Thursday, March 6, 2014

~ Seafood Olio-Olio Angle Hair Cik Ponti ~

Haaaa..... Tajuk sikit punya panjang khennnn....

Asalnya Cik Ponti nak masak Udang Tempoyak, disebabkan udang ada 6 ekor dan tak de daun kunyit, terpaksa Cik Ponti masak lain. Bila survey barang yang ada kat dapur, I've decided to cook Seafood Olio-Olio Angle Hair.

Tapi jangan risau, resepi ni mudah je. Dan jangan tak tau, Cik Ponti ni suka meng'oter' resepi asal untuk memenuhi selera Cik Ponti ni. Sapa yang berani mencuba, sila la.. Kalau tak sedap, Cik Ponti takkan masukkan dalam blog ni. Abis la reputasi Cik Ponti kalau masukkan resepi yang tak sedap kannnn..


Bahan-Bahan:

Angle Hair
Bawang Merah + Bawang Putih (tumbuk)
Olive Oil
Udang + Sotong
Cili Kering
Broccoli
Serbuk Lada Sulah + Lada Hitam + Mix Herbs
Garam

Cara-Cara:

Panaskan Olive Oil (Cik Ponti campur Sunflower Oil sikit)
Tumis Cili Kering (sampai garing) + Bawang Merah + Bawang Putih (lebihkan bwg Putih)
Masuk Udang + Sotong + Broccoli
Masuk serbuk Lada Sulah + Lada Hitam + Mix Herbs + Garam Sedikit
Akhir sekali baru masuk Angle Hair

Senang kan???.... Nak lagi sedap, letak la cendawan butang. Sebab kat dapur Cik Ponti tak de cendawan butang, ganti dengan brocolli yang sentiasa ada dalam fridge Cik Ponti.


















2 comments:

Anonymous said...

Cik Ponti,

where is ur tagline "Cook with love, bake with heart" ? How come u didnt put ur tagline??

RG99

Miss Sharine said...

hahahahah.... cik ponti hilang ingatan kejap....