Thursday, August 14, 2014

~ Salad with Roasted Chicken and Strawberry Smoothie ~

As-Salam,

Malam tadi saya buat lagi salad **Strawberry + Avocado + Wild Rocket**

Dan tak lupa Strawberry Smoothie.. Selagi tak habis Strawberry, selagi tu la dok pulun buat smoothie.




Ayam tu saya marinate dulu dengan barang-barang kat dalam gambar kat bawah ni dan juga sedikit garam then masuk dalam fridge, sementara tu saya mandi, layan Ginger, kemas bilik Ginger, semayang maghrib dan membaca yassin,. Lepas tu baru saya masuk kan ayam dalam oven 200 degrees selama 10 minit (tutup dengan aluminium foil) kemudian another 20 minit (buka aluminium foil). Kalau nak sedikit pedas, tabur sikit paprika or chili flakes.



* senang kan? *



Nah, belanje gambar Ginger baru bangun tido, tak sempat grooming tapi dh sibok nak main.


No comments: