Monday, April 27, 2015

~ Community Social Responsibility ~

Program Transformasi Perkhidmatan Awam, KKLW Community Social Responsibility (KCSR) Siri 1 dan Siri 2 pada 21 hingga 24 April 2015 (Selasa-Jumaat) di Rancangan Tanah KESEDAR Lebir, Gua Musang, Kelantan.

Difahamkan tempat ini dan segala bangunan dan infrastruktur di sini telah ditenggelami banjir. Misi kami kali ni ialah, membersihkan tapak sekolah tu, repair, cuci, selenggara dan mengecat untuk dijadikan penempatan untuk 6 buah keluarga yang rumahnya musnah sama sekali sewaktu banjir besar di Kelantan awal tahun ini.

21 April 2015 (Selasa)
11am

Perjalanan dari Putrajaya ke Gua Musang, Kelantan

Muka ngantok


22 April 2015 (Rabu)
6.30am 

Perjalanan dari Goa Inn Hotel ke Rancangan Tanah KESEDAR Lebir. Perjalanan mengambil masa selama 45minit dari tempat penginapan kami. Jalan berliku dan ada di pertengahan jalan ada jalan yang mendap.

Sampai je kami disambut oleh pihak KESEDAR. Kami dijamu sarapan dan diberi taklimat. Pada hari ini kami membersihkan sisa lumpur yang dah keras di dalam bangunan, cuci lantai, cuci dinding, cuci tingkap dan sebagainya. Nasib baik kami diberi mask, sebab habuk dan debu dari lumpur kering sangat menyesakkan nafas penghidap asma seperti saya.

Balik petang tu saya sempat menyinggah ke Lata Serigala, pintu masuk dari Taman Negara Pahang.

Dan disebelah malam pula, Bahagian kami iaitu Bahagian Infrastruktur KKLW dijamu dengan daging rusa dan ikan kelah. Saya difahamkan, ikan kelah ini mencecah RM180-RM200 sekilo....wow... Dapat la juga merasa ikan kelah buat pertama kali :p . Terima kasih.

The Journey
Taklimat

 



Air jernih sangat




23 April 2015(Khamis)
6.30am

Harini seperti biasa kami sampai, ada breakfast disediakan. Tapi saya dah di pertengahan jalan tadi. Seperti biasa, makanan sinonim sarapan pagi di Kelantan, nasi berlauk. Memang sedap. Setiap pagi makan gulai ayam.

Sesampainya saya, terus mencapai penyodok, kerana peralatan kami disini tak berapa nak cukup dan sempurna, jadi kene kreatif menggunakan apa sahaja untuk membersihkan sekolah ni. Saya guna penyodok untuk membersihkan longkang yang tersumbat oleh lumpur kering.

Pagi-pagi memang muka Cik Ponti macam hantu kekekekekekke


Nampak tak Cik Ponti korek longkang pakai penyodok??



Baiki bumbung

kubur yang berada di dalam kawasan sekolah

Gotong royong untuk masak tengah hari.. Sembelih sekor lembu

Cat dinding sekolah pulak... Hebat tak Cik Ponti???? kekekekekekke

Final touch



Rewang


24 April 2015 (Jumaat)
10.00am

Perjalanan pulang. Sempat menyinggah di gerai-gerai tepi jalan untuk melihat produk tempatan. Jom cuci mata. Yang paling Cik Ponti teringin, tempoyak tu, tapi malangnya tak de sapa dah nak teman Cik Ponti makan sambal tempoyak. :'(

Balik tu Cik Ponti menyinggah ke Cameron Highland pulak. Rupanya dari Gua Musang tu dekat sangat nak ke Cameron Highland. Singgah jap beli strawberry untuk buat hiasan atas tiramisu.

Buah Salak

Tempoyak

Jeruk Petai.. Camne ek rasa dia?






















~ Terima Kasih ~

Post kali ni just nak ucap terima kasih banyak-banyak.


TERIMA KASIH

THANK YOU

JAZAK ALLAH

KAM SA HAE YO

GRACIAS

DANKE

KHWAP KHUN

SALAMOT

XIE XIE

ARIGATO GOZAIMASU











Step into my shoes, follow my journey, my mountains, my valleys, my surprise potholes and if u can keep going the way i keep going perhaps u'll understand my choices and strength