Monday, January 27, 2014

~ Orange Roasted Chicken Cik Ponti ~

As- Salam,

Ahad, seperti biasa saya ke office. Work! Work! Work!... Sementara muda dan punya tenaga, masa ni lah nak pulun kerja. Pencen nanti rehat la puas-puas. Saya pun heran dengan sesetengah manusia ni yang lebih pentingkan tido dari buat sesuatu yang berfaedah. Ada yang tido, petang baru nak bangun. Saya rasa ini satu kerugian dan bole mengundang masalah kesihatan. Saya punya pengalaman duduk serumah dengan manusia jenis ni. Kalau weekend, 4-5 petang baru la dia bangun, itupun sebab lapar. Sepanjang hari dia dah rugikan masa dengan menggadaikan aktiviti bersama keluarga, beriadah, bersukan dan yang paling penting....solat...Dah mati esok, tido la puas-puas kannnn...



Office, lebih kurang pukul 12.50pm housemate bagitau dia masak sup sayur untuk lunch. Owhh... so sweet. Dia tau saya tengah berdiet. Sebab kan sup sayur dia, saya jadi bersemangat nak jamu dia makan sedap-sedap...So, balik dari office, saya terus ke Bangi Gateway my favorite place to cari barang-barang grocery. I've decided to make Orange Roasted Chicken. (yeay!!) Tapi seperti biasa, saya selalu menderhaka, bahan-bahan ikut mana yang ada je kat Jaya Grocer.




Bahan-Bahan untuk buat Orange Roasted Chicken Cik Ponti :-

Buah Orange (ambil jus dia or u bole pakai jus Orange Peel and Fresh tu ikut kreativiti hahahahha)
Orange Zest (parut kulit Orange tu atas ayam)
Ayam
Black Pepper
White Pepper
Mix Herbs
Bawang Besar (belah 2 je)
Bawang Putih (ketuk)
Garam
Ubi Kentang
Carrot 
Minyak Zaitun
Garam

(bole jugak tambah selery, broccoli, asparagus, shiitake mushrooms)


Kaedah nyer : campak je semua kat dalam tray


Untuk mashed potato : -

Ubi Kentang (rebus)
Whipping Cream
Garam 
Black Pepper
Butter

Cik ponti guna cara mudah dan jimat masa, lepas ubi kentang tu empuk (still panas) , masukkan dalam blender dengan semua bahan yg di sebut di atas tu. Blend je semua. Sedap wei! Dah siap, tabur chives kt atas mashed potato tu.

Saya buat 2 version of Orange Roasted Chicken. Sebab housemate request tak nak terlalu kering. Dan cik ponti pulak nak kulit tu crispy sikit... Jadi saya sertakan 2 gambar. Housemate punye tak terlalu kering dan cik ponti punya crispy sikit (pakai la api atas). Gravy pulak saya just pakai je yang dalam tray tu or buat la brown sos. Nak resepi brown sos?... Nanti bila saya buat, saya akan masukkan dalam blog ni ye. :)


special for my housemate

mine!





Cook with love, bake with heart




















5 comments:

Azalia Azmi said...

Hhmmmmppphhhhh!!! Dapppp!!!! Boleh try ni!!

faham said...

sedapnya mash potato tu...

Juliza Ahmad said...

guna lemon leh x? heheh..bukan pe kt umah de lemon xnak la membazir..kan..kan...hehehe

Juliza Ahmad said...

klu pakai lemon leh x? bukan pe kt umah de lemon so xnak la membazir..hehehe

Sharine De Costa said...

Juliza, bole je, tp nanti kene imbangkan dengan gula sikit... nak lagi senang, pakai air peel n fresh yg jual kat kedai tu. lemon tu bole potong bulat2 n campak je dalam tray... :)