Thursday, January 29, 2015

~ 18 Perkara Yang Perempuan Inginkan Dari Lelaki ~

Dan soalannya berbunyi begini,
Apakah yang perempuan inginkan dari seorang lelaki? Adakah duit, kasih sayang, perasaan, memahami, atau lain-lain? Kongsikan bersama kami di sini supaya orang lelaki faham apa yang sebenarnya perempuan inginkan dari mereka.

Tujuan kami bertanyakan soalan tersebut adalah untuk membantu anda (lelaki khususnya) dalam mengetahui apakah perkara yang diinginkan oleh perempuan dari seorang lelaki


1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.


2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.

3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.


4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.

5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.

6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.

7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.

8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.


9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.

10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.

11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.

12. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.

13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?

14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.

15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.

16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.


17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.

18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.


Thursday, January 22, 2015

~ Putrajaya Night Trail Run 2014 ~

“Night Trail Run” will be held at night in the Perbadanan Putrajaya area, along the established route. Throughout the entire run, every participant of this event will be using a headlamp from PETZL.

I dengan partner i, Zura masuk yang 12km Women Open. Syok gila macam merentas desa JAMAN sekolah-sekolah dulu. Masa mendaki bukit tu memang kami flat sebab tak fit. :p

Here's some photo .






















Friday, January 16, 2015

~ Kengsom ~

As-Salam,

Minggu lepas, bakal MIL (ayat perasan je nih) bagi daging batang pinang. Tapi tekak nak sangat makan kengsom. Teringat masa makan ngan mama kat Songkhla. Tiba-tiba je. So, Cik Ponti try la buat kengsom pakai daging. Normally orang siam pakai seafood or fish je wat kengsom ni. Tapi Cik Ponti selamber je pakai daging... Hew..Hew...Hew...

Kaeng Som or gaeng som or Thai sour curry is a sour and spicy fish curry soup with vegetables popular in central Thailand. The curry is characteristic for its sour taste, which comes from tamarind. The recipe uses palm sugar to sweeten the curry.



Bahan yang di perlukan :

Blend

1 inci kunyit hidup
5-7 biji bawang merah
5-7 biji cili api
2 inci belacan siam
1 cawan air asam jawa
Beberapa batang serai (Kengsom ala Narathiwat)

Bahan lain
Ikan / seafood / daging (ikut suka nak letak ape)
Garam secukup rasa
Gula kerek (gula somtam)
Daun kesom dan bunga kantan
Beberapa tangkai sayur kangkung

Cara
Buat macam senggang je. Letak semua dalam periuk, masuk air, air asam jawa. Rebus sampai mendidih. Masuk gula & garam secukup rasa. Kangkung. SIAP.

Tapi kalo nak ikut ala bujang Cik Ponti, blend skali ngan beberapa ulas bawang putih dan sedikit cili merah. Cik Ponti tumis dulu bahan-bahan blend, baru masuk air asam jawa. Gula & Garam. Pastu baru letak ikan / seafood / daging. Last sekali sayur. SIAP. Sebab kat rumah tak ada kangkung, Cik Ponti pakai mix veggie je. Cik Ponti tak letak daun kesom n bunga kantan pon.

Daddy said "tak macam rupa kengsom pon??.."
Tak pe la dad, kita mix kan Thai+Malay kengsom ... hihihihihi...

As i said before, Cik Ponti masak apa yang ada kt dapur je. Belasah je apa yang ada. Sapa berani cuba? Sila la....




Thursday, January 15, 2015

~ Cabaran Instagram Majalah Glam ~




Walaupun post ini a little bit late and outdated, tapi saya nak jugak bagitau yang saya nominated untuk finalis Cabaran Instagram Glam. Pertandingan sempena acara Glam Fashion Future yang berlangsung pada 13 November 2014. Tuuuuu... nampak no.8 tu?..

6 pemenang akan dipilih dari 20 finalis yang tersenarai. Dan pemenang akan memenangi busana daripada pereka GFF which is Fizi Woo, InnaiRed, Nurita Harith, Rizman Ruzaini, Zakwan Anuar dan Zery Zamry. Tempoh undian ialah pada 26 November 2014 sehingga 10 Disember 2014.


Terima kasih untuk semua yang vote untuk no.8 tu ye. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih juga kepada hatred Miss Sharine. Hehehehehehhe... Welll.... Do i look like i care?

TQ Brooooooooooooooo

TQ ex-Housemate

TQ Cousin

TQ Mokssssssssssss

TQ cousin

TQ Dear

TQ Dear !! Lebiuuu





If nak tau sapa pemenang untuk cabaran Instagram Glamfashionfuture, bole la klik link ni http://glam.my/promo/pemenang-cabaran-instagram-glamfashionfuture/