Sunday, March 29, 2015

~ Butter Prawn Cik Ponti ~

As-salam...

Ada yang request resepi Butter Prawn Cik Ponti. Jadi, Cik Ponti tak nak la kedekut ilmu kan.. Lagi pon Cik Ponti bukan berniaga pon, bole je share resepi. Ilmu yang tak diturun kan oleh sesapa untuk Cik Ponti... Just daripada pengalaman Cik Ponti makan Chinese Food kat merata-rata.. Jadi, Cik Ponti reka Butter Prawn sendiri. Teknik tu tah betul ke tak, Cik Ponti tak jamin la. Sapa yang berani mencuba tu, bole try tengok jadi ke tak?...

Udang - rendam dalam telur putih (letak garam sikit)
Daun Kari
Cili Api
Telur Kuning 2-3 biji (ikut banyak mana floss u nak, kalau u nak banyak, lebihkan la telur kuning)
Tepung Ubi or Tepung Jagung
Butter (ingat, this is butter prawn, so kene la guna butter SAHAJA) .. unless you nak save budget laaa

Step 1.

Udang yang dah rendam dalam telur putih tu, gaulkan pulak dengan Tepung Ubi or Tepung Jagung. Make sure semua covered by the tepungss hokey...

Then goreng Udang tu. Nak lagi sedap, letak sikit fresh milk.. bole juga pakai sedikit susu cair. serious ni... Tapi jangan banyak, just untuk perasa. If, udang 6-7 ekor, letak la 1 sudu besar susu. Then goreng sampai udang cukup masak.

Toskan udang yang telah digoreng


Step 2.



Cairkan butter. Letak sedikit minyak. Tuang telur kuning (angkat tinggi sikit) sambil kacau laju-laju. Guna senduk/sudip bulat. Kacau sehingga floss garing dan berbuih.

Campak Daun kari dan Cili Api

Sepatutnya ini la kaler Floss tu..


Step 3.

Toskan floss tu. Toss sampai minyak semua turun. Then tengah panas-panas tu Cik Ponti campak gula (ingat yer, butter tu dah masin)

Step 4.

Susun Udang dah goreng tu atas plate.. Tabur floss tu kat atas. Siap.

Jangan ikut cik ponti ye. Cik Ponti memang suka makan hangus sikit..


Senang kan?

(bole juga letak bawang putih dihiris. or cili merah dihiris cili padi.. tapi Cik Ponti tak letak sebab Ginger tak suka makan bawang) - semua ni masuk masa nak buat floss tu.








