Tuesday, November 19, 2013

~Oh My Gucci~

As-Salam,

Pada bulan April 2012 saya kebetulan berada di sekitar Pet Shop area Melawati untuk cuci mata tengok kucing. Asalnya untuk cuci mata jeeee. Tapi tiba-tiba saya terpandang seekor anak kucing yang sangat kecil, kurus dan sedang tidur. Saya bertanya kepada tuan kedai tentang kucing tu, katanya kucing baru berumur 2 bulan sewaktu dihantar di kedai untuk dijual. Jadi maknanya, sewaktu saya melihat anak kucing tersebut, umur nya lebih kurang 2 bulan lebih. Keadaan seperti kekurangan zat. Saya ambil keputusan untuk membeli anak kucing tersebut dengan harga RM900, sangat mahal dan tak bole nego harga.

Saya bawa pulang seekor kucing yg sangat kurus dan kekurangan zat. 1st thing, saya vaksin dulu kucing tu. Saya beri ubat kutu. Saya beri makan Royal Canin Kitten. Dan saya beri nama BABY GUCCI.

Gucci, kuat tido, kuat main dan KURANG makan. Dia suka tido atas badan, atas kepala dan dia cuma minum air bersih. Kadang-kadang geram jugak sebab bila habuk atau bulu dia sendiri termasuk dalam air minum dia, dia langsung tak nak minum dan kadang-kadang dia akan terbalik kan bekas minuman dia tanda protes air ada bulu sendiri.




Setelah beberapa bulan Gucci menjadi peneman dan pendamping saya, badan Gucci mulai gebu dan kembang. Geram je nak picit budak ni.




Ada juga manusia yang menuduh saya tak pandai menjaga kucing. Katanya "kucing pun tak reti nak jaga, macam mana nak jaga anak sendiri nanti".. Mungkin dia lupa, kucing-kucing saya sebelum ini, sangat sihat, gebu dan cantik. Cumanya kucing saya kene curi, dan mati. Tak pernah lagi la kucing-kucing saya kebuluran, terbiar berpenyakit. Setiap kali ada yang tak kene je dengan kucing-kucing saya, terus saya bawak pegi klinik. Korang bole baca post-post saya sebelum ni pasal kucing saya.

Kemudian baru-baru ni Gucci jatuh dari tingkat 5. Keadaan Gucci sangat menyedihkan. Mulut dan hidung berdarah, rahang retak, kedua-dua tangan patah dan leher bengkak. Pergi ke UPM veterinar, katanya wad penuh (sepertinya tak sudi nak rawat kucing saya) walaupun keadaan Gucci sangat teruk waktu tu. At least cek la apa-apa yang patut. 

Saya terus Google Klinik yang ada ortopedik sebab nak x-ray tulang dia. So, saya decide bawa ke klinik di Seri Kembangan. X-ray kaki, confirm patah. Rahang retak, leher bengkak. Keadaan Gucci sangat kurus sebab dari hari Khamis dia tak nak makan dan minum (kerana terlalu sakit). 

Di bawah ni gambar-gambar sewaktu Gucci di bawa ke Klinik untuk pemeriksaan.






 Khamis, 14 November 2013.

Saya mendapat berita yang Gucci hilang. Tak lama selepas itu Gucci dijumpai di bawah sebuah kereta dengan keadaan yang berdarah-darah. Gucci di bawa ke Klinik Veterinar KL, private hospital untuk haiwan, boarding semalaman (RM60), consultation & x-ray (RM120).

Jumaat, 15 November 2013.

I've decided untuk bawa Gucci ke UPM veterinar. Kata nya UPM punya kepakaran dan sedikit murah dari private hospital. Tapi UPM tak nak terima Gucci, katanya wad penuh. Jadi terus pergi ke Seri Kembangan, ada 1 klinik yang bole x-ray n surgery. Doktor suggest operate pada hari Isnin untuk 2-2 kaki dan pasang klip.

Sabtu, 16 November 2013

Pagi-pagi terus ke klinik tu, tapi tutup pulak..Aduhaii...Nak melawat baby pon susah.

Ahad, 17 November 2013

Same mission as yesterday, pagi-pagi g klinik nak tengok keadaan Gucci. Nasib bukak, sedih je tengok dia tak bermaya.

 Isnin, 18 November 2013.

12.15pm Gucci mula di bedah untuk membetulkan tulang dan memasang klip pada tulang. Operation habis lebih kurang pukul 4.40pm. Doktor sendiri bagitau, ini adalah major operation untuk Gucci. Saya di office tak senang duduk teringat kat si Gucci. 4.30pm, saya lari jugak dari office untuk melihat keadaan Gucci, dalam hati terdetik "doktor ni janji nak call kalo dah habis operation, xde pon?"...........

Lebih kurang 5pm, saya sampai klinik terus masuk ke tempat Gucci. Nak tengok keadaan dia. Sedih betul.... Dia masih tak sedarkan diri...

Doktor cakap, hari ni tak sempat untuk operate 2-2 tangan, esok akan pasang klip untuk sebelah lagi tangan Gucci.

Selasa, 19 November 2013.

Sehingga blog ini dikarang pukul 3pm, saya masih tak tau apa keadaan Gucci. Doktor ni pulak tak call...Aduhai, tak sabar tunggu petang nak tengok Gucci...

Gucci lepas operation


*tak sabar nak bawak Gucci balik :'( 



*malas nak cakap apa-apa..... 







No comments: