Saturday, March 8, 2014

~ Mee Bandung Angel Hair Cik Ponti ~

As- Salam,

Ini bukan Mee Bandung Muar hokeyyyss.... Ini Mee Bandung Cik Ponti. :p

Hahahahha... malam tadi Cik Ponti masak Mee Bandung, tapi mee tu Cik Ponti pakai spegeti Angel Hair. Hentam je la... Cik Ponti kalo dah sampai rumah, malas nak keluar balik. Sebab rumah Cik Ponti ni cosy sangat di tambah kerenah si Ginger yang wat geram rasa nak picit je dia. Dan yang paling happening, Cik Ponti pakai broccoli sebagai sayur dalam kuah Mee Bandung tu. Curlass kau Cik Ponti, letak broccoli dalam kuah Mee Bandung.

Sapa yang berani mencuba tu, sila la cuba ek resepi Cik Ponti ni. Hihihihihi....






Bahan-bahan :

Angel Hair (celur hingga lembut)
Sotong / Udang
Telur
Sayur (saya pakai broccoli)
Bawang Putih + Bawang Merah (tumbuk)
Udang Kering (tumbuk)
Sos Cili + Sos Tomato + Sos Ikan + Sos Tiram
Seafood stok (saya pakai kiub pati ayam je Jemahhh)
Cili Kering (saya pakai cili boh je)
Garam

Cara-Cara :

Tumis - Bawang Putih + Bawang Merah + Udang Kering + Cili Boh
Masukkan - Sos Cili + Sos Tomato + Sos Ikan + Sos Tiram
Tambah - sedikit air + seafood anda (saya pakai udang dan sotong) + kiub pati ayam + sayur

lepas mendidih...

Pecahkan telur dalam kuah Mee Bandung tu... and tambah la garam. Dan bagi yang memang bercita-cita umur 40 nak potong kaki dia, sila la tambah gula dalam masakan... huhuhuhuhu... Cik Ponti tak letak gula sebab bawang + seafood + sos-sos yang ada dah cukup untuk memaniskan kuah tu.

( note : kalau nak lagi sedap, letak la buah tomato, fish ball, fish cake dll... Cik Ponti masak ni ikut apa yang ada di dapur Cik Ponti je )


Cik Ponti ada tagline baru hokeyss...


" if Cik Ponti can cook , so can you ! "













2 comments:

Anonymous said...

hahaha,cik ponti ada tagline baru yeah.. knapa tukar tagline? "Cook with love, bake with heart" is better lar..

RG99

Ibnu Tahir said...

NAkkkkkkk....