Sunday, September 8, 2013

~Sunday dan cekodok pisang~

As-salam,

Hari ahad yang malas, sebab apa malas? Dari tengah malam(sabtu malam ahad) sampai awal pagi ahad hujan lebat. Syok je tido, rehatkan badan yang letih setelah setiap malam bersengkang mata buat my signature creamcheese. Lagi-lagi sekarang ni ada new flavour such as Apple, Orange, Raspberry, Mango and Dark Cherry.

Saya jarang sekali bangun lewat walaupun hujung minggu. Tapi harini pukul 8.30am saya tersedar. Terus mandi dan keluar cari breakfast. Nafsu nak nasi lemak kerang..Sambil singgah pasar beli ikan dan ulaman.

Lepas breakfast, terus masak gulai ikan, saya suka yang cair. Saya suka yang kurang garam dan kurang santan and kurang lemak. Senang cerita, saya suka yang sihat! Sigh! Hehehehe.... (Gambar lupa nak ambik) 

Do some laundry, kemas rumah (rutin mingguan) dll. Petang pula, rasa nak makan cekodok pisang. Lepas lenyek pisang tu, baru saya sedar yang tepung gandum tinggal sikit. Jadi saya pakai alternatif lain. Rasa nya tetap sedap. Lembut dan gebu. Nak tau rahsia cekodok pisang yang lembut dan gebu?

Beberapa biji pisang di lenyek
Tepung gandum
Sedikit garam
Gula
Sedikit baking powder

DAN

ROSE FLOUR!!

Serious ni, saya campur tepung gandum dengan rose flour.

Saya memang suka derhaka dengan masakan. Nahhhh gambar cekodok pisang saya. Memang tak ada rupa, tapi sedap. Im having my cekodok pisang with a cup of strawberry tea.




No comments: