Wednesday, December 25, 2013

~ Weekend 21-22 Disember 2013 ~

As-Salam,

Weekend yang sangat busy mungkin kerana beberapa minggu lagi kita akan memasuki tahun baru 2014. Sabtu seawal 6.30am saya dah terjaga dari tidur, malam pun saya hanya tidur-tidur ayam memandangkan masih trauma kes pecah rumah haritu. Siap-siap, terus ke office. Memang saya bertekad nak settlekan kerja-kerja dan siapkan senarai projek sebelum tahun baru 2014.



Pada pukul 3.30pm, perut dah mula lapar, memandangkan cafe tak buka pada Sabtu dan Ahad jadi saya terus balik ke Kajang. Di dalam perjalanan, tiba-tiba nafsu rasa nak makan makanan korea, kebetulan ada 1 restoran Korea yang baru dibuka berdekatan rumah saya. Deko restoran, bagi saya memang seperti di Korea, channel tv pon dia pasang Korean movie. Jadi saya mengharapkan hidangan nya marvelous la yek....Tapi, setakat so-so je la yang saya boleh rate kan...


Lepas je makan, saya terus ke KL, asal nya nak cari kasut jogging.. Yela , saya kan sekarang ni asyik makan sedap-sedap je, risau gak kalau badan naik gebu je macam kek yang di letak baking powder :p... Tapi, seperti jangkaan saya, memang saya tak beli kasut, sebaliknya menambah koleksi perfume.. Memang hampeh...

Pastu pegi pulak singgah Pavilion..... memang tak di rancang, singgah pulak Red Box... Huhuhuuhu... giteww la, tak de apa nak buat, housemate pulak balik kampung...pathetic+silly me... Ulang-ulang nyanyi lagu ni ha, Mendua by Astrid...


Sabtu malam Ahad, setelah berfikir panjang, saya telah membuat keputusan untuk let-go perabot-perabot rumah saya. Sesuai dengan kedatangan tahun baru, semoga tahun baru memberi sinar baru buat saya. Semoga kawan baik saya si'MALANG' pon hilang terus dari hidup saya. Setiap perabot yang saya jual tu mempunyai seribu satu cerita pahit manis. Tuhan! Berikan saya nafas baru dan dunia baru serta semoga tahun baru lebih bermakna bagi saya dan keluarga.

Selesai semua perabot dibawa keluar dari rumah saya, saya mula mengemas dan menyusun barang-barang yang ada. Dan tiba-tiba saya terjumpa surat tawaran sewaktu di HSBC saya. Ini la sebab paling utama saya lari dari UUM (Universiti Utara Malaysia) sewaktu sedang menduduki final exam pada semester 4. Bila fikirkan balik, memang menyesal tak abiskan degree tu. Tapi saya nekad dan pasti rezeki ada di mana-mana..... Sobsssssssssssssssssss

Dan, last but not least.... sewaktu fridge diangkat, kedengaran loceng seperti Gucci sedang bermain.. Ya Allah... tuhan je tahu saya sangat rindu kat baby saya tu... Cari punya cari rupanya permainan Gucci tersangkut belakang fridge tu. Patut la sepanjang Gucci bermain, dia suka sangat main belakang fridge tu. Rupanya dia nak amik bola dia tersangkut.... I'm sorry Gucci, selama ni mommy selalu marah Gucci main belakang fridge sebab takut kene electric.... :'(







bola Gucci yang tersangkut :'(...sorry baby!






No comments: