Sunday, August 4, 2013

~Sotong + creamy + buttery~

Salam, what do you cook for IFTAR today? As for me, i make Kurma Daging, sambal belacan, ikan kering goreng kailan ikan masin and yang paling special, SOTONG yang creamy and buttery.... Nafsu untuk berbuka puasa..... heheheheheh...Nafsu je lebih, makan dia sikit je :p

A year ago, saya lepak di Strawberry Field Restaurant yang terletak di Petaling Jaya, near Hilton, sejak-sejak bersara dari jadi kaki live band, saya lebih banyak lepak JJCM. Yang menariknya di restaurant ni ialah sotong yang creamy dan buttery. Ada juga menu lain yang sedap-sedap tapi sotong ni memang terbaik dan menarik minat saya (memandangkan saya penggemar milk and cheese)






Bahan-Bahan :

Sotong - Goreng dengan tepung (saya guna tepung magik)
Daun Kari
Cili api / cili padi
Susu cair
Cheese
Butter
Bawang Putih
Gula / Garam

Cara-Cara :

1. Goreng Sotong dengan tepung magik. Tos kan minyak



2. Cairkan Butter dalam kuali


3. (butter cair) Masukkan daun kari dan cili padi / cili api dan bawang putih


4. Masukkan susu cair

5. (setelah mendidih) Masukkan Cheese (saya guna brand kraft je)


6. Gula dan Garam (hati-hati kerana cheese dah sedia masin) 

7. Masukkan Sotong yang telah digoreng tadi.

8. Untuk memekatkan kuah, masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air


*hidangkan dengan nasi panas memang mabeles, lagi-lagi bagi penggemar cheese  :)






No comments: