Friday, February 28, 2014

~ Month of February 2014 ~

As-Salam,

from Own, i really love it dear! Terharu dapat kek secomei ni, sangat santekkk

my 2nd bday cake :) seriously this is what i call double happiness *sigh*


This February 2014 will be the very best and memoriable month for me. I wish for a good health, wealth and success in my life. And of course, how i wish i could make my mum feel happy all the time.

Thank you Allah for giving me another year of life, thank you for all people / friends who remembered me today (28 February) by sending cards, letter, gift, flower and good wishes. (actually i dah dapat birthday treat seawal 2 Feb 2014). Minta maaf ada gambar-gambar hadiah yang tidak dapat saya kongsi di sini kerana mungkin akan menimbul syak wasangka.

From Dato Chew :)

From Ustaz Insaf :p hehehehehehhe
tq hamba Allah :) ... nice colour :)

scarf + fridge magnet :) tq Wani 







To someone out there (u know who u are), thank you for all the experience of this past years (since 2012) ; for times of success which will always be happy memories, for times of failure which reminded me of my own weekness and of my need for you, for the time of joy when the sun was shining and for times of sadness which drove me to you.

Dear pepo (specially my besties), forgive me for the hours i wasted, for the chances i failed to take, for the opportunities i missed this past year. Help me in the days ahead to make this the best year yet and through it to bring good credit to myself, happiness and pride to my loved ones (my family) and joy to you. Amin.

Whatever in life that Allah throws at you. Not much choice we have. Go for it with patience and faith.  Learn lessons from them… knowing Allah always there behind you to support you whenever and wherever you are. There must be something good behind them for us yet to find out…”

"And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As-Sabirun (the patient). Who, when afflicted with calamity, say: “Verily! To Allah we belong and verily, to Him we shall return.” (Qur’an 2:155-156)



Today, i close the door of my past, 
open the door of my future, 
take a deep breath and step to a new future ...





sayang nyer nak potong kek ni

Terima kasih juga kepada my bff, kerana membawa saya lari dari masalah dan kekusutan hidup, walaupun hanya 2 hari. Tapi memang membuatkan saya berasa sangat "release tension"... Ditambah dengan kek Hello Kitty ke-2 untuk tahun 2014. Terima kasih juga sebab merealisasikan keinginan saya untuk makan Mee Hailam Parit, Perak. Kemudian singgah pula ke Cameron Highland, beli strawberry "my super fruit" hahahaha... Segalanya indah belaka walaupun kadang-kadang kenangan "itu" hadir sepintas lalu. Terima kasih menjaga saya dan memahami diri saya dan selalu menjadi tulang belakang dan kadang kala menjadi tongkat sewaktu saya 'terjatuh' dan selalu jadi kerusi sewaktu saya 'terduduk'.



"KAMI" di private island.... air laut yang sangat jernih... Pernah pegi Krabi??...Pangkor lagi jernih..serious ni *sigh*



dah lama mengidam mee hailam parit, perak ni... akhirnya tertunai juga :)
candid yang sangat cantik (background dia)




* Saying goodbye is never easy *









Thursday, February 20, 2014

~ Tanda-Tanda Kematian Insan ~

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.


Tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari terakhir sebelum kematian.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari terakhir sebelum kematian

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari terakhir.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Dicatat oleh Mohd Reza Hj.Kamaruddin Al-Banjari di 09:17




Wednesday, February 19, 2014

~ Ciri Lelaki Ideal Yang Patut Saya Cari ~

Orang kata bercinta itu indah, yang menjadikannya indah bila anda berjumpa dengan orang yang betul. Setiap orang inginkan pasangan hidup yang sempurna. Sempurna? Paras rupa yang elok, beragama, baik, dan macam-macam lagi. Tapi tak semua yang kita nak akan diperolehinya. Lebih baik jika anda bersama dengan orang yang mampu merubah diri anda jauh ke arah kebaikan, yang mengajar anda erti kehidupan, yang boleh bertolak ansur dan memahami diri anda. Tapi persoalannya adakah si dia sekarang ini punyai ciri-ciri tersebut? Kalau ya, apa cirinya?


1. Si dia perkenalkan anda kepada perkara yang anda tidak pernah bayangkan

Bukankah indah jika anda berpasangan dengan individu yang kontra, anda api si dia air. Mungkin anda boleh belajar tentang sesuatu bila bersamanya. Dan bukankah ianya perkara menggembirakan perkara yang anda tidak pernah lakukan semua hidup, anda lakukan. Contohnya, pasangan anda seorang penyanyi dan kali ini si dia menjemput anda berduet bernyanyi bersama. Sepanjang hidup anda langsung tidak pernah terfikir untuk menyanyi di depan khalayak ramai tetapi bila bersama si dia pelbagai perkara anda lakukan. Bukankah itu perkara yang indah!

2. Si dia mendorong anda untuk melakukan yang sesuatu yang lebih baik

Si dia mendorong anda untuk menjadi orang yang lebih baik tanpa terus meletakkan tekanan ke atas anda. Pasangan anda berfungsi sebagai insentif terbaik untuk mengatasi batasan anda. Ketika anda dalam keadaan ingin putus asa, adalah penting untuk mempunyai seseorang yang memberi kata-kata semangat dan sentiasa berikan sokongan pada anda.  

3. S dia punya daya penarik

Ini merupakan orangnya yang anda boleh habiskan masa bersama, sentiasa bersama dan langsung tidak membosankan. Dia mempunyai daya penarik untuk hiburkan anda, mungkin juga punya sense of humor yang mampu menghilangkan stress anda.  

4. Si dia buatkan diri anda sentiasa rasa disayangi

Anda tidak akan berasa seperti anda kehilangan sesuatu. Semua yang anda perlukan betul-betul berada di hadapan anda, seseorang yang dapat memberikan inspirasi kepada anda. Mereka membuat anda sedar bahawa anda mempunyai semua keupayaan untuk mencari kepuasan diri.  

5. Si dia membantu anda mencapai matlamat anda dan memahami kepentingannya kepada anda

Jika anda berminat dalam bidang muzik, si dia akan cuba memahami dan tidak menghalang anda atas sebab-sebab mementingkan diri sendiri. Mereka memahami bahawa kebahagiaan peribadi anda adalah penting dalam hidup anda.

6. Si dia mencabar anda

Si dia tidak akan mengatakan ‘ya’ apabila anda meminta pendapat yang jujur. Malah, si dia bukan seseorang yang sentiasa bersetuju dengan pendapat anda, kadang-kala anda bercanggah pendapat dengan si dia, walaupun bercanggah tetapi sebenarnya si dia mahu anda gapai apa yang anda idamkan.

7. Si dia membuatkan anda sedar bertapa berharganya diri anda

Selama ini anda merasakan si dialah yang menyelamatkan anda, si dia cukup sempurna dan menjadi role model dalam hidup anda tetapi dalam anda tidak sangka, anda menunjukkan sesuatu yang luar biasa, luar daripada sikap sebenar anda. Jika sebelum ini anda seorang yang penakut tetapi sekarang ini anda pantang dicabar. Secara tak langsung membuatkan anda sedar untuk hargai diri sendiri. 







*** rupanya selama ini saya tersalah menilai *** 








Monday, February 10, 2014

~ Nasi Hujan Panas Cik Ponti ~

As-Salam,

Hello peeps.. my parents ada di KL dari Rabu (5.2.14 - 8.2.14). My dad ada meeting di Petronas KLCC from Wednesday to Friday. So, kerja saya kene la temankan my mum shopping dan bawak dia pegi mana-mana dia nak. Rasanya dah lama tak jumpa my parents. Kalau tak silap last jumpa masa saya ada sambutan Hari Inovasi KKLW 2013 di Menara TH Alor Setar pada 10 Oktober 2013. It's been an honour to bawak my mum kemana sahaja dia nak pergi kerana kami jarang ada masa untuk bersama 'bonding time' huhuhuhuhuhuhu....

Shopping kt Pavi memang tak pernah tinggal. Blouse Zara, Jeans Yellow Mustard from Jaspal, Kasut (Purple) from Fiorucci dan lain-lain. Bawak my mum pergi jumpa my Pak Lang (abang kepada my mum). Kesian kat my parent dok timang-timang cucu orang, anak orang.. Well... What to do if diorang dapat  menantu macam Meor Mohd Fadzli..memang tak pernah ikhlas dalam perkahwinan dan memang terbukti dan punya fakta yang sahih. Mungkin dia boleh menipu orang disekeliling dia, keluarga dia dan kawan-kawan dia, tapi dia tak bole nak menipu Allah yang maha mengetahui... Sapalah kita untuk melawan takdir. Maybe ada hikmah di sebalik kejadian. Sabar je la mama... Sobsss...


Let's talk about something else...


*iklan sebentar..sobssss*


Seronok bila rumah bujang saya dikunjungi tetamu. Special Guest.. So, awal pagi saya bangun, pergi cari ayam dan bahan-bahan untuk masak Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Merah. Memang saya berniat nak jamu special guest saya. Walauponnnnn tak de brasmathi di rumah, saya redah je pakai beras siam yang papa selalu bagi tu... Sedap jek u allssss...

Saya tak pasti dan tak pernah tengok resepi dari internet cara-cara nak buat Nasi Hujan Panas ni. Selalu saya buat ikut sedap tangan dan idea yang kadang-kadang je kreatif.

 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .


~ NASI HUJAN PANAS CIK PONTI ~



Bahan-Bahan:

Beras (seeloknya brasmathi)
Bawang Besar / Merah
Bawang Putih
Halia
4 Beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
Susu Cair
Minyak Sapi (bole je guna butter)
Garam
Kismis dan Gajus
Pewarna (merah, hijau, kuning)
Daun Pandan (saya main letak je untuk bagi wangi)

Cara-Cara :

1.   Tumis 4 beradik dengan Minyak Sapi (saya campur dengan sedikit minyak masak) + Daun Pandan
2.   Masuk Bawang Besar + Bawang Putih + Halia
3.   Masukan bahan tumis tadi dalam periuk (beras dah cuci siap-siap) + Susu Cair + Garam
4.   Setelah nasi masak, baru letak kismis + pewarna + gajus (saya letak gajus siam yang rangup tu)

having my Nasi Hujan Panas with Ayam Masak Merah



Ramai yang bertanya, kenapa tak de acar timun??... Well dear reader, saya lelah dan timun can trigger my asthma. Jadi no acar timun for me. Saya ni pantang ada depan mata memang saya makan, jadi kaedahnya, biar je la tak de.

Dan abis makan baru saya perasan, saya terlupa nak goreng papadom. Huhuhuhu... tapi saya puas hati dan hilang segala letih memasak bila semua memuji SEDAP!... Tak de papadom pon jalannnnn... Moist je nasi saya tu... Memang secukup rasa...




"Cook with love, bake with heart"














~ Fluffy Pancake ~

As-Salam,

Saya menerima tempahan creamcheese special. Special sebab saya letak fresh fruit. Kiwi and strawberry. Lebihan buah tu saya simpan untuk buat fluffy pancake untuk breakfast pagi esok.

Creamcheese Oreo, Blueberry, Kiwi, Raspberry dan Strawberry

ni breakfast sy :) nak resepi?...


Fluffy Pancake Cik Ponti

2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan buttermilk
1 sudu teh sodium bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1/4 butter
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
1/2 cawan gula pasir (saya kurangkan sebab saya tak suka manis)

(mix all together, heat a non-stick frying pan over a medium heat and add a knob of butter. When it's melted, add a ladle of batter (or two if your frying pan is big enough to cook two pancakes at the same time). It will seem very thick but this is how it should be. Wait until the top of the pancake begins to bubble, then turn it over and cook until both sides are golden brown and the pancake has risen to about 1cm (½in) thick)


SIAP!  You can have your fluffy pancake with fresh fruit, maple syrup or honey.






















Tuesday, February 4, 2014

~ Congo Bars Cik Ponti ~

As-Salam,

Cuti panjang sempena CNY buat Cik Ponti tak senang duduk di rumah. Otak ligat berputar fikir nak masak apa sempena cuti-cuti ni.

Tengok-tengok barang baking kat dapur, apa yang ada. So, Cik Ponti wat Congor Bars.

Bahan-Bahan :

315 gm tepung gandum
2 1/2 st baking powder
1/2 st gram
150 gm butter
300 gm gula perang
3 biji telur
1 st esen vanilla
250 gm coklat cip
1 cawan badam slice (yg telah disalai)

Cara-Cara :


Masukkan butter,gula perang,telur,esen vanilla pukul sehingga kembang,masukkan tepung gandum,baking powder,garam yang telah diayak,gaul sehingga sebati dan masukkan coklat cip dan badam. Masuk dalam loyang dan bakar 30 minit. Senang kan???????


Nah Hasil nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....Sedap, makan Congo Bars masa minum petang. Cik Ponti baru bagi kawan rasa, dah ada yang nak oder hokeysssss....