Thursday, January 30, 2014

~ Oriental Stir Fry Chicken ~

As-Salam,

Esok Chinese New Year, so petang ni diorang dah makan besar. To my chinese friend and specially to Edwin Koh Happy Chinese New Year. Balik nanti jangan lupa bawak balik Ayam Pongteh yek :)..........

Semalam, balik dari office, saya teringat ayam, sayur kacang panjang, broccoli dan carrot yang masih belum dihabiskan. Jadi saya terus decide nak buat Oriental Stir Fry Chicken. Serious mudah dan cepat. Memang sesuai untuk orang yang kesuntukan masa.



Bahan-bahan:

Ayam ( seeloknya isi ayam )
Oyster Sos
Soy Sos
Bawang Putih
Bawang Besar
Black Pepper
Halia
Cili Merah ( boleh juga pakai bell pepper )
Sedikit gula / garam ( for seasoning )
Daun Chives 
Tepung Jagung ( untuk memekatkan kuah )
Sayuran ( saya guna broccoli, kacang panjang, carrot )


Cara-cara :

Marinate ayam dengan oyster sos + soy sos + sedikit gula / garam + black pepper

Panaskan minyak, stir fry bawang putih + bawang besar + halia + cili merah

Masukkan ayam yang dah marinate tadi ( goreng sebentar ) + sedikit air + sayuran + tepung jagung ( yang dah di larutkan ) 

Stir fry sampai kuah pekat, taburkan daun chives, siap.... Senang kan ?

 

"Cook with love, bake with heart"






Wednesday, January 29, 2014

~ Ayam Goreng Kunyit Cik Ponti ~

As-Salam,

Disebabkan housemate sangat pandai amik hati saya, dengan merasuah saya dengan macaroons, saya cepat-cepat balik dan masakan dia Ayam Goreng Kunyit.

upah saya :) tq dear housemate :)


So, meh saya share common resepi ayam goreng kunyit ni.

Isi Ayam
Kacang panjang
Bawang Putih (ketuk)
Bawang Besar
Cili Merah
Cili Padi (untuk yang suka pedas macam housemate saya)
Serbuk Kunyit + Serbuk Kari + Garam (lumur pada ayam)

( saya tambah brocolli dan carrot..kan saya dah kata, masak ikut apa yang ada.. kene kreatif )

Panaskan minyak, goreng bawang putih n bawang besar + masuk ayam + kacang panjang + broccoli + carrot + cili merah + cili padi + SIAP!

Senang kan? make life easier! 









Cook with love, bake with heart




Monday, January 27, 2014

~ Orange Roasted Chicken Cik Ponti ~

As- Salam,

Ahad, seperti biasa saya ke office. Work! Work! Work!... Sementara muda dan punya tenaga, masa ni lah nak pulun kerja. Pencen nanti rehat la puas-puas. Saya pun heran dengan sesetengah manusia ni yang lebih pentingkan tido dari buat sesuatu yang berfaedah. Ada yang tido, petang baru nak bangun. Saya rasa ini satu kerugian dan bole mengundang masalah kesihatan. Saya punya pengalaman duduk serumah dengan manusia jenis ni. Kalau weekend, 4-5 petang baru la dia bangun, itupun sebab lapar. Sepanjang hari dia dah rugikan masa dengan menggadaikan aktiviti bersama keluarga, beriadah, bersukan dan yang paling penting....solat...Dah mati esok, tido la puas-puas kannnn...



Office, lebih kurang pukul 12.50pm housemate bagitau dia masak sup sayur untuk lunch. Owhh... so sweet. Dia tau saya tengah berdiet. Sebab kan sup sayur dia, saya jadi bersemangat nak jamu dia makan sedap-sedap...So, balik dari office, saya terus ke Bangi Gateway my favorite place to cari barang-barang grocery. I've decided to make Orange Roasted Chicken. (yeay!!) Tapi seperti biasa, saya selalu menderhaka, bahan-bahan ikut mana yang ada je kat Jaya Grocer.




Bahan-Bahan untuk buat Orange Roasted Chicken Cik Ponti :-

Buah Orange (ambil jus dia or u bole pakai jus Orange Peel and Fresh tu ikut kreativiti hahahahha)
Orange Zest (parut kulit Orange tu atas ayam)
Ayam
Black Pepper
White Pepper
Mix Herbs
Bawang Besar (belah 2 je)
Bawang Putih (ketuk)
Garam
Ubi Kentang
Carrot 
Minyak Zaitun
Garam

(bole jugak tambah selery, broccoli, asparagus, shiitake mushrooms)


Kaedah nyer : campak je semua kat dalam tray


Untuk mashed potato : -

Ubi Kentang (rebus)
Whipping Cream
Garam 
Black Pepper
Butter

Cik ponti guna cara mudah dan jimat masa, lepas ubi kentang tu empuk (still panas) , masukkan dalam blender dengan semua bahan yg di sebut di atas tu. Blend je semua. Sedap wei! Dah siap, tabur chives kt atas mashed potato tu.

Saya buat 2 version of Orange Roasted Chicken. Sebab housemate request tak nak terlalu kering. Dan cik ponti pulak nak kulit tu crispy sikit... Jadi saya sertakan 2 gambar. Housemate punye tak terlalu kering dan cik ponti punya crispy sikit (pakai la api atas). Gravy pulak saya just pakai je yang dalam tray tu or buat la brown sos. Nak resepi brown sos?... Nanti bila saya buat, saya akan masukkan dalam blog ni ye. :)


special for my housemate

mine!





Cook with love, bake with heart




















Saturday, January 18, 2014

~ Salmon + licious giteww ~

As-Salam,

Seperti yang saya janjikan semalam, hari ni saya nak kongsi resepi. My Dinner malam tadi dan dessert saya. Sangat mudah dan simple tapi sedap. Sesuai untuk orang berdiet.. kot??.. Hahahah...

Mula-mula saya buat Grilled Salmon with Broccoli + Baby Carrot + Yellow Pepper. Dip dia ada bermacam jenis kita bole buat. Ikut selera masing-masing. Saya akan beri beberapa jenis dip yang bole korang try kat rumah.

Bahan-Bahan yang diperlukan :



mix herbs tak de, saya ganti dengan cajun spice untuk dressing..hua.hua.hua...

untuk tabur di atas broccoli :)

1. Rub Salmon tu with Black Pepper + White Pepper + sedikit Mix Herbs tapi kat rumah dah habis mix herbs jadi saya gantikan dengan Nutmeg (saya memang penderhaka resepi..amponn!) + Garlic Butter. Marinated for about 5-10 minutes.

2. Didihkan air di dalam periuk, masukkan garam. Celur Broccoli + Baby Carrot. Dah bole letak kat pinggan cantik-cantik. :).. Jangan lupa taburkan Parmesan (macam dalam gambar tu). Optional hokey!.. My resepi, so suka saya la nak letak ape khennn....

3. Dalam kuali non stick, panaskan sedikit Olive Oil + Garlic Butter. Place the Salmon, skin-side up in the pan. Cook until golden brown on 1 side about 4 minutes. Turn the Salmon over dan masak sampai it feels firm to touch dan kulit Salmon tu crisp if desired, about 3 minutes more.

4. Yellow Pepper tu saya sauteed je 1-2 minit guna Butter.

Dip-Dip


( Ada beberapa dip yang saya sertakan disini. Semua sedap mengikut tekak dan selera saya )

1. In a medium bowl, mash together avocados, garlic, yogurt, and lemon juice. Season with salt and pepper.

ATAU / OR

2. Greek yogurt + black pepper + Garlic (crush) + lemon + salt (sedikit)...Put all together in a medium bowl. ( kinda love this )

ATAU / OR

3. ( untuk tekak melayu ) Garlic Butter + kiub pati ikan bilis + mix herbs (saya ganti dengan cajun spice. Ampon!!!) + Black Pepper + sedikit air + tepung jagung sikit ( untuk bagi kuah pekat je nih ) 
 
*remember!! Garlic Butter tu dah sedia masin, kalo korang kuat makan masin, sila la tampah sedikit garam*


TADAAAAA... hasil nya!



Lepas makan je saya terus merebus kacang hijau (dah basuh dan rendam 1-2 jam).

Didihkan kacang hijau + daun pandan + air. ( kacau sekali sekala sampai kacang hijau tu jadi lembut dan kembang )

Masukkan gula melaka ( yang dah dicairkan dengan sedikit gula pasir ) . Kacau dan biarkan dalam 10 minit. A pinch of salt hokey, jangan lupa.

Masukkan Santan pulak, kacau, lebih kurang 5 minit. Jangan lama-lama nanti pecah minyak pulak.