Sunday, March 22, 2015

 Jaga-jaga si Pengadu Domba, Si Pemfitnah dan Si Penipu
 
Alhasan berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sejahat-jahat manusia ialah yang bermuka dua, mendatangi dengan satu wajah dan yang satu wajah dan siapa yang mempunyai dua lidah didunia maka Allah s.w.t. akan memberikannya dua lidah api dari api neraka."
                            Qatadah berkata: "Sejahat-jahat hamba Allah ialah tiap tukang menghina, tukang maki dan tukang mengadu (adu domba/fitnah). Siksa kubur kerana tiga perkara iaitu:
  • Sepertiga kerana ghibah
  • Sepertiga kerana tidak membersihkan selepas buang air kecil
  • Sepertiga kerana adu domba/fitnah
                            Hammad bin Salamah berkata: "Seorang menjual budak, lalu berkata kepada pembelinya: "Budak ini tidak ada cirinya kecuali suka adu domba." Maka dianggap ringan oleh pembeli dan tetap dibeli, dan setelah beberapa hari ditempat majikannya, tiba-tiba budak itu berkata kepada isteri majikannya: "Suamimu tidak cinta kepadamu dan ia akan berkahwin lagi, apakah kau ingin supaya ia tetap kasih kepadamu?" Jawab isteri itu: "Ya." "Lalu kalau begitu kau ambil pisau cukur dan mencukur janggut suamimu yang bahagian dalam (dileher) jika suamimu sedang tidur." kata budak itu. Kemudian ia pergi kepada majikannya (suami) dan berkata kepadanya: "Isterimu bermain dengan lelaki lain dan ia merencanakan untuk membunuhmu, jika engkau ingin mengetahui buktinya maka cuba engkau berpura-pura tidur." Maka suami itu berpura-pura tidur dan tiba-tiba datang isterinya membawa pisau cukur untuk mencukur janngut suaminya, maka oleh suaminya disangka benar-benar akan membunuhnya sehingga ia bangun merebut pisau itu dari tangan isterinya lalu membunuh isterinya. Oleh kerana kejadian itu maka datang para wali (keluarga) dari pihak isterinya dan langsung membunuh suami itu sehingga terjadi perang antara keluarga dan suku suami dengan keluarga dan suku dari isteri."
                            Yahya bin Aktsam berkata: "Tukang fitnah itu lebih jahat dari tukang sihir sebab tukang fitnah dapat berbuat dalam sesaat apa yang tidak dilakukan oleh tukang sihir dalam satu bulan dan perbuatan tukang fitnah lebih bahaya dari perbuatan syaitan naknatullah sebab syaitan laknatullah hanya berbisik dan khayal bayangan tetapi tukang fitnah langsung berhadapan dan berbuat. Dan Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Hammalatal hathab. Ahli-ahli tafsir banyak yang mengertikan hathab itu fitnah/adu domba. Sebab fitnah itu bagaikan kayu untuk menyalakan api permusuhan dan peperangan.
                            Aktsam bin Shaifi berkata: "Orang yang rendah hina itu ada empat iaitu:
  • Tukang fitnah
  • Pendusta
  • Orang yang berhutang
  • Anak yatim
                            Utbah bin Abi Lubabah dari Abu Ubaidillah Alqurasyi berkata: "Seorang berjalan tujuh ratus kilometer kerana akan belajar tujuh kalimat dan ketika ia sampai ketujuannya ia berkata: "Saya datang kepadamu untuk mendapatkan ilmu yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu,
  • Beritakan kepadaku apa yang lebih berat dari langit?"
  • Dan apakah yang lebih luas dari bumi?
  • Dan apakah yang lebih keras dari batu?
  • Dan apakah yang lebih panas dari api?
  • Dan apakah yang lebih dalam dari laut?
  • Dan apakah yang lebih rendah (lemah) dari anak yatim?
  • Dan apakah yang yang lebih jahat dari racun?
Jawabnya ialah:
  • Membuat tuduhan palsu terhadap orang yang tidak berbuat, maka itu lebih berat dari langit
  • Hak kebenaran itu lebih luas dari bumi
  • Hati yang qana'ah (beriman) lebih dalam dari laut
  • Rakus itu lebih panas dari api
  • Hajat kepada keluarga yang dekat jika tidak tercapai lebih sejuk dari zamharir
  • Hati orang kafir lebih keras dari batu
  • Fitnah dan adu domba jika kedapatan (diketahui) pada yang difitnah lebih hina dari anak yatim
  • Dan fitnah itu lebih jahat dari racun yang membinasakan
                            Nafi' dari Ibn Umar r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setelah Allah s.w.t. menjadikan syurga lalu diperintah: "Bicaralah." Maka berkata syurga: "Sungguh bahagia siapa yang masuk kedalamku." Maka firman Allah s.w.t.: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu tidak boleh tinggal padamu lapan jenis orang iaitu:
  • Orang yang selalu minum khamar (arak)
  • Orang yang tetap menjadi pelacur
  • Tukang fitnah/ adu domba
  • Germo (orang lelaki yang membiarkan isterinya berzina)
  • Polisi 
  • Wadam (wanita Adam, lelaki yang berlagak wanita)
  • Pemutus hubungan kekeluargaan
  • Orang yang bersumpah dengan nama Allah akan berbuat kemudian tidak menepati sumpahnya
