Monday, September 30, 2013

~Let's defeat breast cancer. We're stronger together~

Antara 3 punca utama kanser ni, yang first sekali ialah tak mengamalkan gaya hidup sihat. Maksudnya, orang-orang yang merokok, minum arak, kebarangkalian nak kena kanser tu tinggi. Faktor kedua adalah pemakan yang tidak sihat & tidak seimbang. Faktor ketiga pula ialah stress, stress dengan kerja ke dengan rumahtangga ke, dengan apa-apa je la.

Untuk posting hari ni nak cerita pasal faktor kedua la. Bawah ni ada senarai 9 makanan yang patut dikurangkan bagi kita yang sihat ni. Bagi penghidap kanser pula makanan ni perlu la dielakkan.

Senarai ni diambil dari utusan.com.my yer ... banyak kali dah google sama je senarai nya pun, co BW just C&P je la dari utusan.com.my :)

1. Daging merah
Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging bersifat asid sangat tinggi.Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser.Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.

2. Gula
Gula adalah 'hayat kanser'. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser.Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu. Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.Hari ini kita melihat banyak produk pengganti gula di pasaran, namun kita harus menyiasat terlebih dahulu adakah produk itu berkesan atau lebih buruk daripada gula.

3. Garam
Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk membuat warna putih dan tahan lama, garam yang lebih baik adalah garam laut.

4. Makanan laut cengkerang
Kebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.

5. Kopi, teh, coklat
Ketiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid tinggi.Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia di dalam air memasuki tubuh.

6. Makanan cuka tinggi
Elakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.

7. Makanan berminyak
Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.

8. Hindari alkohol
Minuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.

9. Makanan kandungan lemak tinggi
Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit. Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang kurang selera makan. 







 

Tuesday, September 24, 2013

~Rezeki~

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

Tuesday, September 17, 2013

~Cuti Dan Kari Ikan Merah~

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Malaysia. Jatuh pada 16 September 2013 bersamaan hari Isnin....Yeay!!! cuti beb................

Sempena cuti ni saya berkesempatan masak Kari Ikan Merah. Kali ni saya masukkan beras yang di sangai. Apa itu beras SANGAI? Beras yang di goreng tanpa minyak sehingga perang, kemudian beras ini di tumbuk atau di kisar halus. Fungsi beras sangai ni adalah untuk memekatkan kuah kari kita, so, tak payah la pakai santan banyak-banyak.



Bahan-Bahan

Ikan (saya guna ikan merah)
50gm serbuk kari (saya guna Babas)
3 Sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
100 ml santan
1 sudu besar halba + jintan (yang kecil)
1 sudu besar beras sangai
sedikit daun kari
segenggam asam jawa

Cara

1. Tumis bawang besar, halia, bawang merah, bawang putih (dimayang halus atau ditumbuk atau di blender) (sehingga keperangan)

2. Masuk halba campur

3. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan cili mesin sehingga garing

4. Masukkan beras sangai

5. Masukkan air Asam Jawa mengikut citarasa masing-masing

6. Masukkan Santan (nak lagi sedap, ramas asam jawa tu dengan santan) + garam

7. Lepas menggelegak baru masukkan ikan

8. Last baru masukkan tomato / lady finger / terung (ikut citarasa masing-masing)







 Siap Kari Ikan Merah saya. Makan dengan cencalok dan nasi panas... Ini la yang membuatkan berat badan saya naik :)

~Kun faya kun~

"Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an"

[Al Mu'min:68]
"Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia"."


Throwback tahun 2012, pada hari ni (18.9.2012) saya rasakan seperti segalanya terhenti. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan saya ketika ini.

Kehadiran'nya' amat dinantikan. Tetapi kuasa Allah yang maha mengetahui segala yang terjadi di langit dan di bumi. Keadaan saya yang stress, keadaan sekeliling, campur tangan PIHAK KE-3 dalam urusan rumahtangga, kata-kata penghinaan, SAYA TERPAKSA DELETE AYAT INI UNTUK KEPENTINGAN PIHAK KE-3, membuatkan 'dia' tidak bersedia untuk melihat dunia. 'Dia' punya "enviroment" yang tidak inginkan kehadirannya.

Saya dikejarkan ke Hospital Serdang lebih kurang pukul 6.30pm. Sakitnya waktu itu hanya Tuhan yang tahu. Dalam hati terdetik "mungkin begini rasanya sakit bersalin". Suami sedikit pun tidak menunjukkan riak cemas atau bersimpati dengan keadaan saya waktu itu. Dalam perjalanan, segalanya serba tak kena. Sampai di wad kecemasan, saya terus dibawa untuk pemeriksaan lanjut. Doktor disitu sedia maklum keadaan saya waktu itu memandangkan saya telah beberapa kali checkup di sana. Sementara menunggu doktor sampai, suami telah menyuarakan hasrat untuk pulang. Ye, saya sangat terasa dengan tindakan dia. Saya memohon supaya dia tunggu sehingga selesai check-up. Selesai check-up, doktor memutuskan supaya dijalankan DnC secepat mungkin. Saya terus di'drip' dan di tolak masuk ke wad. Sekali lagi suami minta untuk pulang ke rumah, sekali lagi saya meminta dia tunggu sehingga saya ditolak masuk ke operation room.

12.30am.
Memandangkan saya menghidap asma, doktor sarankan saya dibius separuh badan. Saya menggigil kedinginan di dalam dewan bedah. Selain takut, saya juga kesejukan. Saya ditenangkan oleh Dr.Pakar Bius Hospital Serdang.

1.45am
Selesai DnC, masih dalam keadaan awang-awangan kerana dibius beberapa kali, saya ditempatkan seketika di ICU untuk doktor monitor blood preassure dan heartbeat saya. Memang saya tidak mampu berbuat apa-apa, segalanya umpama mimpi, terawang-awangan.

Sewaktu dimasukkan ke wad biasa, saya samar-samar melihat suami duduk di sudut sedang ber'sms'. Sewaktu melintasi suami, dia langsung tiada reaksi. Ye, sekali lagi saya terasa dengan dia.

Walaupun masih terawang-awang, saya masih boleh mendengar samar-samar dan membuka mata sekejap-sekejap.

Cumanya saya tidak mampu bersuara, tidak mampu menyapu sendiri air mata yang mengalir laju. Akhirnya, suami balik juga, meninggalkan saya di wad.

7.00am
Memandangkan saya tidak pernah bermalam di hospital, tidur saya tidak lena. Tiada orang di kiri kanan saya. Walaupun masih lemah dan lemas dengan ubat bius, saya gagahkan diri untuk cuba bangun. Ya, masih kebas jari jemari kaki saya, tak pe la, saya akan cuba sekali lagi, saya tertidur semula.


8.30am
Saya cuba bangun lagi. Nurse yang lalu lalang dan perbualan mereka telah membuat saya terjaga. Cuba gagahkan diri untuk bangun. Perlahan-lahan saya bangun, mandi dan baring semula. Time breakfast sampai, saya macam happy sikit, sebab makanan kegemaran saya, Kuey tiaw Cantonese with a lot of veggies, less salt lagi.

9.00am
Saya dah mula bosan duduk sorang-sorang di hospital. Suami tegar tidak mahu ambil cuti untuk teman saya di sini.Berkali-kali nurse datang cek tekanan darah dan heartbeat saya, buat saya tidak selesa duduk di hospital.

12.30pm
Beberapa orang officemate berjaya mengesan saya di Hospital Serdang. Mereka datang dengan buah tangan serta baloon yang sangat comel. Memang saya rahsiakan. Few people sahaja yang tahu saya di hospital.

2.30pm
Saya mula menggelupur nak balik. Saya tak suka bau dan suasana hospital. Stress!..

3.00pm 
Lebih kurang pukul 3 petang nurse benarkan saya pulang.Saya call husband untuk bawa saya balik ke rumah. Tapi katanya tengah buzy.(takpela, saya tunggu.....)

7.15pm
Akhirnya suami saya datang, setelah berjam-jam kebosanan di wad. 




#malam#menahan sakit#dewan bedah full
#siang #diorang datang #puas la rahsiakan





Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.
Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini,tidak akan terulang kembali.
Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik..
*Warna SEMALAM, diadunkan HARI INI untuk mewarnai HARI ESOK..

“Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya “. ( Riwayat Muslim )







Friday, September 13, 2013

~PERIBADI ANDA MENGIKUT BULAN KELAHIRAN BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH~


JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalalm bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jgn terlalu moody.

APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi perhatian
sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
org sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa
diberitahu
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangai,idea & mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas ,berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi
siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI
Sangat seronok didampingi
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka munasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kalau tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap jika perlu
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
kerja yg dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yg tidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik

OKTOBER
suka sembang
suka org yg sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan org lain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandai bercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
taksuka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn org
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yg berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

anda berada di bulan mana??



~Masak Lemak Udang + Nenas~

As-Salam,

Malam ni saya try masak udang + nenas (masak lemak). Kalau nak ikutkan masakan Negeri Sembilan, memang pedas berdengung la lauk saya sebab masakan N9 ni cuma pakai cili api / cili padi je. Tapi sebab saya tak berapa tahan pedas, so seperti biasa saya modified resepi asal menjadi resepi dan citarasa Cik Ponti. heehheheheheheheh

Bahan-Bahan :

Udang
Cili Api / Cili Padi - saya tumbuk
Nenas - potong bentuk ikut suka anda
Bawang Putih - saya tumbuk
Bawang Merah - saya tumbuk
Gula (saya letak secubit je)
Santan
Garam
Serbuk kunyit / kunyit hidup
Daun Kunyit


1. Masukkan semua dalam periuk
2. Masuk kan gula / garam (segala perasa ikut selera anda)
3. Last baru masuk udang. Dah mendidih tu bole dah makan :)








Senarai 25 RASUL pilihan:,,,,,,,,. 

Nabi Adam Alaihissalaam.
Asal keturunan semua manusia. Isterinya bernama Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk baginda. Mulanya tinggal di Syurga, kemudian Allah swt turunkan mereka ke Dunia.

Nabi Idris Alaihissalaam.
Penduduk Babil Iraq, terima 30 suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang pertama pandai menulis, membaca, ilmu falak dan jahit menjahit.

Nabi Nuh Alaihissalaam.
Allah utus baginda ke negeri Arminia. Allah swt telah menurunkan bala dengan banjir besar kepada kaumnya yang ingkar. Baginda digelar’ Najiyullah.

Nabi Hud Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt membinasakan kaumnya yang ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam.
 

Nabi Soleh Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke 6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di antara Hijaz dan Syam. Allah memusnahkan kaumnya yang ingkar dengan pekikan suara yang kuat dari langit.

Nabi Ibrahim Alaihissalaam.
Juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan raja Namrud. Di gelar dengan ‘Khalilullah’. Seorang yang bijak dan berfikir.

Nabi Luth Alaihissalaam
Anak saudara Nabi Ibrahim Alaihissalaam. Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan). Allah swt menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan batu yang membinasakan mereka.

Nabi Ismail Alaihissalaam.
Putera nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah. Baginda membantu bapanya membina ka’bah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’.


Nabi Ishak Alaihissalaam.
Putera Nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel. Dimakamkan di Hibrun, Palestin.

Nabi Ya’kub Alaihissalaam.
Putera Nabi Ishak Alaihissalaam. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada penduduk negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi Yusuf Alaihissalaam. Dimakamkan di Hibrun bersebelah bapanya.

Nabi Yusuf Alaihissalaam.
Putera Nabi Ya’kub Alaihissalaam yang paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang, dan sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak, pandai mentadbir mimpi dan bijaksana.

Nabi Ayub Alaihissalaam.
Keturunan nabi Ishak Alaihissalaam. Di kurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang bertaqwa dan suka membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit yang berat bertahun-tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh.

Nabi Zulkifli Alaihissalaam
Putera Nabi Ayub Alaihissalaam. Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Dmsyik dan sekitarnya. Asal nama baginda ialah Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda banyak berpuasa di siang hari dan beribadat pada waktu malam.

Nabi Syuib Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Luth Alaihissalaam. Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka dengan gempa bumi dan petir yang sangat dasyat.
 

Nabi Musa Alaihissalaam
Keturunan Nabi Ya’kub Alaihissalaam. Putera Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri Firaun. Firaun menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam Laut Merah.

Nabi Harun Alaihissalaam
Saudara Nabi Musa Alaihissalaam. Seorang yang fasih berbicara merupakan teman dakwah Nabi Musa.

Nabi Daud Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Ishak. Baginda memiliki suara yang merdu, dan boleh melembutkan besi dengan tangan. Seorang yang kuat beribadat, raja yang adil dan bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis bersama-sam puteranya Nabi Sulaiman

Nabi Sulaiman Alaihissalaam
Putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda ialah boleh memahami bahasa binatang, boleh memerintah angin dan jin. Berjaya mengislamkan ratu Balqis, kemudian berkahwin dengannya.

Nabi Ilyas Alaihissalaam
Keturunan Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah berhala, Ba’l. Baginda berdakwah kepada mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bala dengan kemarau selama 3 tahun.

Nabi Ilyasa’ Alaihissalaam
Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya didalam dakwahnya. Tetapi setelah baginda meninggal, Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala kesenangan yang dinikmati.

Nabi Yunus Alaihissalaam
Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwahnya, baginda meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami masalah, dan baginda terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal tersebut daripada karam. Baginda di telan ikan nun (paus).

Nabi Zakaria Alaihissalaam
Keturunan Nabi Sulaiman. Diutuskan kepada Bani Israel, Palestin. Baginda sentiasa berdoa supaya dikurniakan zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan Yahya (hidup). Baginda juga telah membesar Maryam, ibu Nabi Isa.

Nabi Yahya Alaihissalaam
Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa, berbudi bahasa, rajin, dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi mempertahankan hukum Allah.

Nabi Isa Alaihissalaam
Putera Maryam bt. Imran. Jibril telah meniupkan ruh suci ke dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap ketika masih bayi. Diutuskan kepada Bani Israel, dan diberikan kitab Injil. Bani Israel yang ingkar dengan dakwahnya cuba untuk membunuh baginda, namun Allah mengangkatnya ke langit dan akan turun ke bumi untuk menegakkan kebenaran.
2

Nabi Muhammad S.A.W.
Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia 40 tahun. Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima ujian yang dasyat daripada kaum Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah.

Lima Nabi / Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat berbanding nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah ialah:

1. Nuh Alaihissalaam
2. Ibrahim Alaihissalaam
3. Musa Alaihissalaam
4. Isa Alaihissalaam
5. Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam,,,,,,,,,,,,,,




Thursday, September 12, 2013

~My Signature Creamcheese. Oder! Oder!~

  
Kiwi
Strawberry
Blueberry
 Oreo
Raspberry (New!)
Mango (New!)
 
Dark Cherry (New!)
Orange (New!)
 
Apple (New!)
RM3.50 untuk small cup (special price untuk 30 keatas)
 Minimun oder 10 cup

RM8.50 untuk big cup (special price untuk 5 cup keatas)

email to : rozlinsharina@ymail.com 



Wednesday, September 11, 2013

~10 Tanda Pasangan Anda Mulai Curang~

 **Perhatian, artikel ini hanyalah untuk panduan terhadap anda sahaja. Penilaian yang terbaik adalah daripada gerakhati anda sendiri. Setiap kecurangan pasti akan dapat dikesan dan ia akan terbongkar secara semulajadi**


Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tidak mengambil tahu mengenai tanda-tanda jelas apabila salah seorang daripada pasangan cuba untuk curang atas alasan tidak mahu hubungan itu terputus . Namun, anda dinasihatkan untuk mengetahui tanda-tanda kecurangan untuk mengelakkan anda ditinggalkan setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan. Ini hanyalah panduan sahaja dan anda seharusnya lebih bijak untuk menentukan keputusan hidup anda

Kurang memberi perhatian terhadap diri anda
Pada permulaan kecurangan, anda dapat rasakan bahawa pasangan anda kurang memberi perhatian terhadap anda. Ini terjadi kerana mereka rasa bersalah terhadap diri anda. Kemudian mereka mula mencari kesalahan, menengking, berbual secara sinis dan mula menyalahkan anda untuk hal-hal kecil, hanya untuk mengatasi rasa bersalah.

Menghabiskan masa banyak ditempat kerja
Perubahan terhadap pasangan anda yang curang adalah secara tiba-tiba mereka banyak menghabiskan masa ditempat kerja. Tetapi panduan ini tidaklah setepat yang anda fikirkan. Berkemungkinan juga mereka benar-benar bekerja kuat untuk memberikan kesenangan kepada anda. Sebelum membuat apa-apa andaian, anda dinasihatkan untuk menyiasat dulu apa sebenarnya yang berlaku.

Tidak berminat dengan persekitaran dirumah
Bagi pasangan yang sudah berumahtangga, anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang sekiranya mereka tidak berminat menghabiskan masa di rumah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa di luar. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengongkong mereka. Setiap manusia perlukan kebebasan. Asalkan ia tidaklah melampaui batas dan ia mstilah seimbang terutamanya bagi orang yang sudah berumahtangga.

Bau
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan mengenal bau pasangan mereka. Sekiranya terdapat perubahan terhadap bau pasangan, anda perlu lebih berhati-hati.

Perubahan gaya hidup secara mendadak
Sekiranya pasangan anda sebelum ini tidaklah terlalu bergaya didalam pemilihan pakaian dan secara tiba-tiba mereka cerewet dalam pemilihan pakaian, anda perlu memberi perhatian yang lebih. Pastikan anda tahu apakah punca utama mereka mengubah penampilan mereka. Sekiranya atas urusan kerja, anda perlu menyokong mereka tetapi sekiranya tujuan asal mereka masih samar-samar, anda perlu lebih berhati-hati.

Menjawab panggilan telefon secara sembunyi-

 Sekiranya tiada perkara yang salah dilakukan, rasanya tidak perlu untuk sesebuah pasangan menyembunyikan panggilan telefon mereka. Mereka harus berani untuk menjawab panggilan telefon dihadapan pasangan mereka. Ini adalah untuk mengelakkan rasa curiga. Keputusan untuk hidup berpasangan juga bermaksud bersedia untuk berkongsi segala masalah, rahsia dan sebagainya. Jadi tiada perkara yang perlu untuk dirahsiakan. Kejujuran adalah jalan terbaik untuk mengekalkan hubungan.

Melayari internet sehingga tengah malam
Pada zaman yang serba canggih ini, terdapat juga pelbagai cara untuk curang. Salah satunya adalah dengan menggunakan kemudahan internet. Sekiranya sebelum ini pasangan anda tidak menghabiskan masa berjam-jam di hadapan internet dan secara tiba-tiba mereka melayari internet sehingga tengah malam, anda perlu tahu apakah aktiviti yang mereka lakukan di dunia maya itu. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengetahui segala aktiviti yang dilakukan oleh pasangan anda di dunia maya.

Perubahan terhadap hubungan intim
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hubungan intim merupakan satu anugerah yang tidak ternilai untuk mereka menyatukan dua hati. Hasil kajian yang dilakukan, perubahan terhadap pasangan dapat dikesan ketika melakukan hubungan ini. Ia tidak hanya melibatkan kecurangan, tetapi segala masalah yang dipendam oleh pasangan, perkara yang merungsingkan mereka, masalah yang mereka tidak sanggup berkongsi dengan anda dan sebagainya akan terbongkar ketika saat ini. Anda hanya perlu bijak untuk membongkarkannya.

Bil pembayaran yang luar biasa
Seorang yang cuba untuk curang pasti akan menghabiskan lebih banyak wang. Ini adalah kerana sebelum ini wang hanya diperuntukkan hanya untuk seorang, sudah pasti sekiranya ia diperuntukkan kepada 2 orang perbelanjaan akan semakin meningkat. Pada kebiasaannya, pasangan tidak akan mengurangkan perbelanjaan terhadap isteri pertama sebaliknya hanya mengekalkan perbelanjaan yang sedia ada, ini adalah untuk mengelakkan timbulnya perasaan curiga. Mereka akan cuba untuk membelanjakan wang lebih banyak daripada menyimpan bagi menampung segala aktiviti mereka lakukan.

Tidak memakai cincin yang diberikan
Cincin merupakan satu sentimental value untuk sesebuah pasangan. Boleh dikatakan kebanyakan lelaki akan cuba melihat cincin di jari wanita terlebih dahulu sebelum memulakan agenda mereka. Kerana cincin melambangkan status empunya diri. Sekiranya pasangan anda sudah tidak memakai cincin yang anda berikan dan memberikan alasan yang samar-samar atau tidak kukuh mengapa mereka tidak memakainya, anda perlu mengesyaki sesuatu.

Monday, September 9, 2013

~Kuah Lodeh ala Cik Ponti~

As-Salam,

Sejak raya haritu terliur dan teringat kuah lodeh pak teh belah my mum. Pak Teh saya asal dari Singapura. Lodeh style jawa, kuah dia kaler putih. Saya tak tau macam mana nak buat kuah lodeh tu since my mum NEVER cooked for me kuah lodeh tu, almaklum laaa, my brother tak berapa gemar masakan Negeri Sembilan or makanan yang berwarna kuning senang cerita, cerewet sikit bab makan, Western food, Chinese food, Japenese food or Italian food dia suka sangat.

So malamni saya try my luck, for the first time saya masak kuah lodeh. Tapi ingatan untuk semua, MY STYLE...

Bahan yang ada di dapur sahaja yang di gunakan, kalau rasa tak cukup dan tak lengkap tu, pandai-pandai la ubah sendiri. Lagi sedap kalau ada sayur kacang panjang, kobis, kobis bunga dll... Ada separuh orang letak halia, serai dll, tapi saya tak letak sebab macam saya cakap tadi, lodeh ni ala Cik Ponti, Cik Ponti punya suka la nak masak macam mana. hehehehehehhe





Kuah Lodeh ala Cik Ponti giteww namanya
Carrot - potong ikut kreativiti anda ♥sigh♥
Tempe - potong cube (selera cik ponti)
Tauhu - potong cube
Tauhu kering - potong ikut selera
Suun
Beberapa ekor udang
Kiub pati ayam (brand knor)
Ubi Kentang - potong cube
Santan
Cili Merah - hiris comel-comel

(Bahan kisar, tapi saya tumbuk je)

Ikan bilis (sebab kat dapur bujang saya tak ada udang kering)
Bawang putih - beberapa ulas
Bawang merah

1. Tumis bahan kisar / tumbuk
2. Masuk carrot + ubi kentang + tempe
3. Masuk santan (tambah sedikit air if kuah terlalu pekat)

☆tunggu sehingga ubi kentang empuk

4. Masuk kiub + tauhu kering + suun + tauhu
5. Last sekali baru masuk udang dan cili merah

☆sedikit garam jika kiub anda tak rasa masin

Siap, mudah masak cara cik ponti. Dah la hujan malam ni, makan pulak kuah lodeh panas... Lagi sedap kalau ada kuah kacang or sambal tumis.








Sunday, September 8, 2013

~Sunday dan cekodok pisang~

As-salam,

Hari ahad yang malas, sebab apa malas? Dari tengah malam(sabtu malam ahad) sampai awal pagi ahad hujan lebat. Syok je tido, rehatkan badan yang letih setelah setiap malam bersengkang mata buat my signature creamcheese. Lagi-lagi sekarang ni ada new flavour such as Apple, Orange, Raspberry, Mango and Dark Cherry.

Saya jarang sekali bangun lewat walaupun hujung minggu. Tapi harini pukul 8.30am saya tersedar. Terus mandi dan keluar cari breakfast. Nafsu nak nasi lemak kerang..Sambil singgah pasar beli ikan dan ulaman.

Lepas breakfast, terus masak gulai ikan, saya suka yang cair. Saya suka yang kurang garam dan kurang santan and kurang lemak. Senang cerita, saya suka yang sihat! Sigh! Hehehehe.... (Gambar lupa nak ambik) 

Do some laundry, kemas rumah (rutin mingguan) dll. Petang pula, rasa nak makan cekodok pisang. Lepas lenyek pisang tu, baru saya sedar yang tepung gandum tinggal sikit. Jadi saya pakai alternatif lain. Rasa nya tetap sedap. Lembut dan gebu. Nak tau rahsia cekodok pisang yang lembut dan gebu?

Beberapa biji pisang di lenyek
Tepung gandum
Sedikit garam
Gula
Sedikit baking powder

DAN

ROSE FLOUR!!

Serious ni, saya campur tepung gandum dengan rose flour.

Saya memang suka derhaka dengan masakan. Nahhhh gambar cekodok pisang saya. Memang tak ada rupa, tapi sedap. Im having my cekodok pisang with a cup of strawberry tea.




Thursday, September 5, 2013

~Sedekah~

Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani ) 

LAST CHANCE WHILE.......

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ?

Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata :

Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi
untuk si anu
( H.R Al-Bukhari )...