGATTTTTTTTTTT murah hokeyyy... Lepas packing barang dalam kotak,  'abg long kawasan' hantar barang kami ke hotel. So, kami terus explore ke pasar basah dia pulak. GOSHHHHHHHHHHHHH .. udang, ketam, ikan, sotong semua dalam harga yang sangat murah. Rasa tak nak balik semenanjung dah.

ikan bilis siap kupas RM24 je sekilo

Ni Kak Ram. Cik Ponti anak didik dia kekekekekekke....

Malam, program utama, MEETING bersama wakil-wakil setiap Bahagian dan wakil-wakil skim perkhidmatan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Cik Ponti mewakili Bahagian Infrastruktur.

Attire : Smart Casual




**************************************************************************************

20 Mei 2015 (Rabu)


Attire : Baju Koprat KKLW

Lepas breakfast kami ke Perasmian Tamu MARA, Tawau di pekan Tawau. Then terus kami ke Kg.Tampi-Tampi Darat (Desa Lestari), Semporna. Misi Desa Lestari ni adalah untuk menjana komuniti Luar Bandar yang progressif melalui Pemerkasaan Modal Insan, Infrastruktur dan Ekonomi berdaya saing dalam persekitaran Lestari.


Di Kg.Tampi-Tampi Darat, kami sempat singgah ke Galeri Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah. Galeri yang masih belum dirasmikan lagi.Selesai program di sini, kami pulang ke Tawau. Singgah sebentar dia Pusat Pelancongan Laut Semporna. Masa ni hp Cik Ponti kritikal. Mati... So, xde la gambar-gambar laut yg biru dan jernih tuh.. Nangessssssssss... Huney selfie, Cik Ponti menyelit je la.

Breakfast...Huney Selfie, Cik Ponti menyelit..kekekekek... sabo ye Huney :p
Perasmian Tamu MARA, Tawau

 


ini bukan fake ok.. ini adalah antara Tengkorak sebenar yang di jumpai di dalam Bukit Tengkorak




Pusat Pelancongan Lautan Semporna

Cik Ponti tido jap... Ngantok + sakit kepala kekekekekekekke
Huney selfie, Cik Ponti menyelit je la...guanoo, hp mati...
muncung.... sakit kepala :p

Balik je, kepala berdenyut-denyut, hampir-hampir pengsan... Mandi, basah kepala.. then baru pengsan. Yang lain-lain tu sambung shopping ikan kering kat pekan.

 ************************************************************************************

21 Mei 2015 (Khamis)

Free and easy.

hp cik ponti overheat... rosak :'( ...


Hari terakhir.. Masa untuk kami pulang. Berat juga hati nak balik dan tinggalkan segala sotong, udang dan ketam yang murah-murah di pasar Tawau kikikikikik... Macam nak transfer Sabah je.. Lama dah berangan nak duduk Sabah, dari zaman di JPA dulu...

After breakfast, lawatan ke Kunak. Kilang buat kerepek. SEMUA SEDAP. Then, terus ke kilang buat sos. Sedap gak sos buat sendiri ni. Tokey pon baik. Tempat buat sos pon bersih. Pekerja pon mengutamakan kebersihan. Owner Sos ni Hajah Fatimah Hamid adalah usahawan yang berjaya, pada mulanya hanya untuk mengisi masa lapang sahaja. Produk bakal tembusi Dubai dan Jepun. Malangnya, Cik Ponti baru dapat merasa sos Hjh.. Memang sedap. Produk muslim ok.

Last tu singgah kedai mutiara dan pasar basah.. Depa borong seafood... Cik Ponti tengok je la, macam nak beli ketam untuk 'orang tu' sebab dia memang suka makan ketam... Tapiiiiii.... ermmm...






with the 'tokey' :)

Singgah kedai pearl... erm...murah dan cantik. lebih murah dari Kota Kinabalu




Rasa sangat sedih nak balik dan tinggalkan Tawau. Memang dah jatuh hati. Jatuh hati kat seafood dia, laut biru dia... Jatuh hati kt Semporna.. Ada rezeki nanti, Cik Ponti nak pegi lagi.










1 comment:

Anonymous said...

Sweet memory....i think la...huhuhu