                            Alhasan Albashri berkata: "Siapa yang menyampaikan khabar berita orang lain kepdamu, maka ketahuilah bahawa orang itu akan menyampaikan khabarmu kepada orang lain." Umar bin Abdil Azizi didatangi seseorang lalu menceritakan hal orang lain, maka ditanya oleh Umar: "Jika kau suka maka kami akan menyelidiki kebenaran keteranganmu itu, jika kau dusta akan kau termasuk didalam ayat (Yang berbunyi): "In jaa akum faasiqun binaba'in fatabayyanu." (Yang bermaksud): "Jika datang kepadamu seorang fasiq membawa berita maka selidikilah." Dan jika kamu benar kau termasuk ayat (Yang berbunyi): "Hammaazin masysyaa'in binamin." (Yang bermaksud): "Tukang ejek dan suka berjalan mengadu (memfitnah)." Dan jika kau suka kami maafkan kepadamu." Maka jawab orang itu: "Maafkan saya ya Amirul Mukminin dan saya tidak akan mengulangi lagi."   
                            Abdullah bin Almubarak berkata: "Anak zina tidak dapat menyimpan amanat pembicaraan dan orang bangsawan ialah yang tidak mengganggu tetangganya." Yakni siapa yang suka memfitnah dan adu domba maka tabiat anak zina sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Hammaazin masysyaa'in binamin, mannaa'in lil khairi mu'tadin atsiim utullin ba'da dzalika zaniem." (Yang bermaksud): "Tukang mengejek dan berjalan memfitnah, bakhil tidak berbudi melampaui batas pendurhaka, sombong selain dari semua itu ia anak zina."
                            Seorang hakiem (cendiakawan) didatangi oleh kawannya, tiba-tiba kawan itu menceritakan hal kawan yang lain, maka ditegur oleh cendiakawan itu: "Kamu telah lama tidak datang dan kini datang membawa tiga dosa iaitu:
  • Pertama membencikan kepadaku kawanku
  • Kau telah merisaukan fikiranku
  • Saya menuduh engkau berdusta
                            Ka'bul-ahbaar berkata: "Terjadi kemarau pada Bani Israil maka keluar Nabi Musa a.s. membawa Bani Israil untuk berdoa minta hujan sebanyak tiga kali tetapi tidak juga hujan sehingga Nabi Musa a.s. berdoa: "TuhankuhambaMu telah keluar sampai tiga kali tetapi belum juga Engkau terima." Maka Allah s.w.t. menurunkan wahyu: "Aku tidak menerima doamu bersama kaummu kerana diantara kamu ada seorang tukang fitnah." Nabi Musa a.a. bertanya: "Siapakah itu, supaya kami dapat mengeluarkan dari anatara kami?" Jawab Allah s.w.t.: "Hai Musa, Aku melarang kamu dari namimah (adu-domba), apakah Aku akan mengadu-adu, taubatlah kamu semuanya." Maka bertaubatlah mereka lalu turunlah hujan.
                            Sulaiman bin Abdil-Malik ketika ia duduk bersama Azzuhri tiba-tiba ada orang datang maka Sulaiman berkata kepadanya: "Saya mendapat khabar bahawa engkau telah membicarakan dan membusukkan saya." Jawab orang itu: "Tidak, saya tidak berkata itu dan tidak berbuat sedemikian." Sulaiman berkata: "Orang yang menyampaikan berita kepadaku itu benar dan jujur." Azzuhri berkata: :"Tukang adu domba (fitnah) tidak benar dan tidak jujur." Sulaiman berkata kepada Azzuhri: "Benar engkau." Lalu berkata kepada tamunya itu: "selamat jalan."
                            Seorang cendiakawan berkata: "Jika ada orang menyampaikan kepadamu makian kawanmu, maka dialah yang memaki engkau bukan orang yang disampaikan beritanya kepadamu." Wahb bin Munabbih berkata: "Siapa orang yang memujimu dengan sesuatu yang tidak ada padamu, maka tidak aman daripadanya akan memaki engkau dengan apa-apa yang tidak ada padamu."
                            Abul Laits berkata: "Jika ada orang memberitahu kepadamu bahawa Fulan menjelekkan kau, maka harus menghadapi dengan enam macam iaitu:
  • Jangan percaya kerana tukang fitnah atau tukang adu domba itu tidak dapat diterima persaksiannya Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Ya ayyuhalladzina aamanu in jaa'akum faa siqun binaba'in fatabayyanuu an tushibu qauman bijahaalatin fatush bihuu ala maa fa'altum naa dimiin." (Yang bermaksua): "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasiq (satu kaum) membawa berita, maka hendaklah kamu selidiki, jangan sampai kamu membalas kepada suatu kaum dengan kebodohan, maka kamu kelak akan merasa menyesal. (Surah Alhujuraat ayat 6)
  • Engkau harus mencegahnya dari fitnah itu sebab nahi unkar itu wajib
  • Engaku harus membenci kepadanya sebb telah berbuat maksiat
  • Engkau jangan bersangka jahat terhadap saudaramu yang difitnah itu sebab jahat sangka terhadap seseorang muslim itu haram. FirmanAllah s.w.t. (Yang berbunyi): "Inna ba'dhadh dhanni itsmun." (Yang bermaksud): "Sebahagian dari sangka-sangka itu dosa."
  • Jangan kamu selidiki keadaan orang yang difitnah itu sebab Allah s.w.t. melarang menyelidiki kesalahan orang
  • Apa yang tidak kau suka dari perbuatan orang yang mengadu-adu itu maka jangan sampai berbuat seperti itu, yakni engkau jangan memberitahu kepada sesiapapun apa yang dikatakan oleh tukang fitnah itu
     
     
     

Friday, March 6, 2015

Berhentilah Mengaibkan Orang Lain




Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang, tak ada kerja lain ke selain daripada penyebar benda yang tak berfaedah, berunsur fitnah dan menjatuhkan maruah orang? Bukankah menyebarkan sesuatu perkara yang mengaibkan orang lain adalah dosa besar walaupun ia adalah benar?

Dalam Islam, tidak boleh menyebarkan keaiban orang lain walaupun mahkamah telah membuat keputusan tentang sesuatu kes. Misalnya, Si Fulan merogol Si Minah dan kita merupakan saksi, kita adalah dilarang untuk menghebohkannya ke mana-mana pihak kecuali melaporkan kepada Polis.

Islam juga tidak pernah mengajar kita untuk mecari-cari kesalahan orang lain walaupun ia perkara yang benar. Sepertimana firman Allah,

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat 49:12)
           
           Perhatikan petikan ayat di atas “janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang” . Melalui firman Allah di atas, ia menjelaskan bahawa perbuatan mengintip dan mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain adalah satu perbuatan yang amatlah dilarang.
            
            Malah, ia merupakan dosa besar yang sukar diampun kecuali kita benar-benar bertaubat kepada-Nya.  Semakin ia disebarkan, semakin besar dosanya.

Bayangkan, kita sebar kepada 10 orang dan setiap seorang dari mereka sebarkan pula kepada 10 orang lain dan ia berterusan. Sudah pasti dosa itu akan berganda dan balasan diakhirat amatlah berat.

Rasulullah turut mengingatkan umatnya agar tidak mengaibkan orang lain atau padah akan mendatang. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW:

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”
     
       Banyak lagi perkara yang berfaedah dan mendatangkan pahala jika kita berbicara. Janganlah asyik mencari aib orang lain, sedangkan aib sendiri tak terjaga. Sentiasa beringatlah,

“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita bukannya suci,

Rujuk Surah al-Najm, ayat 31-32:

“Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa.”
            
            Lihat Allah mengingatkan kita- maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dari perspektifku, peringatan ini diberikan kerana kebiasaannya orang yang mencari aib orang lain menganggap dirinya adalah suci atau lebih baik dari orang lain.
            
            Dengan adanya perasaan ‘aku suci’ atau ‘aku lebih hebat’ membuatkan seseorang itu merasakan dirinya layak untuk mencari keaiban orang lain dan menyebarkannya.

Akhirulkalam,
            
             Marilah kita bersama-sama berhenti mencari aib orang lain, janganlah kita menjatuhkan maruah orang lain walaupun ia perkara yang benar.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk teradap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." (Hadith riwayat Ahmad dan Tarmizi)


Dosa Membuka Aib Orang

Membuka Aib Orang atau Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.  Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia boleh disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.  Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.  Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.  Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.  Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah.  Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu.aEt (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: aEsYang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah.

 Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan    keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain;
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

a. Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;
b. Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang;
c. Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.




Sekadar renungan bersama




Tuesday, March 3, 2015

~ Patong Beach, Phuket ~

Deevana Plaza Hotel, Patong, Phuket.
26 - 28 February 2015.

Hotel kami


If korang nak pegi Phuket, i highly and personally recommend this hotel. Terletak betul2 di center of everything in Phuket. Semua walking distant. Nak sewa motor senang (sehari RM30 je) nak cari makanan halal senang, nak pegi Night Market senang, nak pegi Hard Rock Cafe dekat (jalan kaki 15 langkah je kot), nak pegi pantai dekat, nak pegi 7eleven dekat. Hotel pon sangat selesa... Bersih, cantik, makanan dia sedap dan staff dia semua friendly. DAN.. harga hotel ni sangat berpatutan.Sampai je hotel, kami di sambut dengan welcome drink dan cold towel, panas-panas ni letak towel sejuk kat muka sangat la heaven yeee...

Disebabkan Cik Ponti takut sunburn... Cik Ponti kan Ponti kannnn?... Jadi Ponti ni takut cahaya matahari, nanti dia burnnnnnnn kann.... so, Cik Ponti mengelak segala aktiviti yang boleh membuat tubuh Cik Ponti terbakar,hangus dan rentung... hew..hew..hew... Lagipun masa yang singkat, tak sempat nak arrange something yang Cik Ponti palingggg suka, swimmming, snorkelling, island hopping etc....Next time maybe?... With friends maybeee??... Tak giteww Cik Noriy Noi???






Cik Ponti merempit dengan boyfriend :p


Comel



Selain itu, apa yang Cik Ponti perasan, kat sini banyak sungguhhhhh kedai yang menjual barangan Hello Kitty. Naik juling mata Cik Ponti tengok Hello Kitty bersepah sana sini.

Malam kedua, Cik Ponti pegi tengok teater kat Phuket FantaSea. Ini adalah kali kedua Cik Ponti pegi Phuket FantaSea. Kali pertama dulu pegi tengok dengan mama dalam tahun 2006 kot kalau tak silap... Huuuuuuu~ Cik Ponti memang suka tengok teater, lagi-lagi bila teater mengisahkan tentang sejarah..

Bagusnya kawalan keselamatan kat sini. Mereka menjaga kualiti show mereka. Tiada hp or camera yang boleh dibawa masuk kerana selesai show sahaja, mereka ada menjual CD di luar. Costume yang sangat menarik, berwarna warni, blink-blink bagai, 15 ekor gajah digunakan dalam show ini, lebih kurang 8 ekor kambing yang bersih, beberapa ekor ayam dan beberapa ekor burung. Ko mampu nak kawal binatang atas stage yang mendengar arahan dan mengikut skrip????? 

Semua mudah kt Phuket ni. Van dari Phuket FantaSea datang amik dekat hotel. Show time 7.30pm, tapi van dah tunggu kat hotel pukul 4.30pm... Nampak macam awal sangat kan?.. Sebenarnya tak cukup masa pun nak explore tempat tu. Sangat besar dan banyak aktiviti yang ada kat sana.





Lepakss minum kopi sat

Cik Ponti beli RM20 je Rayban ni. Kat tepi-tepi jalan area Patong Beach je. Cantik kan??




Ok, thats all for now. Malas nak upload gambar banyak-banyak. Tapi Phuket memang tempat yang sangat cantik, menarik dan memang saya akan kembali lagi dengan Cik Noriy Noi... kan?.. kan?

Meh cuci mata tengok Hello Kitty. Cik Ponti hampir pengsan kene sawan bila tengok kedai Hello Kitty bersepah-sepah kat Phuket ni.

Dan yang best Hard Rock kat sini, live band dia kt luar doww... tak kedekut langsung. Orang lalu lalang pon bole berenti dengar sama. Walaupun stage dia kat luar, tempat duduk dia full semua. Nampak tak? Jangan kedekut, rezeki Allah yang tentukan. Nampak?

















 OK, bye. See you