Tuesday, September 17, 2013

~Kun faya kun~

"Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an"

[Al Mu'min:68]
"Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia"."


Throwback tahun 2012, pada hari ni (18.9.2012) saya rasakan seperti segalanya terhenti. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan saya ketika ini.

Kehadiran'nya' amat dinantikan. Tetapi kuasa Allah yang maha mengetahui segala yang terjadi di langit dan di bumi. Keadaan saya yang stress, keadaan sekeliling, campur tangan PIHAK KE-3 dalam urusan rumahtangga, kata-kata penghinaan, SAYA TERPAKSA DELETE AYAT INI UNTUK KEPENTINGAN PIHAK KE-3, membuatkan 'dia' tidak bersedia untuk melihat dunia. 'Dia' punya "enviroment" yang tidak inginkan kehadirannya.

Saya dikejarkan ke Hospital Serdang lebih kurang pukul 6.30pm. Sakitnya waktu itu hanya Tuhan yang tahu. Dalam hati terdetik "mungkin begini rasanya sakit bersalin". Suami sedikit pun tidak menunjukkan riak cemas atau bersimpati dengan keadaan saya waktu itu. Dalam perjalanan, segalanya serba tak kena. Sampai di wad kecemasan, saya terus dibawa untuk pemeriksaan lanjut. Doktor disitu sedia maklum keadaan saya waktu itu memandangkan saya telah beberapa kali checkup di sana. Sementara menunggu doktor sampai, suami telah menyuarakan hasrat untuk pulang. Ye, saya sangat terasa dengan tindakan dia. Saya memohon supaya dia tunggu sehingga selesai check-up. Selesai check-up, doktor memutuskan supaya dijalankan DnC secepat mungkin. Saya terus di'drip' dan di tolak masuk ke wad. Sekali lagi suami minta untuk pulang ke rumah, sekali lagi saya meminta dia tunggu sehingga saya ditolak masuk ke operation room.

12.30am.
Memandangkan saya menghidap asma, doktor sarankan saya dibius separuh badan. Saya menggigil kedinginan di dalam dewan bedah. Selain takut, saya juga kesejukan. Saya ditenangkan oleh Dr.Pakar Bius Hospital Serdang.

1.45am
Selesai DnC, masih dalam keadaan awang-awangan kerana dibius beberapa kali, saya ditempatkan seketika di ICU untuk doktor monitor blood preassure dan heartbeat saya. Memang saya tidak mampu berbuat apa-apa, segalanya umpama mimpi, terawang-awangan.

Sewaktu dimasukkan ke wad biasa, saya samar-samar melihat suami duduk di sudut sedang ber'sms'. Sewaktu melintasi suami, dia langsung tiada reaksi. Ye, sekali lagi saya terasa dengan dia.

Walaupun masih terawang-awang, saya masih boleh mendengar samar-samar dan membuka mata sekejap-sekejap.

Cumanya saya tidak mampu bersuara, tidak mampu menyapu sendiri air mata yang mengalir laju. Akhirnya, suami balik juga, meninggalkan saya di wad.

7.00am
Memandangkan saya tidak pernah bermalam di hospital, tidur saya tidak lena. Tiada orang di kiri kanan saya. Walaupun masih lemah dan lemas dengan ubat bius, saya gagahkan diri untuk cuba bangun. Ya, masih kebas jari jemari kaki saya, tak pe la, saya akan cuba sekali lagi, saya tertidur semula.


8.30am
Saya cuba bangun lagi. Nurse yang lalu lalang dan perbualan mereka telah membuat saya terjaga. Cuba gagahkan diri untuk bangun. Perlahan-lahan saya bangun, mandi dan baring semula. Time breakfast sampai, saya macam happy sikit, sebab makanan kegemaran saya, Kuey tiaw Cantonese with a lot of veggies, less salt lagi.

9.00am
Saya dah mula bosan duduk sorang-sorang di hospital. Suami tegar tidak mahu ambil cuti untuk teman saya di sini.Berkali-kali nurse datang cek tekanan darah dan heartbeat saya, buat saya tidak selesa duduk di hospital.

12.30pm
Beberapa orang officemate berjaya mengesan saya di Hospital Serdang. Mereka datang dengan buah tangan serta baloon yang sangat comel. Memang saya rahsiakan. Few people sahaja yang tahu saya di hospital.

2.30pm
Saya mula menggelupur nak balik. Saya tak suka bau dan suasana hospital. Stress!..

3.00pm 
Lebih kurang pukul 3 petang nurse benarkan saya pulang.Saya call husband untuk bawa saya balik ke rumah. Tapi katanya tengah buzy.(takpela, saya tunggu.....)

7.15pm
Akhirnya suami saya datang, setelah berjam-jam kebosanan di wad. 




#malam#menahan sakit#dewan bedah full
#siang #diorang datang #puas la rahsiakan





Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.
Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini,tidak akan terulang kembali.
Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik..
*Warna SEMALAM, diadunkan HARI INI untuk mewarnai HARI ESOK..

“Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya “. ( Riwayat Muslim )







1 comment:

[n a j e e b] said...

be strong beb.... im speechless..