Monday, March 24, 2014

~ Gulai Udang Nenas Peranakan ~




Resepi gulai ni saya ambil dari Chef Wan punya IG. Dia ada share resepi kat IG dia. Cuma saya tambah beberapa sudu kecil sos ikan. Selalu kalau ada seafood, saya memang akan masukkan sedikit sos ikan sebagai penambah perasa.


Blend semua bahan ni :

15 cili kering
6 cili merah
6 biji buah keras
2 bawang putih
12 bawang merah
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup
4 urat daun ketumbar (amik bhgn bawah shj)
1 sudu besar serbuk ketumbar
4 batang serai (kalau tak nak blend, bole je ketuk)
2 cm lengkuas


1 kilo Udang
1/2 nenas
1 1/2 biji kelapa
15 tangkai Thai Basil
Air limau nipis (sebiji atau lebih)
Minyak
Garam / Gula (untuk seasoning)



Cara-Cara :

Panas minyak (low heat) masuk rempah yg blend tadi

Masuk santan dan didih perlahan

Masuk udang, thai basil, salt, sugar dan air limau nipis

Masuk garam / gula (saya guna gula melaka)




"Cook with love, bake with heart"













No comments: