Friday, May 1, 2015

~ Mimpi dan Mama ~

29 Mac 2015

Genap setahun mama pergi tinggal kan kami. Saat menaip tajuk je dah buat air mata bergenang. Kerana terlalu rindukan mama, tak terluah dengan kata-kata, saat kehidupan tak sama lagi sewaktu mama ada, saat di hina dan di malukan oleh orang yang paling dekat dengan saya, orang yang sepatutnya mempertahankan saya, orang yang bertanggungjawap ke atas hidup saya...

Saat rasa tiada makna lagi dalam kehidupan, saat rasa jatuh, saat rasa dipijak-pijak maruah.. Saat kecewa, mama hadir di dalam mimpi. Tanpa sepatah kata. Putih bersih tetapi berambut panjang seperti mama muda-muda dulu. Air mata menitik. Tanpa sepatah kata, seolah faham, mama menghulurkan tangan memanggil. Mama panggil saya pulang. Memang saya terlalu letih dengan kehidupan sekarang, mama seolah faham. Mama memanggil saya pulang. Ke mana? Persoalan itu lah yang bermain dalam fikiran. Mama memanggil saya ke alam sana? Sudah sampaikah masa?

Kemudian saya terjaga..


1 comment:

hami sharizal said...

Assalamualaikum.. Awak sabarlah yerr.. Moga Allah akan memberkati doa awak bersama mama.. Percayalah Tiap2 yang berlaku pasti ada dari salah silap KITA sendiri.. Biarlah "orang itu" tidak menjalankan tanggungjawab dia satu hari pasti kesalan pasti akan dtg kepadanya..
Saya jgk pernah mimpikan arwah abah ketika keperitan hidup dtg melanda begitu jua hanya diam tidak berkata2.. Apa yg saya tahu ianya DATANG utk sedarkan kita ttg kematian itu PASTI.. Kita tak perlu alpa akan keangkuhan dunia... InshaAllah Awak pulihkan diri awak dan hati awak.. Bersihkan hati kita semasa mengadap Allah....
Alhamdulillah lah selalu dlm hidup kita yerr...
Till we meet again soon.. Maybe dlm kehidupan yg lain pasti saya tak abaikan kamu.. InshaAllah..