Monday, December 30, 2013

~ Rumah kene Pecah Lagi!! Sakit Kepala ~

As-Salam,

Hari-hari terakhir di tahun 2013. Membuat saya banyak teringat pengalaman saya ditipu seorang lelaki bernama Meor Mohd Fadzli bin Zahid. Benar, dia lah lelaki yang saya maksudkan di dalam post-post sebelum ini. Lelaki yang sanggup melutut, memeluk, menyembah dan mencium kaki seorang wanita semata-mata ingin merealisasikan impian nya. Hanya Allah yang tahu apa niat dihati dan niat jahatnya. Yang pasti, dia telah mengheret saya dalam permainan kehidupannya dan membuang saya, Allah masih sayang saya dan menunjukkan saya, siapa dia yang sebenarnya. Seorang penipu dan sering menabur janji manis. Segala kata-katanya indah belaka, tetapi tiada satu pun yang tertunai.

Setiap kali dia maki hamun saya, mereka rasa mereka terlalu hebat dan angkuh malahan riak dalam berkata-kata. Juga kata-kata orang sekeliling saya, benda ni semua orang lalui, cepat atau lambat, bila mereka dah lalui baru mereka tau macam mana saya rasa dan saya tanggung selama ini dan masa tu baru mereka rasa bagaimana dunia ni, betapa susahnya hidup ni, tidak diberi pilihan melainkan terima seadanya apa yang ada untuk meneruskan perjuangan hidup setelah ditipu dan dihina. Kalau hari ini mereka rasa dunia ni mereka yang punya tunggu masanya Allah turunkan sedikit ujian untuk mereka rasai kehebatan tentang kehilangan itu sendiri. Jika mentaliti mereka lemah nescaya, silap-silap mereka pon  bole jadi gila. 

Apapun, saya hanya manusia. Saya hanya mampu berdoa. Doa dan terus berdoa. Hanya Allah akan makbulkan doa saya. Allah saja yang mampu membalas segala perbuatan dan kata-kata penghinaannya.


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki
Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., 
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


"doa orang yang dizalimi marak ke udara dan diterima Allah tanpa dihijab" - dipetik dari Forum Perdana Ehwal Islam

...........................................................................................................................................................

28 Disember 2013,

Seperti biasa, rutin setiap Sabtu, saya akan bangun awal untuk keluar breakfast or masak. Kebetulan harini saya agak lewat bangun, 7.45am. Saya terus mandi dan turun ke bawah. Pergi ke dapur nak tutup lampu dapur, lampu porch dan lampu tangga. Ya, sejak rumah dipecah masuk seminggu yang lepas, kami sentiasa on kan lampu dapur, porch dan lampu tangga. Kemudian housemate turun nak buat coffee. Then dia tanya sapa yang bukak tingkap dapur??... Saya terus berlari ke dapur. Memang saya perasan tingkap terbuka, saya andaikan housemate saya terlupa tutup. Jadi kami terus belek pintu, grill dan pagar luar. SAH!! memang terbuka!! Baru kami sedar, rumah kami dimasuki untuk kali ke 2 dalam bulan Disember 2013 dengan masa yang tak sampai 2 minggu. Ni yang paling saya cukup benci, ke balai polis dan buat report. Dengan parking yang susah, jalan yang jem dan menyampah bila tak de tindakan yang diambil. 

Seperti biasa, saya terpaksa menunggu polis datang untuk buat siasatan. Seperti biasa saya terpaksa menunggu Muji si tukang kunci menukar lock dan tombol pintu, repair grill dan pagar.. 

Menyampah!

Buang Masa!

Shit!

Semua aktiviti Sabtu saya tergendala. Nak tengok cerita Detektif Conan pon tak dapat sebab dok buat report kat IPD Kajang. Nak pegi jogging pon tak bole, nak pegi breakfast roti canai tepi sungai pon tak bolehhhhhhhhhhh... Damnnn....

Okey, settle semua, terus saya bersiap dan keluar untuk terapi. Housemate pulak dah gerak balik Melaka. Terapi stress paling baik ialah bershopping! Sorry, itu terapi saya, anda?, hanya diri anda yang tahu apa yang membuatkan anda hilang stress. Sebenarnya nak beli kasut jogging... huehuehuehue.. terbeli kasut lain pulak....



Pastu Lepak kat La Bodega, lamb dia memang sedap. Uishhh..memang nak pegi lagi... Aduhai, maafkan LAH.... Asyik makan je keje nya. Sampai rumah lebih kurang pukul 1am. Walaupun mengantuk tapi memang takut dan fobia nak tido.. HELPP!!...

Ahad,

Rutin biasa, basuh baju --> kemas rumah --> then pegi facial --> balik masak --> makan..MAKAN??  Ye, makan lagi... 

Isnin 30 Disember 2013,

Bangun je tido dah sakit kepala, almaklumla, saya tido-tido ayam. Pantang dengar bunyi, saya pasti terjaga.... >sleepy<  .. Rasanya tak bole nak lunch dengan nasi sebab sakit kepala, maybe saya akan muntah... wekkk... Jadi saya ke Wadihana Foody Bangi seksyen 15. Sedap sangat, memenuhi selera orang-orang seperti saya yang kurang makan nasi ni ... hik.hik.hik....

sakit kepala * yawn *

@ Wadihana Foody Seksyen 15, Bangi



Setiap kesedihan yang kita lalui walaupun meninggalkan kesan Kepedihan tetapi percayalah ada hikmah di sebaliknya..
Allah itu Maha Adil..
Tidak akan ada Duka yang Berlarutan..
Tidak akan ada Kegembiraan yang sentiasa Berpanjangan...
Bersedialah walau apa pun rintang di depan...
Selamat Tinggal 2013..Selamat Datang 2014..




*semoga Allah perkenankan doa saya :)











1 comment:

RG99 said...

yeah, shopping n makan terapi yg bagus waktu sdang down.
wish u a happy new year 2014, may Allah bless u with all the success and happiness u deserve.