Siap!




Im having my dessert with a cup of hot lemon tea ( lebihan lemon masa masak salmon tadi ).. Gila kentang..eh silap, gila kenyang... Alhamdulillah :)










Friday, January 17, 2014

~ Salam Maulidur Rasul 2014 ~

As-Salam,

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Maulidur Rasul 2014. :) Seperti biasa hari cuti pon saya masih berkerja sampaikan housemate saya tegur saya dah kalah bangla berkerja. Sehingga ke hari ini saya masih belum bercuti walaupun Sabtu dan Ahad. Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan dari segi mental dan fizikal. Saya perlu memenuhi ruang kosong dalam hidup saya dengan berkerja.



Saya juga dalam tempoh berdiet. Pagi-pagi saya cuba elakkan breakfast ruji masyarakat Malaysia, nasi lemak. Saya ingin mencapai berat 42kg. Saya rasa sesuai dengan ketinggian saya yang 5 kaki ni...huhuhu... Berat sekarang ialah 44.5kg, lagi sikit je nak dapat berat idaman. :p

Buat masa ni saya breakfast dengan buah-buahan. Apple Hijau tu harus... Lunch baru saya amik makanan berat. Malam pulak saya makan Salmon Grill dan broccoli dan kadang-kadang tak makan langsung.

Dan pada hari Maulidur Rasul, balik je dari office terus ajak housemate dan bff pegi jogging kt Bangi. Herannya, dah pusing 1 tasik ni, saya masih tak berpeluh dan masih steady. Yang lagi 3 orang tu berpeluh sakan dan semput.. Risau gak takut saya yang tak normal kot?????? Lepas je jogging kami g melantak pulak kat paparich, memang punah la diet saya. Pastu pegi Bangi Gateway (beli salmon, broccoli yek, bukan kangkung!) singgah MPH baca buku (semua muka selenge)..

Anyway, nah gambar-gambar aktiviti minggu ni. Malam ni saya akan masak Salmon Grill n Broccoli dan juga bubur kacang hijau. Esok, baru saya akan upload resepi saya ye.

Good Day peeps!

my breakfast *smile*

ini bukan bf saya, my officemate kebetulan haritu colour baju kami sama

Salam Maulidur Rasul dari aras 23 KKLW *kiss*


kt paparich melantak *hik*hik*hik*hik*



My body sometimes feels sore, but it works. 
I dont sleep well most night, but i do wakeup to fight another day. 
My wallet is not full but my stomach is!... 
I dont have all the things i ever wanted but i do have everything i will ever need... 
Im thankful although my life is by no means PERFECT!
IT'S MY LIFE and im HAPPY!
















Friday, January 10, 2014

~ Aan birthday bash ~

As-Salam,

Pelbagai kejadian yang berlaku sepanjang minggu ini. Bermula planning Nina nak buat surprise bday party untuk Aan. Memang best Nina ni. Bila Aan di bawa ke karoke room tu dengan mata tertutup, masuk je dengan iringan lagu 'A Thousand Years by Christina Perri' (lagu cinta saya jugak ni..huhuhuhu), dengan red baloon bertaburan dan memenuhi lantai bilik karoke yang besar tu dan kemudian bila mata dibuka, everbody shout out loud and clear 'Happy Bday!!'... Memang special la Aan malam tu. Bertuah badan. Tema malam tu RED. Sorry la, i ada dress merah je, 'which is i will not going to let myself to wear skirt' anymore. So, i just pick my Hard Rock tshirt and match it with my red seluar, sopan kan? hew.hew.hew.hew..

While we were having fun, suddenly i received a wassap message from my housemate. Terus hati jadi tak sedap and rasa nak balik cepat temankan dia. Kesian dia tinggal sorang-sorang menghadapi bunyi-bunyian...hahahahhahahahah...RASA KAN!!

alololo...cian..cian....

with MIZZ NINA




Kinda like this picture *sigh*






 
masa ni la tengah baca wassap housemate i

apehal 32 nie??????????

nasib baik kita 2 ni comeiii kan NINA ??


Malam tadi tido saya terganggu dengan message dari seseorang yang selalu menganggu saya sejak dari tahun 2012. Sebelum ini saya tak pernah membalas message dari si polan ni. Tapi malam tadi saya betul-betul fedup dengan dia. Kalau dia baca blog ni, tolong la hentikan message saya malam-malam, bukan senang saya nak dapat tido yang berkualiti... Nanti orang akan salahkan saya (walaupun saya tak melayan awk)!!!!!!!!! I said what i should have said .. Now will see what turns out!! Dah terang lagi bersuluh, gambar profile siap ada anak bini, malam-malam nak kacau orang lagi. Puiiiiiiiiiiiiiiiiii. Kang tak pasal-pasal bini dia tuduh saya pulak yang menggatal dengan laki dia tu! Puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Women out there, please check your husband. Lagi-lagi yang selalu bermessage2 tengah-tengah malam. Saya bercakap melalui pengalaman sendiri, lagi-lagi sewaktu dengan 'dia'. Sebab tu saya dah masak sangat dengan perangai lelaki miang macam ni. Kadang-kadang nak mandi pon bawak hp masuk sekali dalam toilet, tak ke pelik?.. Kalau tido tu sanggup off kan hp tak pon letak bawah bantal. Better check your husband. There's must be something wrong somewhere. Unless husband you tu Prime Minister or 'somebody', of course hp akan selalu berbunyi, orang sana-sini nak mintak perhatian. Tapi bila terjadinya 2 way communication, memang porak peranda la rumah tangga. WOMEN!!..Specially wifey, sila gunakan anugerah yang Allah bagi untuk mengesan kecurangan husband anda. Sila percaya pada gerak hati. Sesungguhnya Allah kurniakan wanita lemah itu dengan kelebihan 6 sense, use it! Tetapi ingat, jangan cepat menuduh, sila la siasat dulu yek....

Lelaki ni kalau dia dah tak nak pada seseorang dan bila dan jumpa orang lain, dia sanggup buruk-burukkan wife dia sendiri pada kawan-kawan dan keluarga semata-mata nak dapatkan sokongan dan green light untuk dia meneruskan niat 'terselindung' dia tu. Jangan tak percaya, saya bercakap atas dasar pengalaman.

dan.... Ada 1 lagi mamat ni, bukan main tanya saya dah kawin ke blom, then dia cakap nak kenal, then dia cakap dia single, pastu mula la cakap tak bahagia dengan wife dia...huhuhuhu... tu semua taktik lama 'dia'... Semua dalam poket la BRO!!

Tuhan tu kalo nak tunjuk, sekejap je. Puas saya cari maklumat pasal mamat Sabahan ni, bukan susah. Malaysia ni bukan besar mana. Tak sampai 5 minit je dah bole tau dia dah kawin. Hahahahahahah.... Kelakar la lelaki ni.

Lepas tau awak tu laki orang, HARUS lah saya tak layan khennn... Buang masa, tak de masa nak layan. JANGAN ADA 2 WAY COMMUNICATION! 
Brooooooooo.... 25 tahun (ke?) saya hidup di kalangan masyarakat yang lelaki nya sangat penipu, jadi setiap penipuan tu tak susah pon nak detect. Belaja dari pengalaman dan percaya pada gerak hati.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.













Sunday, January 5, 2014

~ What do you do on Sunday? ~

It's Sunday for the 1st week of January 2014. What do you do? So, pada semua yang suka bertanya saya di mana pada Sabtu dan Ahad, saya sentiasa di office :). Yup, saya tak keluar berdating sebab saya belum dipunyai oleh sesiapa pun....huehuehuehuehue.... kesian...

So, it's almost 4pm, i think i should kemas-kemas my barang and go home. Harini saya dapat banyak tempahan my signature creamcheese :).. Kene balik n wat creamcheese tu. Sesapa nak oder bole la wassap okay?.. Sekarang saya ada bekas baru which is 4 segi dan harga dia RM8 for promotion tahun baru 2014. Esok saya akan upload gambar yang dalam bekas square tu ye.




Nahhhhhhhhhhhh.... selfie kuuuuuuuuuuuuuuuuu~

peppo, do i need a haircut?

With My Melody gheeee~

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.







< biasa la, hari Ahad :) >






Happy Sunday Peppo!! Lots of love from KKLW aras 23! Muahh ...









~ Selamat Tahun Baru 2014 ~

As-Salam,

Selamat tahun baru 2014. Sudah 3 tahun saya tidak menyambut tahun baru. Bagi saya tahun baru sama saja macam hari-hari yang lain. Cumanya pada tahun baru, kebanyakkan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur sesak.

Sebelum, sedang dan selepas berkenalan dengan dia, tiada lagi istilah meraikan tahun baru seperti rakan-rakan yang lain. Dia lebih suka meraikan bersama gf-gf di kelab malam dan kemudiannya berlanjutan ke hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur.  Dia masih lagi sesat di dalam hiburan dan keseronokan dunia. Masih tiada arah tuju hidup. Tiada perancangan hidup yang nyata. Masih lagi terumbang-ambing dalam keseronokan. Dia merasakan komitment itu suatu yang sangat menyukarkan hidupnya, menyusahkan dan menyeksakan. Jadi dia lebih gemar bebas dan tiada batas.

Dowwwwwww... i am not going to talk about him. I just wanna share something very interesting yang saya dapat pagi ni. Tentang cadangan Hard Rock Cafe akan dibuka di Putrajaya!!.. Untuk penggemar live band seperti saya, berita ini sungguh la amat melegakan hati. Terus terbantut rancangan saya untuk berkhidmat di UNIMAP. Tak perlu lagi saya ke KL semata-mata nak melepakss...Tapi rasanya kurang sesuai kalau buka di Putrajaya. Al-maklum la, di Putrajaya ni dari petang sampai ke malam banyak aktiviti riadah bersama keluarga. Tapi, buka ke tak buka, ada baik dan buruknya. Tengku Adnan Tengku Mansor, sebagai Ahli Parlimen Putrajaya dan Menteri Wilayah patut fikirkan benda ni sehabis baik. Putrajaya lebih sesuai dijadikan pusat hiburan keluarga. Tengku, have you been to HRC? Tengok je la golongan yang pergi sana tu, semua chill with alkohol. Mungkin orang kita bole behave, bagaimana pula orang luar yang datang kesini?, yang sedia maklum apa itu HRC. Mana tau cawangan di Putrajaya menyajikan teh tarik kot?... hahahahha... 



Dan tahun baru ni saya ditemani oleh My Melody, yang sangat sedap dipeluk dan comel. Saya beli di Groupon dengan harga yang sangat berpatutan. Jadi, officemate, back off... Jangan ada sesapa yang berani pegang kesayangan saya ye! Baru la semangat nak kerja 7 hari seminggu :)... Asal kan Melody ada teman saya di office :). Dear Groupon, tolong jangan promote lagi benda-benda macam ni ye, saya nak kumpul duit, saya bercadang nak ambil anak angkat tahun ni. In sya allah jika diizinkan Allah. Saya masih ingat lagi kata-kata seorang teman dan saya ada post di entry sebelum ini tentang rezeki. Dalam kedukaan ini mungkin Allah beri saya rezeki yang lain. Ya, saya pernah berharap dan mengharap tapi dikecewakan. Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka. I kept on telling this to myself.

Jika anda berasa rindu akan seseorang, lafazkan dan bacalah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa lagi baik. Jika anda dapat mengerti setiap ayat dalam zikir itu adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah. :)

Hasbi Rabbi Jallalah
cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung

Mafi Qalbi Ghairullah
tiada di dalam hatiku kecuali Allah

Nur Muhammad Sallallah
cahaya Muhammad selamat atas NYA

Haqqul Laillahhaillallah
benarlah tiada Tuhan selain Allah




I think thats all peppo... What else?.. Ya, saya dah survey kitten di sekitar Kajang dan alhamdulillah, seorang rakan saya berjaya memujuk kawan nya untuk memberikan saya kitten dia yang baru nak masuk 2 bulan. Jadi saya terpaksa bersabar another 1 month untuk kitten tu bercerai susu dengan mak dia... And, kitten tu boy. So, nama apa yang sesuai untuk my dearest baby boy?... Any idea?

And last but not least, of course my own picca! For your information, saya sekarang sedang berdiet. Hampir-hampir hit my target. Now 44.5kg, saya nak turun lagi 2 kilo lagi. Bila kurus, baru la muka nampak panjang... heuheuheuheuheuheu....







**** happy new year peppo !! ****






"maybe 1 day i'll be what you need. But don't wait too long, because the day you want me, maybe the day i've finally given up"



Redha itu terletak pada hati
Bersandar pada keyakinan janji-janji Allah
Redha itu bila kita ikhlas, ikhlas menerima, berlapang dada

Yes, saya telah berlapang dada. Alhamdulillah.