Sunday, January 5, 2014

~ Selamat Tahun Baru 2014 ~

As-Salam,

Selamat tahun baru 2014. Sudah 3 tahun saya tidak menyambut tahun baru. Bagi saya tahun baru sama saja macam hari-hari yang lain. Cumanya pada tahun baru, kebanyakkan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur sesak.

Sebelum, sedang dan selepas berkenalan dengan dia, tiada lagi istilah meraikan tahun baru seperti rakan-rakan yang lain. Dia lebih suka meraikan bersama gf-gf di kelab malam dan kemudiannya berlanjutan ke hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur.  Dia masih lagi sesat di dalam hiburan dan keseronokan dunia. Masih tiada arah tuju hidup. Tiada perancangan hidup yang nyata. Masih lagi terumbang-ambing dalam keseronokan. Dia merasakan komitment itu suatu yang sangat menyukarkan hidupnya, menyusahkan dan menyeksakan. Jadi dia lebih gemar bebas dan tiada batas.

Dowwwwwww... i am not going to talk about him. I just wanna share something very interesting yang saya dapat pagi ni. Tentang cadangan Hard Rock Cafe akan dibuka di Putrajaya!!.. Untuk penggemar live band seperti saya, berita ini sungguh la amat melegakan hati. Terus terbantut rancangan saya untuk berkhidmat di UNIMAP. Tak perlu lagi saya ke KL semata-mata nak melepakss...Tapi rasanya kurang sesuai kalau buka di Putrajaya. Al-maklum la, di Putrajaya ni dari petang sampai ke malam banyak aktiviti riadah bersama keluarga. Tapi, buka ke tak buka, ada baik dan buruknya. Tengku Adnan Tengku Mansor, sebagai Ahli Parlimen Putrajaya dan Menteri Wilayah patut fikirkan benda ni sehabis baik. Putrajaya lebih sesuai dijadikan pusat hiburan keluarga. Tengku, have you been to HRC? Tengok je la golongan yang pergi sana tu, semua chill with alkohol. Mungkin orang kita bole behave, bagaimana pula orang luar yang datang kesini?, yang sedia maklum apa itu HRC. Mana tau cawangan di Putrajaya menyajikan teh tarik kot?... hahahahha... 



Dan tahun baru ni saya ditemani oleh My Melody, yang sangat sedap dipeluk dan comel. Saya beli di Groupon dengan harga yang sangat berpatutan. Jadi, officemate, back off... Jangan ada sesapa yang berani pegang kesayangan saya ye! Baru la semangat nak kerja 7 hari seminggu :)... Asal kan Melody ada teman saya di office :). Dear Groupon, tolong jangan promote lagi benda-benda macam ni ye, saya nak kumpul duit, saya bercadang nak ambil anak angkat tahun ni. In sya allah jika diizinkan Allah. Saya masih ingat lagi kata-kata seorang teman dan saya ada post di entry sebelum ini tentang rezeki. Dalam kedukaan ini mungkin Allah beri saya rezeki yang lain. Ya, saya pernah berharap dan mengharap tapi dikecewakan. Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka. I kept on telling this to myself.

Jika anda berasa rindu akan seseorang, lafazkan dan bacalah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa lagi baik. Jika anda dapat mengerti setiap ayat dalam zikir itu adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah. :)

Hasbi Rabbi Jallalah
cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung

Mafi Qalbi Ghairullah
tiada di dalam hatiku kecuali Allah

Nur Muhammad Sallallah
cahaya Muhammad selamat atas NYA

Haqqul Laillahhaillallah
benarlah tiada Tuhan selain Allah




I think thats all peppo... What else?.. Ya, saya dah survey kitten di sekitar Kajang dan alhamdulillah, seorang rakan saya berjaya memujuk kawan nya untuk memberikan saya kitten dia yang baru nak masuk 2 bulan. Jadi saya terpaksa bersabar another 1 month untuk kitten tu bercerai susu dengan mak dia... And, kitten tu boy. So, nama apa yang sesuai untuk my dearest baby boy?... Any idea?

And last but not least, of course my own picca! For your information, saya sekarang sedang berdiet. Hampir-hampir hit my target. Now 44.5kg, saya nak turun lagi 2 kilo lagi. Bila kurus, baru la muka nampak panjang... heuheuheuheuheuheu....







**** happy new year peppo !! ****






"maybe 1 day i'll be what you need. But don't wait too long, because the day you want me, maybe the day i've finally given up"



Redha itu terletak pada hati
Bersandar pada keyakinan janji-janji Allah
Redha itu bila kita ikhlas, ikhlas menerima, berlapang dada

Yes, saya telah berlapang dada. Alhamdulillah.











No comments: