Tuesday, December 17, 2013

~Sudah tertulis 16.12.13~

As-Salam,

Sejak beberapa minggu ini tidur saya sering terganggu. Seringkali saya terjaga tengah malam dan sukar untuk saya melelapkan mata. Dannnnnn sejak beberapa minggu ini sebelum melelapkan mata, saya sering membaca surah Yasin dan tak pernah bosan membaca terjemahannya berulang kali. Saya mencari ketenangan jiwa dan seakan menghampiri ketenangan yang saya maksudkan itu.

Pada 14 dan 15 Disember, 2 hari berturut-turut saya menyiapkan kerja di pejabat. Dari pagi sampai ke petang menyiapkan senarai projek dan lain-lain.

16 Disember 2013, seawal 5 pagi saya dah terjaga dengan sendiri nya tanpa bantuan alarm. Alarm saya akan berbunyi pada 5.15am. Jadi sementara menunggu alarm berbunyi, saya sempat lagi melayan candy crush ... heheheheh....

5.15am, 16 Disember 2013, saya terus bangun dari pembaringan dan menuju ke bilik air. Kemudian saya mendengar bunyi seperti sesuatu yang patah di bawah. Saya jenguk ke luar jendela. Semuanya dalam keadaan yang sama seperti pagi-pagi sebelum ini. Saya menunggu sebentar dan cuba memasang telinga.... Tiada apa-apa bunyi lagi selepas itu... Saya terus ke bilik air dan mandi. Sedang saya mandi .................................... Tiba-tiba saya mendengar pintu bilik saya terbuka sendiri, saya berlari dan terus menahan pintu bilik dan bertolak-tolak dengan orang yang berada di luar bilik saya...... Saya diam, menggigil dan kaku. Dalam keadaan menggigil, saya sepantas kilat mencapai telefon, try call kawan terdekat dengan saya. Setelah beberapa minit, rakan saya sampai dan kata nya pintu grill saya terbuka dan saya sedar, rumah saya telah dipecah masuk.

Sambil saya turun ke bawah, fikiran saya teringat laptop, duit dan kunci kereta yang ada di atas sofa. Dan ternyata, tiada apa yang diusik oleh si pencuri... Memecah masuk rumah dan terus menuju ke bilik saya semata-mata??????????????? Ini bukan lah kali pertama rumah saya di pecah masuk, tetapi patern kali ini agak pelik. Dia masuk tanpa menyentuh apa-apa di ruang tamu, tanpa mengambil barang berharga dan tidak cuba memecah masuk bilik housemate saya.... MOTIFFF??????????

Saya juga menunggu peronda polis hampir sejam... Kata nya sesat... Hokeyyy!! tak de GPS kan? kesian.. Kajang tu bukan besar sangat... Kemudian, saya terus ke Balai Polis Kajang untuk buat report. Setelah itu saya diminta.... "Cik bole balik dulu, atau pegi breakfast dulu atau buat apa-apa yang patut, nanti AIO kami akan hubungi cik dan pergi ke rumah cik"........ APAPONTAKBOLEHHH... pintu rumah saya dah diumpil, tombol dah rosak, memang tak bole lock langsung. Jadi saya terpaksa jadi JAGA di rumah sendiri. Menunggu dengan sabar Sarjan Hajazi AIO bertuah dari Balai Kajang tu sampai.

Selepas pukul 5.50pm masih tiada panggilan dari AIO tu, saya cuba minta bantuan rakan saya seorang Pegawai Khas Dato' dot..dot..dot.....  Dan terus segalanya menjadi cepat dan pantas...

Sekitar pukul 7pm, barulah saya menerima panggilan dari Sarjan Hajazi tu. Katanya otw... ermm... Tak tau nak cakap apa lagi. Saya fikirkan, hardware kebanyakkan tutup pukul 6, nak cari orang welding besi lagi, sedangkan saya tak bole nak tinggalkan rumah dengan tak berkunci. Memang saya bengang. Saya juga terpaksa ambil EL... Terpaksa saya korbankan cuti Krismas saya untuk ke oversea... Memang menyusahkan saya. Heran, tiada barang berharga yang diambil, rumah juga tidak di geledah ....Tetapi saya terpaksa welding semula grill, tukar tombol pintu depan dan pintu bilik yang rosak dan menambah selak pintu yang ada. Dan ada yang berseloroh, nak sponsor CCTV kat rumah saya... Thanks yek sebab menghanjing orang yang tengah serabut kusut ni...hehehehhehe







Malam tu, saya dan housemate tidur di ruang tamu.. Setiap sejam housemate saya akan meninjau di Sliding door untuk memastikan keadaan selamat.. Setiap 5 minit saya akan terjaga dan mencari housemate saya... Sedangkan dia ada di sebelah saya.... Trauma dan fobia... Saya tak pasti bagaimana malam kami harini...

Terima kasih pada yang mengambil berat tentang kejadian ini. Terima kasih pada yang banyak membantu dan meluangkan masa untuk melawat tapak KEJADIAN :) *sigh*.... Hanya Allah yang mengetahui apa motif 'dia' memecah masuk rumah saya. Alhamdulillah tiada barang yang hilang cuma emosi saya masih belum stabil sepenuhnya .....


***********************************************************************************************************









3 comments:

DAYANA said...

Sedih pulak bila aku baca cerita kau ni. Mesti ko trauma kan, aku harap ko ok. beli la Pepper spray dan sentiasa ada dipoket, macam spray asma.
Aku bukan nak menakut kan, tapi prevention better then cure, sentiasa bawa kawan dan teman. Kalau kau rasa pindah jln terbaik mungkin ya (tp bagi aku leceh nak mampos). Just take care.
Alhamdulillah ALLAH masih sayang kan kamu.

Anonymous said...

beb... tmpt tu da x selamat... pada aku bek ko pindah...dari teros trauma begini,. pada aku org yg buat ni adalah org yg kenal ko, ataw org yg dok dkt ngan ko.. jiran2 maybe... pasal style dia masok n teros ke bilik menunjukan dia ade niat jahat...bukan nk mcurik..

Bandaq said...

bahaya tu !