Wednesday, March 26, 2014

~ I wISH ~








I wish my book of life was written in pencil … There are a few pages I would like to erase....







 sincerely,
HEART







Monday, March 24, 2014

~ Gulai Udang Nenas Peranakan ~




Resepi gulai ni saya ambil dari Chef Wan punya IG. Dia ada share resepi kat IG dia. Cuma saya tambah beberapa sudu kecil sos ikan. Selalu kalau ada seafood, saya memang akan masukkan sedikit sos ikan sebagai penambah perasa.


Blend semua bahan ni :

15 cili kering
6 cili merah
6 biji buah keras
2 bawang putih
12 bawang merah
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup
4 urat daun ketumbar (amik bhgn bawah shj)
1 sudu besar serbuk ketumbar
4 batang serai (kalau tak nak blend, bole je ketuk)
2 cm lengkuas


1 kilo Udang
1/2 nenas
1 1/2 biji kelapa
15 tangkai Thai Basil
Air limau nipis (sebiji atau lebih)
Minyak
Garam / Gula (untuk seasoning)



Cara-Cara :

Panas minyak (low heat) masuk rempah yg blend tadi

Masuk santan dan didih perlahan

Masuk udang, thai basil, salt, sugar dan air limau nipis

Masuk garam / gula (saya guna gula melaka)




"Cook with love, bake with heart"













~ Lemon Curd Cik Ponti ~





As-Salam,

Sepatutnya hari Ahad saya akan berada di office, tapi disebabkan saya berasa agak down, kerana saya dimaklumkan oleh jiran pada hari Sabtu sesampai saya di rumah, ada sebuah kereta Wira biru dan sebuah kereta Waja putih berhenti di depan rumah dan mengambil gambar rumah saya. Saya agak terkilan kerana sudah beberapa kali rumah saya dimasuki pencuri, tapi jiran saya tak pernah dengar apa-apa or nampak apa-apa....

Bila tak pergi office tu, saya teruskan misi saya untuk buat Lemon Curd... Senang sangat. Sedap.. Sweet n Sour rasa dia.. I think it's depend on the lemon. Kebetulan lemon kt Giant tu dari Tukey, jadi tak berapa nak English rasa curd saya tu... hahahahhahahaha







Bahan-bahan :

1 cup sugar ( saya kurangkan gula saya )
2 large eggs ( saya guna 1 large eggs )
2 large egg yolks (saya guna 3 egg yolks )
2/3 cup fresh lemon juice
1 tsp. grated lemon zest
3 oz. (6 Tbs.) unsalted butter, softened at room temperature

Cara-cara :
Masuk je semua dalam mixer

Kemudian, panaskan atas api yang perlahan, until the mixture thickens, about 15 minutes. It should leave a path on the back of a spoon and will read 170°F on a thermometer. Don't let the mixture boil.

Siap !




*********************************************************************************




Sementara tunggu lemon curd saya chill dalam freezer, saya keluar cari barang nak buat Gulai Udang Nenas Peranakan... Resepi Chef Wan hokeyysss....









"Cook with love, bake with heart"











Friday, March 21, 2014

~ APA YG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN...? ~



Sesungguhnya mayat di dlm kubur akan melalui beberapa fasa perubahan..
Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya..

Malam Pertama ~

Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bhgn perut & kemaluan..
Subhanallah, perut & kemaluan adalah 2 hal terpenting yg anak cucu Adam saling bergulat & menjaganya di dunia..
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman..
Setelah berbagai solekan & alat2 kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki 1 warna shj..

Malam Kedua ~

Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati & paru2 akan mula membusuk..

Hari Ketiga ~

Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg busuk..

Setelah Seminggu ~

Wajah & mata mula membengkak..

Setelah 10 hari ~

Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2 tubuh..

Setelah 2 Minggu ~

Rambut mulai gugur..
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km & ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..

Setelah 6 Bulan ~

Semua anggota telah tiada..
Yg tinggal cuma tulang rangka shj..

Setelah 25 Tahun ~

Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji & di dlm biji tersebut, anda akan menemukan 1 tulang yg sgt kecil yg dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor)..
Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat..

















Sahabat2 yg dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg selama ini kita jaga..
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kpd ALLAH dgn nya..
Oleh kerana itu, jgn biarkan umur & jasad kita dlm keadaan sia2..
Janji ALLAH adalah benar..

Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai 1 taman dari taman2 syurga & jangan jadikan ianya sebagai 1 lubang dari lubang2 api neraka...

Aamiin...
Aku berdoa..
Ya اَللّهُ :
Muliakanlah diriku dan org yang menghantar pesanan ini
Lapangkanlah hatiku dan hatinya
Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya, dan
Luaskanlah rezekiku dan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
Mudahkan segala urusanku dan urusannya
Kabulkanlah cita-citaku & cita-citanya
Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
Jauhkan kami dari segala Musibah
Serta terimalah semua amal ibadah ku dan amal ibadahnya, dan
Kelak jadikanlah diriku dan diri dia sebagai penghuni Surga-MU.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Kita akan saling mendoakan antara satu sama lain, dan mudah²an doa kita dikabulkan.
 




آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

Monday, March 17, 2014

~ Blueberry Muffin Cik Ponti ~

As-Salam,

Weekend yang membosan kan bila tak ada aktiviti. Nak pegi office, tapi tak de orang pulak nak teman. Astro pon tak de movie best.. ermm... Baju dah siap basuh, rumah dah siap kemas.... Last-last pegi dapur and tengok barang-barang nak masak... Apa je yang ada kat dapur bujang Cik Ponti ni.

Barang-barang basic nak wat kek ada, buah pon ada..So, Cik Ponti wat blueberry muffin je la. Mini muffin. Bole la wat makan time minum petang nanti.


Bahan-Bahan :

- 110g plain flour 
- 110g butter (cik ponti guna minyak jagung jew / bole juga guna vegetable oil)
- 65g caster sugar (cik ponti kurangkan gula) 
- 2 telur (medium) 
- 1½ tsp baking powder
- Blueberry (frozen fruit) dan Blueberry filling
- secubit nutmeg (tak letak pon tak pe)
- secubit garam
- sedikit vanilla extract .

Cara-cara  :

Masuk semua dalam mixer ( tepung + minyak + gula + telur + baking powder +blueberry + nutmeg + garam + vanilla extract ) . 2-3 minit

Masukkan lebih kurang 65-70% dalam cup. Masukkan blueberry filing.

Bake in an oven set at 200C for 20 minutes (ikut oven masing-masing), or until golden on top.




p/s :  Cik Ponti guna adunan yang sama, cuma filing tu Cik Ponti letak Nutella... 




"Cook with love, bake with heart"












Saturday, March 8, 2014

~ Mee Bandung Angel Hair Cik Ponti ~

As- Salam,

Ini bukan Mee Bandung Muar hokeyyyss.... Ini Mee Bandung Cik Ponti. :p

Hahahahha... malam tadi Cik Ponti masak Mee Bandung, tapi mee tu Cik Ponti pakai spegeti Angel Hair. Hentam je la... Cik Ponti kalo dah sampai rumah, malas nak keluar balik. Sebab rumah Cik Ponti ni cosy sangat di tambah kerenah si Ginger yang wat geram rasa nak picit je dia. Dan yang paling happening, Cik Ponti pakai broccoli sebagai sayur dalam kuah Mee Bandung tu. Curlass kau Cik Ponti, letak broccoli dalam kuah Mee Bandung.

Sapa yang berani mencuba tu, sila la cuba ek resepi Cik Ponti ni. Hihihihihi....






Bahan-bahan :

Angel Hair (celur hingga lembut)
Sotong / Udang
Telur
Sayur (saya pakai broccoli)
Bawang Putih + Bawang Merah (tumbuk)
Udang Kering (tumbuk)
Sos Cili + Sos Tomato + Sos Ikan + Sos Tiram
Seafood stok (saya pakai kiub pati ayam je Jemahhh)
Cili Kering (saya pakai cili boh je)
Garam

Cara-Cara :

Tumis - Bawang Putih + Bawang Merah + Udang Kering + Cili Boh
Masukkan - Sos Cili + Sos Tomato + Sos Ikan + Sos Tiram
Tambah - sedikit air + seafood anda (saya pakai udang dan sotong) + kiub pati ayam + sayur

lepas mendidih...

Pecahkan telur dalam kuah Mee Bandung tu... and tambah la garam. Dan bagi yang memang bercita-cita umur 40 nak potong kaki dia, sila la tambah gula dalam masakan... huhuhuhuhu... Cik Ponti tak letak gula sebab bawang + seafood + sos-sos yang ada dah cukup untuk memaniskan kuah tu.

( note : kalau nak lagi sedap, letak la buah tomato, fish ball, fish cake dll... Cik Ponti masak ni ikut apa yang ada di dapur Cik Ponti je )


Cik Ponti ada tagline baru hokeyss...


" if Cik Ponti can cook , so can you ! "













Thursday, March 6, 2014

~ Seafood Olio-Olio Angle Hair Cik Ponti ~

Haaaa..... Tajuk sikit punya panjang khennnn....

Asalnya Cik Ponti nak masak Udang Tempoyak, disebabkan udang ada 6 ekor dan tak de daun kunyit, terpaksa Cik Ponti masak lain. Bila survey barang yang ada kat dapur, I've decided to cook Seafood Olio-Olio Angle Hair.

Tapi jangan risau, resepi ni mudah je. Dan jangan tak tau, Cik Ponti ni suka meng'oter' resepi asal untuk memenuhi selera Cik Ponti ni. Sapa yang berani mencuba, sila la.. Kalau tak sedap, Cik Ponti takkan masukkan dalam blog ni. Abis la reputasi Cik Ponti kalau masukkan resepi yang tak sedap kannnn..


Bahan-Bahan:

Angle Hair
Bawang Merah + Bawang Putih (tumbuk)
Olive Oil
Udang + Sotong
Cili Kering
Broccoli
Serbuk Lada Sulah + Lada Hitam + Mix Herbs
Garam

Cara-Cara:

Panaskan Olive Oil (Cik Ponti campur Sunflower Oil sikit)
Tumis Cili Kering (sampai garing) + Bawang Merah + Bawang Putih (lebihkan bwg Putih)
Masuk Udang + Sotong + Broccoli
Masuk serbuk Lada Sulah + Lada Hitam + Mix Herbs + Garam Sedikit
Akhir sekali baru masuk Angle Hair

Senang kan???.... Nak lagi sedap, letak la cendawan butang. Sebab kat dapur Cik Ponti tak de cendawan butang, ganti dengan brocolli yang sentiasa ada dalam fridge Cik Ponti.