Friday, November 29, 2013

~Saya dan Si Malang~

As-Salam,

Saya punya kawan baik, bernama si Malang. Kemana saja saya pergi, si Malang sering menjadi bayangan saya. Kadangkala si Malang ni menakutkan saya, menghantui hidup saya dan memberi saya mimpi ngeri setiap malam.

Saya tidak pasti bilakah sebenarnya kewujudan si Malang ini dalam hidup saya. Mungkin kerana saya lalai dan sehinggakan tak sedar bila si Malang ini sebati dalam hidup saya. Semakin hari kami semakin serasi. Di mana ada saya, di situ ada si Malang. Kami seperti kembar siam yang sukar dipisahkan

Kadang kala saya seperti ingin lari dari si Malang. Saya merasakan si Malang selalu membebankan hidup saya. Tapi apakan daya, si Malang memang di cipta untuk mendampingi saya dan mempengaruhi seluruh hidup saya.

"Ya Allah, ku mohon bawalah si Malang pergi dari hidup saya untuk selamanya."















No comments: