Monday, June 16, 2014

~ Dalam Musibah Ada BARAKAH ~

As-Salam,

Memandangkan saya bakal menanggung kerja partner saya yang bakal bersalin dan kebetulan Uncle Lee ajak saya balik ke Perlis... DAN kebetulan saya rindukan arwah mama saya... Saya telah mengambil cuti dari 4 - 6 June 2014 untuk pulang ke kampung halaman. Melawat pusara mama, melawat maktok yang akan menjalani operation dan sambil menenangkan fikiran.




Heran bila berkali-kali amik exam KPSL untuk ke Gred N27, susah nak lulus 3-3 paper. Kali ni amik exam untuk Gred S27 (Penolong Pegawai Arkib) bak kata orang "dengan sekali lafaz" je dah lulus 3-3 paper yang susah dan banyak pengiraan tu. Lebih susah dari exam untuk Gred N27 (Penolong Pegawai Tadbir)... Sebelum ini saya dah menduduki exam untuk ke Gred N27 sebanyak 2 kali dan saya juga telah menghadiri interview untuk ke Gred N27 dengan menggunakan Diploma yang hampir reput berkarat, masih juga tidak berjaya. Alhamdulillah, semoga Allah memberkati perjalanan hidup saya.












No comments: