Saturday, August 10, 2013

~Raya dan Ayam Masak Merah~

Salam,

Jika hari raya pertama dan kedua, saya dah meratah Rendang Tok resepi dari Chef Wan. Harini saya masak Ayam Masak Merah pulak.

Ayam, dibeli di pasar borong Kajang. Pertama kali menjejak kaki di pasar borong Kajang, saya agak excited gila. Macam jakun sebab tengok barang-barang semua fresh-fresh belaka. Jadi, saya beli seekor ayam untuk dimasak Ayam Masak Merah pula. Resepi pulak, saya ikut resepi bujang je. Sebab apa saya cakap resepi bujang? Sebab saya gunakan bahan yang senang dan tak remeh dan juga memang ada di dapur bujang saya :p...

Terima kasih juga kepada 'Harimau Comel' yang memudahcarakan untuk saya masak Ayam Masak Merah ni.


1. Ayam - goreng 5 minit tapi jgn kasi masak sangat

2. Tumis bahan tumisan (kayu manis, bunga lawang, minyak sapi)
3. Bawang Merah + Bawang Putih + Halia (blender or tumbuk)
4. Masukkan tomato puree sikit
5. Masukkan ciliboh sikit
6. Last baru masuk ayam yang dah digoreng tadi
7. Sedikit air 




*burpp!!...god bless*



No comments: