Monday, April 28, 2014

~ EH! Make Me Gorgeous 2014 ~

Anjuran majalah urban nombor 1 EH! Best3!! Sponsored by LANEIGE, HERBALIFE, SKECHERS, CASIO and NICHII. 

Saya, Zura dan Zana menghadiri bengkel tersebut pada hari Sabtu 26 April 2014. Bertempat di Zebra Square, Kuala Lumpur. 

1st Session ialah bersama main sponsor for this event, Laneige. Teknik makeup ala-ala korean artis dengan menggunakan diorang punya hot selling BB Cushion. Memang best BB Cushion ni, lembut dan tidak bercapuk-capuk.... Advanced 6 multi benefit with only 1 touch. Hebat kan?? Apa 6 multi benefit yang ada dalam BB Cushion tu? ... 

1. Brightening Effect
2. UV Protection
3. Moisturising Effect 
4. Natural and Clean Coverage
5. Soothing Effect
6. Water Resistant

( for more information, please click this link http://www.laneige.com.my/whatsnew/product_newArrival.jsp?bbscd=BBNP1 )

Lepas je selesai sesi dengan Laneige, ada pemilihan bagi makeup terbaik ala-ala Korean Artist seramai 3 pemenang bertuah telah terpilih. Kemudian, ada lagi cabutan bertuah....Zura dan Zana adalah pemenang bagi cabutan bertuah dan memenangi Voucher Nichii bernilai RM300.00. WOW!!! 

We were having fun... Lepas je sesi dengan Laneige, lepas je cabutan bertuah... Kami terus ke bawah untuk lunch time... Makanan semua sedap-sedap belaka. 

2nd Session ialah bersama Herbal Life. Actually im taking Chocolate Shake since last year... Product ni memang bagus. Cuma pada harini baru saya tahu yang Strawberry flavour tu ada extra daripada Chocolate, Vanilla and Tropical Fruit...Apa yang extra tu?... Strawberry tu ada kolagen. Bukan sahaja untuk kesihatan, tapi untuk kulit yang menawan... Hewhewhewhew...

3rd Session adalah bersama Skechers, Casio dan Nichii. Seriously we were having fun. Kami di dedahkan dengan cara penggunaan camera Casio Exilim. Honestly memang kami semua yang hadir dah jatuh hati dengan Camera tu. 

Last session tu ada lagi cabutan bertuah... Dan AKHIRNYA!! Saya dapat juga cabutan bertuah sponsor by Casio Exilim... Kami bertiga tak pulang dengan tangan kosong. Selain Goodies Bag yang bernilai RM200++, kami juga memenangi hadiah cabutan bertuah... Alahaii...

So far, semua hadiah bagi cabutan bertuah ni best gila. Haahahahahha... Rugi sapa yang tak join bengkel ni. Khennnnnnnnnn....

Kami amat bertuah kerana menghadiri bengkel EH Make Me Gorgeous 2014! Seronok semua pembaca EH! di bengkel Make Me Gorgeous 2014! Terima kasih kepada penaja-penaja EH! Make Me Gorgeous workshop 2014! Laneige , Skechers, Casio, Nichii , Herbalife dan juga Zebra Square!

Venue : Zebra Square

make-up tools

antara peserta EH! Make Me Gorgeous 2014

selfie ngan zura

Jemput makan semua :)
Lamb tu paling sedap kat sini... Sekian...


Oyster

Muka ganas Miss Sharine :)


 
Playing with the make-up


 
Herbal Life Session


Muka kene paksa minum Strawberry Shake .. hew..hew..hew

Muka lepas minum Strawberry Shake...

 


Model of the day for Skechers








 
Voucher RM300.00


Mak Jemah tengah ghairah bershopping



Muka puas dapat shopping :)




 
Antara yang kami dapat dalam Goodies Bag



 
Cabutan Bertuah : Beg Laptop Casio Exilim, Headfon Sony, Calculator (PINK) Casio, Pendrive Casio Exilim dan beg Casio Exilim
Tebus Voucher :) Cardigan Hitam tu dalam Goodies Bag tau..


Tebus Voucher Zana


Tebus Voucher Zura
Macam-macam dalam Goodies Bag untuk peserta Eh! Make Me Gorgeous 2014 !




 Kalau ada sumur di ladang En.Zaini
Bole kami menumpang mandi
Kalau ada bengkel macam ni 
Boleh kami join sekaki 



hahahahahha.... Sekian










 

Thursday, April 24, 2014

~ Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda ~


1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.


4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan


5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)


6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.


7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.


8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.


14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.


15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.


17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.


18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.


19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.


20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.


21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.


22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.


23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.


24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.


Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah.




Tuesday, April 22, 2014

~ Amalan Anak-anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia ~



السَّلاَمُ عَلَيْكُم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Bermula daripada kesusahan ibunya mengandung selama 9 bulan 9 hari. Kesusahan melahirkan anak-anak dan menyusukan dan membesarkan mereka.

Bagi anak-anak jasa dan pengorbanan ibu bapa sangat besar nilainya. Mereka dengan penuh rasa tanggungjawab membesar, mendidik dan memelihara anaknya hingga menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara. Seorang anak yang diasuh dan dididik dengan nilai agama, hendaklah memberi penghormatan dan kasih sayang sewajarnya kepada mereka.

Kita hendaklah menunjukkan rasa terima kasih dengan sentiasa berbuat baik dan tidak melanggar segala perintahnya, menjaga perasaannya jangan sampai terluka serta menjaganya ketika mereka dalam tua atau uzur.

Sememangnya, kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi sekali, sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan kemurkaan Allah. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Hakim).

Berdasarkan maksud hadis di atas, seharusnya sebagai insan yang memiliki kesempurnaan akal, kita berusaha untuk mencapai keredaan ibu bapa. Namun dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini, kenyataannya masih ramai yang belum insaf dan tidak prihatin terhadap keterangan hadis di atas. Mereka dengan rasa tanpa segan silu, melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa yang banyak berjasa.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap yang hidup akan mati , mati tetap datang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur apabila saatnya sampai maka dia akan dijemput oleh Allah SWT untuk bertemu dengan-Nya di alam barzakh. Apabila ibu atau bapa kita sudah meninggal dunia atau kedua-duanya sudah kembali kerahmatullah, sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kita berikan tanda kita kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa kita? , dan sebagai tanda penghargaan kita sebagai seorang anak yang soleh atau solehah?

Terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim bahawa seorang sahabat bertanya Nabi SAW mengenai apakah jasa yang boleh dilakukan oleh anak kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.?

"Setiap kali Rasulullah SAW mengadakan majlis iaitu tempat baginda mengajar umatnya, ia sentiasa di penuhi oleh orang ramai. Pada suatu hari ketika baginda sedang duduk di sekeliling oleh para sahabat, datanglah seorang lelaki yang bernama Usaid bin Malik bin Rabiah menghadapnya. Dia adalah seorang pahlawan Islam yang sangat berani.

Setiap kali Nabi SAW mengadakan majlis itu, Usaid sentiasa menghadirinya. Dia merasakan segala nasihat-nasihat tentang agama dan ilmu itu sangat penting baginya. Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan dari baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah. Sebaik sahaja dia masuk kemajlis itu dengan hormat dia pun bertanya kepada Rasulullah SAW :

“Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.”

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :

“Ya…dapat, sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.”

Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam seketika tetapi di wajah masing-masing terbayang kegembiraan. Lelaki yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang di berikan oleh Rasulullah SAW, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.

Rasulullah SAW  tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :

1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.

2. Ilmu yang di menfaatkan dan

3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Setelah Rasulullah SAW berkata begitu barulah lelaki itu faham dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nabi SAW kerana telah memberi sesuatu yang besar menfaatnya kepada yang hidup maupun yang telah mati.”

(Hadis Riwayat Luqman Hakim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :

1. Sembahyangkan untuk mereka.

2. Mohon keampunan untuk mereka.

3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.

4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan

5. Muliakanlah teman-teman mereka.

6. Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk  kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)

Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.

1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.

2. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

3. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.
Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati :

Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.

Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk: “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan: “Al-Syafie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan: “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah: Beirut, 1996, hlm. 142 )

Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata: “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab: “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya: “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Quran di sisinya.”

4. Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah  Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.

5. Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka (niatkan upah haji untuk mereka).

6. Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat,  bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.

Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.

Sahabat yang dikasihi,
Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila kita selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia :

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.

Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.

Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.

Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,

Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin.  Amin

Monday, April 21, 2014

~ Dear Mom, I missed You ~


Mom,
The day you died I kissed your face a few times
After you died I held you close to me
I knew it would be the last time I held you for the rest of my life
That is no life
I hope you have found comfort
Even at that moment I couldn't imagine life without you
People talk about broken hearts in songs or movies
Until that moment I had never known a true broken heart
Over and over I thought "How can I live without you?"
I watched you live, I watch you die
Every day I look up at the sky
I know you're waiting for me
I miss you

~ Ginger si Spoiled Brat ~

As-Salam,

My baby boy, Ginger was born on 22 Disember 2013. Ginger bulat macam cotton ball masa 1st amik dia kat rumah mak dia. A few day after saya amik dia dari mak dia, mak Ginger mati kene langgar depan rumah. So sad sebab mak Ginger sangat cantik dan gebu. And now status Ginger pon sama macam saya, anak yatim kematian IBU.

Ginger kuat main. Tak suka duduk sorang-sorang, tak suka kesunyian, kuat makan chikedees. Nak tido pon mengada-ngada, nak dibelai-belai macam baby. Kalau dah bosan sangat duduk sorang-sorang dalam bilik, Ginger akan bising "MEOW" sampai la ada orang yang datang dan main dengan dia.

Ginger tengah main :p

1 day balik dari office, bukak je pintu dah dengar Ginger bising kat atas. Bila saya panggil "GINGER!" terus je dia "MEOW!"...

Saya ajak dia main, dia tak nak, cek makanan dia (full lagi), cek air dia (kot-kot masuk habuk)... Bagi makan chikedees terus senyap....

Tapi, senyap sekejap je, saya keluar je dari bilik, dia bising lagi... Terus saya amik dia, letak atas tilam dia. Letak bantal bucuk dia kat badan dia....... Garu-garu kepala dia......

garu-garu kepala Ginger





Lepas tu saya gosok-gosok badan Ginger...................





Lepas tu mata Ginger dah stim... kuyu je





Tak lama lepas tu, dia tertido..................

Comei sangat dia tido...



Tengok dia dah tido, saya cepat-cepat bangun nak keluar dari bilik dia... Terlanggar pulak bola loceng budak nih.... Berbunyi....





Hokeyy... Ginger terjaga.... Sila la main ngan dia yek.................................... (nangiss)



















~ Milo Breakfast Day Run 2014 ~





sapa kata kami tak lari :p

fun run hehehehe

meh! meh! meh!... muka pancit




What? The Milo Malaysia Breakfast Run 2014

When? 20 April (Sunday) 7:00am

Where? Perbadanan Putrajaya

Who? Organised by Nestle Malaysia Sdn Bhd.

How far? 8 km Competitive Run or the 3km Family Fun Run (Team of 4)

How much? RM20 & RM40 (Family) (by 6 April), RM30 & RM50 (7-13 April)


Runwitme Says: As a continuation of last year’s successful Malaysia Breakfast Day, MILO® reignites the largest breakfast gathering to rally the nation in adopting the healthy habit of having a balanced breakfast and active lifestyle. This year MILO® is bringing a new spin to Malaysia Breakfast Day by introducing the benefits of Positive Energy from having a well-balanced and nutritious breakfast together with an active lifestyle.

Runner entitlement - MILO t-shirt, Race number bib, Timing chip, Finishing Medal, E-certificate, Refreshments and MILO Goodie bag.

For more information on Malaysia Breakfast Day and its activities, please visit: www.milo.com.my/breakfastday













Friday, April 11, 2014

~ Kenapa Laksa Johor ? ~

Salam Jumaat,

Harini genap 14 hari mama pergi.

Di aras 23 Bahagian Infrastruktur, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, telah saya sediakan Laksa Johor, Mee Hoon Goreng dan Mee Goreng, buah-buahan, kuih koci dan air nescafe dan tea.

Kenapa Laksa Johor??

Sebelum ni kami sekeluarga pernah menetap di Johor Bahru selama 5 tahun di Bandar Baru Uda. Dan di sana lah kami kenal juadah orang Johor seperti tempe, Laksa Johor, nasi ambeng dan lain-lain. Dan pada hari raya tahun lepas (2013), saya buat rumah terbuka dan menghidangkan Laksa Johor pada tetamu saya.

Kenapa Laksa Johor??

Sebab bila saya bercerita dengan mama, mama pernah menyatakan teringin makan Laksa Johor, susah nak cari yang sedap macam kat JB dulu. Puas saya belajar resepi tersebut, dengan harapan, bila rumah di Perlis siap renovation dan lebih tertumpu pada kawasan dapur, saya nak balik masakkan untuk mama...

Tak sempat rumah di renovate, mama dah tinggalkan saya.

Tapi, alhamdulillah, saya sempat spend time dengan mama masa dia datang ke KL masa ikut my dad meeting di Petronas. ( http://sharinedecosta.blogspot.com/2014/02/nasi-hujan-panas-cik-ponti.html ) .

Mama sempat tido di rumah saya 1 malam. Mama sempat tido di atas katil saya (yang mama hadiahkan masa saya kawin dulu). Mama sempat belikan saya sofa dan meja makan baru. Tapi mama tak sempat rasa duduk kat sofa yang dia beli, mama tak sempat makan kat meja makan yang dia beli.... Saya teringat kata-kata mama sebelum dia balik ke Alor Star "tah bila la nak rasa duduk kat sofa mama beli, tah-tah tak dapat rasa langsung" .... Kata mama sambil berseloroh dan tersenyum.





" al - fatihah untuk mama "





Ginger kata dia dah bosan main bola ni.. Dia nak permainan baru :p





IF ROSES GROW IN HEAVEN

if roses grow in heaven
please pick a bunch for me
place them in my mum arms
and tell her i love her and miss her and when she turn to smile
 place a kiss upon her cheeks and hold her for awhile
because remembering her is easy, i do it everyday
but there is an ache within my heart that will never go away












Thursday, April 10, 2014

~ Ginger lepas sebulan di SHAVE ~

As-Salam,

Semalam lepas je abis solat maghrib, time bagi salam tu terperasan budak ni tengah lepak kt sebelah. Cepat-cepat saya amik hp dan snap gambar Ginger..

Dia tengah melepak tunggu mummy dia abis solat...

Saya perasan, bila saya start baca Yassin untuk mama, Ginger cepat-cepat beralih duduk di belakang saya.



Sebulan lepas, saya shave bulu Ginger sebab terlalu gebu dan buat saya terbersin-bersin. Lagipun doktor cakap bulu dia akan tumbuh balik. Saya perhatikan, bila dah tumbuh ni bulu dia kurang gugur dan berterbangan...Daripada Mini Persian jadi macam British Shorthair....

Setiap kali mama call or msg saya, dia mesti tanya Ginger.... :'( Sekarang bila tengok Ginger, saya teringat mama dan kadang-kadang tertunggu-tunggu msg dari mama...




*** al-fatihah untuk mama ***




~ 5 Foods To Make You Smarter ~

(sumber dari Yahoo News)

 

Brain boosting food 1: Oily fish


If you struggle to remember what day it is or what you had for dinner an hour ago, consider stocking up on the ultimate brain food, oily fish. Omega-3 fatty acids – found in oily fish such as salmon, mackerel and sardines – are invaluable for just about every part of our body, and it seems our brains are no different. Researchers from the University of Kuopio in Finland found that eating oily fish three times a week reduces the risk of brain problems by 26 per cent and prevents against memory loss. 

Brain boosting food 2: Dark, leafy greens


Dark, leafy greens such as spinach, kale and broccoli are packed with antioxidants, including vitamin C and beta-carotene, which are essential to keep your body and brain in good health. They are also a good source of folate, which can help to speed up information processing and memory recall. Research results published in the American Journal of Clinical Nutrition also indicated that the folate found in leafy green vegetables can help to protect against cognitive decline in old age. 

Brain boosting food 3: Eggs


Egg yolks are nutritional powerhouses packed with many vitamins and minerals essential for good brain function.  This cheap and versatile ingredient is a good source of iron, which is essential for creating red blood cells which carry oxygen to the brain, helping to keep your mental faculties sharp and to keep you alert and focused. Eggs are also a good source of vitamin B12 – a deficiency of which can lead to memory loss and confusion – and iodine, which has been shown to improve problem-solving abilities even in only mildly deficient children. 

 

Brain boosting food 4: Green tea


As your brain is made up of around 80 per cent water, keeping it properly hydrated is vital for helping it to function at optimum levels. However, if you’re not a fan of regular water, swapping it for a cup of green tea could have added benefits for your brain. A Korean study has found that green tea can help to increase mental alertness and enhance your memory. Researchers have also found that the antioxidants found in green tea can help to protect the brain and reduce risk of dementia.

Brain boosting food 5: Chocolate


No, it’s not just wishful thinking – chocolate really is good for you! While chomping on bars of milk chocolate is unlikely to improve your IQ score, dark chocolate is rich in brain-boosting chemicals, called flavonoids, which can enhance your cognitive skills. Research has found that flavonoids induce the creation of new neurons in the brain and also improve their ability to form new memories. Studies also show that flavonoids improve blood flow to the brain. One study of adult women found that when given flavonoid-rich chocolate drinks, the blood flow to participants' brains increased within two hours and they performed better on a complex mental task.