Saturday, February 14, 2015

~ Throwback 22 DECEMBER 2014 ~



Bismillahirrahmanirrahim...

As-Salam,


Memandangkan family berada jauh (papa di Songkhla, Maktok di Perlis, mama dah tak de, abang di Alor Setar) so, kami decide majlis pertunangan (sepatutnya hanya majlis merisik) kecil-kecilan diadakan di kediaman sepupu saya, Kak Nana dan Abg Hamzah di Wangsa Maju. Majlis diadakan dengan kehadiran ahli keluarga kedua belah pihak dan beberapa rakan baik saya. Minta maaf banyak-banyak jika saya tidak menjemput yang lain. Ini adalah permintaan keluarga kedua belah pihak. Sebelum majlis pertunang tersebut berlangsung, kami telah adakan tahlil dan doa selamat. Jadi memandangkan hari pernikahan kami semakin hampir, saya dengan ini menjemput semua yang mengenali saya, untuk hadir ke majlis perkahwinan saya pada 21 Februari 2015 bertempat di Perlis, rumah maktok saya. Kalau boleh saya tidak mahu dan cuba mengelak untuk bersanding. Saya lebih suka jika selepas pernikahan itu di adakan tahlil dan kenduri doa selamat. Apa pun, saya berserah.

Terima kasih untuk semua ahli keluarga kedua belah pihak kerana bersusah payah menguruskan untuk mengadakan majlis risik ini yang akhirnya menjadi majlis pertunangan. Dan terima kasih in advance kepada uncle n aunty yang akan bertungkus lumus MASAK pada 21.2.15 nanti, cukuplah apa yang ada, bersederhana lebih baik.

Beberapa gambar di kongsi untuk tatapan rakan-rakan yang terkejut dengan pernikahan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Semoga semua mendoakan yang terbaik untuk saya dan pasangan. Bagi diri saya sendiri, saya tawakal dan redha dengan takdir yang telah Allah tetapkan untuk saya. Saya dengan rendah hati ingin meminta maaf kepada semua jika ada dosa-dosa yang telah saya lakukan. Halalkan makan minum saya selama ini. Doakan kebahagiaan saya.
 

Bertempat di Wangsa Maju

kehadiran keluarga kedua belah pihak

Maktok kami

Bakal MIL

With my BFF

ME

US
Nak tempah? Boleh Whatsapp Miss Sharine 012-2271114

Nak tempah? Bole Whatsapp Miss Sharine 012-2271114

Kak Nana n Friends












No comments: