Wednesday, May 28, 2014

Nafkah Isteri dan Ibu Bapa: Mana didahulukan?

Assalamualaikum.

Sudut Ilmu hari ini: Nafkah Isteri dan Ibu Bapa: Mana didahulukan?

Hehe, jangan ade yang nak hentam plak kerana entry ni, its just my personal point of view dan sedikit ilmu yang diperoleh dari laman sosial dan sumber asalnya adalah dari sini.

Soalan; 

Akum. Sy ada beberapa soalan.
1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

Tuesday, May 20, 2014

~ Thai Peanut Butter Sauce ~

Salam,

Malam tadi saya buat Thai Peanut Butter Sauce and i'm having with Spaghetti Angle Hair. Sauce ni bole juga dijadikan dressing untuk salad dan noodle..

Ni je yang diperlukan

Ingredients

- Shrimp
- Noodle (i'm using Spaghetti Angle Hair)
- 1/2 cup vegetable stock (sebab vegetable stock tak de, so i'm using Chicken Stock)
- 3 Tbspn Peanut Butter (saya guna yang kasar supaya ada chunk peanut)
- 1 Tspn Olive Oil (sesame oil pon bole)
- 1 Tspn Garlic (cincang)
- 1 Tspn Ginger (cincang)
- 3 Tspn Soy Sauce
- lime or lemon
- 1/2 Tspn Gula (saya tak letak gula)


** Campur je semua dalam sauce pan. Heat to medium. Bila peanut butter dah dissolved, reduce heat to low and add shrimp. (saya tambah broccoli) ** 


p/s : kalau nak pedas sikit, tabur chilli flakes sikit,,,










Friday, May 9, 2014

~ I'm a ship lost at sea, I drift without a rudder ~

As-Salam,

Salam Jumaat. 

Seperti mati kata-kata dan terasa kosong di minda saya untuk berbicara. Tanggal 28 Mac 2014, mama kesayangan saya telah pergi menyambut seruan ilahi, mama telah pegi menghadap sang Pencipta Nya. Meninggalkan saya tanpa kata-kata akhir dan tanpa pelukan hangat seorang ibu.

2 hari (26 Mac 2014, Wednesday) sebelum pemergian mama, kami sempat berborak panjang melalui fon, memandangkan saya duduk di Kajang dan mama di Alor Star. Memang saya dah terdetik di hati kelainan mama masa tu. Macam ada yang tak kene bila saya nak letak fon, tapi mama macam nak bercakap lagi dengan saya... Dan alhamdulillah saya tak menghampakan mama masa tu. Saya tanya mama "mama ada nak cakap apa-apa ke?" .. Kerana kebiasaan mama akan call dan bercakap benda-benda yang penting je dengan saya. Tiba-tiba malam tu kami berborak sangat panjang dan bole dikatakan merangkumi semua subjek kehidupan kami sekeluarga. 

27 Mac 2014, Khamis... Saya memang asyik ingat kt mama. Rupanya kami sama-sama MC pada hari tersebut. Saya baru bercadang nak belikan mama kain untuk buat baju raya sedondon dengan saya dan papa. Saya baru bercadang nak ajak mama ambik gambar family sebab selama ini kami semua duduk berasingan. Papa di Songkhla, Mama di Alor Setar dan saya di Kajang. Kami tak pernah ada gambar bersama. Selalu, mama akan sms saya, tapi hari Khamis ni mama senyap je jadi saya assume mama bz kat office. Rupanya mama MC hari tu.

28 Mac 2014, Jumaat, 1.12am... Saya terima call daripada papa. Saat melihat jam 1.12am, saya tertanya-tanya kerana papa jarang call saya dalam waktu-waktu seperti itu. Lagi pula sepatutnya papa berada di Songkhla, Thailand. Waktu papa call, saya masih mamai. Papa suruh saya siap-siap baju dan terus balik Alor Star sebab mama sakit kuat.... Saya masih duduk di birai katil saya. Katil yang mama hadiahkan untuk saya sempena perkahwinan saya....

1.24am... Sekali lagi papa call..................................... "mama dah takde"............







You left without saying goodbye,
it was only after the event, I found out,
numbed me to the core, made me cry,
the news stifled within me a mournful shout,
tears of sadness flooded my view,
my breath ached in my chest,
my world undone – now what to do,
I really don't know for the best,
my beloved mother why
I'm no longer psychedelic just sombre blue,
why did you leave without saying goodbye,
is that what you really wanted to do,
you've been my rock of ages all my life,
in dignity you loved me most,
even when I caused you strife,
about me you loved to boast,
held my hand when I've been afraid,
kept me warm when I was cold,
paid my bills when they needed to be paid,
my problems in life you resolved,
I'm a ship lost at sea, I drift without a rudder,
you were the only one who loved and believed in me,
I'm lost without my mother,
no words that I express can say how I feel,
there's nothing that can be undone,
if I wrote a million words, it wouldn't make it less real,
my biggest regret..............I've lost my mom



" saat tiada lagi waktu untuk kita berjalan seiring,
saat tiada lagi waktu buat kita berkongsi cerita girang,
cukup sahaja ku rapatkan jari jemariku, menangkupnya dan berdoa untuk dirimu,
dengan cara itu aku memohon agar "DIA" selalu menjagamu "


happy mothers day mommy!



Thursday, May 8, 2014

~ 4 Tanggungjawap Terhadap Isteri ~

Petikan dari :

Penulis ialah Penolong Pengarang Rencana, Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/08


Pergeseran dalam kehidupan rumah tangga sudah menjadi semacam perkara biasa. Hal yang kecil kadangkala menjadi besar sehingga membawa kepada pertengkaran berpanjangan dengan masing-masing bermasam muka.

Suami yang baran cepat saja tangannya singgah pada pipi ataupun badan isteri. Tindakannya langsung tanpa diduga walaupun membabitkan hal remeh. Mentang-mentanglah suami ketua keluarga.

Kemudian mutakhir ini kita juga dikhabarkan dengan kes isteri ganas. Suami bukan dihormati, tetapi dicaci. Bahkan, tergamak si isteri menendang dan memukul suami sendiri sedangkan ketika baru berkahwin dulu semuanya baik belaka. D

Demikianlah jadinya apabila kehidupan pasangan suami dan isteri tersasar daripada landasan keimanan. Apabila kita lupa Tuhan dan tidak mempedulikan-Nya, kita menjadi kabur dalam membuat pertimbangan. Hidup kita dalam kegelapan dan teraba-raba. Jadi, bagaimana mungkin dalam keadaan itu kita dapat mencari arah yang betul? Sebab itu, tidaklah pelik rumah tangga kita kerap saja bergolak dan porak peranda. Justeru, bangkit dan segeralah mencari cahaya dalam menuju kebahagiaan. Tiada seorang pun daripada kita yang tidak mahu bahagia dan tiada cahaya lebih terang, melainkan dengan cahaya keimanan.

Apabila hidup kita disinari cahaya itu, kita dapat memahami hak serta tanggungjawab dengan sebaik-baiknya sama ada kita sebagai suami atau isteri dan untuk kali ini, antara tangungjawab suami ialah:  

Memberikan nafkah
Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan nafkah kepada isteri seperti perbelanjaan untuk makan dan minum, pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya. Firman-Nya dalam surah at-Talaq, ayat 7 bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, hendaklah dia menafkahkan daripada apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar yang diberikan Allah kepadanya. Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

Membimbing isteri
Firman-Nya dalam surah at-Tahrim, ayat 6 bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar, tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” Penjagaan ini tidak mungkin dilakukan melainkan dengan pendidikan, pengajaran dan nasihat.

Aspek yang cukup penting ialah nasihat agar sentiasa bertakwa dengan mentaati perintah agama seperti mendirikan solat difardukan.

Firman-Nya dalam surah Thaha, ayat 132 bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya...”

Memaafkan kesalahan isteri
Ketika isteri bersalah, janganlah suami terburu-buru menghukumnya, tetapi berusahalah untuk memberi kemaafan demi kesejahteraan rumah tangga. Carilah puncanya dan bukannya cepat membuat kesimpulan.

Contohilah peribadi Rasulullah SAW yang sangat penyabar dalam menangani hal kekeluargaan.

Daripada Aisyah RA katanya: “Saya tidak pernah melihat pakar masak seperti Shafiyah. Suatu ketika dia memasak untuk Rasulullah SAW, sementara baginda tengah berada di rumah saya. Maka saya gelisah dan gementar kerana rasa cemburu.

Lantas saya pecahkan wadahnya, kemudian saya menyesal. Saya berkata kepada Rasulullah SAW: “Apa denda perbuatan saya?” Rasulullah SAW bersabda (ertinya): “Bekas diganti dengan bekas (piring), makanan diganti makanan.” (Hadis riwayat Abu Daud)  

Menjaga perasaan isteri terutama ketika haid
Haid mengandungi kotoran dan penyakit. Suami harus memahami perkara ini. Wanita yang sedang mengalami haid akan mengalami perubahan emosi yang berpengaruh besar pada tingkah laku dan akhlak misalnya mudah sakit kepala dan cepat letih.

Firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 222 bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai haid. Katakanlah: Darah haid itu suatu kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) ketika haid dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. “Apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka seperti yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.” Sedikit pengajaran yang sempat dikongsi bersama ini diharapkan dapat mengingatkan kita yang selalu terlupa. Mudah-mudahan kerukunan rumah tangga kita kekal terpelihara sepanjang masa.



something to be shared :