Tuesday, July 9, 2013

~Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434 H~












INFO: Kelebihan setiap malam Solat Tarawih

Berikut merupakan senarai kelebihan setiap malam solat tarawih:

malam pertama: Keluar dosa orang Mukmin seperti mana dia baru dilahirkan. Ini bermakna dia diampunkan oleh Allah segala dosanya.
malam ke 2 : Diampunkan dosa orang Mukmin serta kedua ibu bapanya.
malam ke 3 : Malaikat di bawah Arasy berseru supaya terus melakukan solat Tarawih.
malam ke 4: Mendapat pahala seperti pahala membaca kitab Zabur, Taurat, Injil dan Quran.
malam ke 5 : Mendapat pahala bersolat di Masjid Haram di Makkah, Masjid Nabi di Madinah dan Masjid al-Aqsa di Palestin.
malam ke 6 : Mendapat pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Makmur. Batu-batan dan tanah mendoakan agar diampunkan dosanya.
malam ke 7: Mendapat pahala orang yang berjuang bersama Nabi Musa a.s. melawan Firaun dan Haaman.
malam ke 8 : Mendapat pahala Tarawih seperti pahala Nabi Ibrahim a.s.
malam ke 9 : Pahala dan mutu ibadat seperti Nabi Muhammad s.a.w.
malam ke 10 : Mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
malam ke 11 : Keluar dari dunia iaitu mati dalam keadaan bersih daripada dosa.
malam ke 12 : Pada hari kiamat, mukanya bercahaya.
malam ke 13 : Pada hari kiamat, aman sentosa daripada kejahatan dan keburukan.
malam ke 14 : Malaikat bersaksi bahawa dia bersolat Tarawih.
malam ke 15 : Semua malaikat yang menanggung Arasy dan Kursi berselawat dan mendoakannya.
malam ke 16 : Terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
malam ke 17 : Pahala bertarawih seperti pahala para Nabi a.s.
malam ke 18 : Malaikat berseru: "Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah reda kepada engkau dan kepada kedua ibu bapa engkau."
malam ke 19 : Ditinggikan darjatnya dalam syurga Firdaus.
malam ke 20 : Mendapat pahala mati syahid dan orang soleh.
malam ke 21 : Dibina sebuah istana dalam syurga daripada nur (cahaya).
malam ke 22 : Pada hari kiamat, aman daripada dukacita, kerisauan dan huru-hara Padang Mahsyar.
malam ke 23 : Dibina sebuah bandar dalam syurga daripada nur (cahaya).
malam ke 24 : Diberi 24 doa yang mustajab (diterima oleh Allah)
malam ke 25 : Dilepaskan daripada seksa kubur.
malam ke 26 : Pahala 40 tahun beribadat.
malam ke 27 : Ganjaran melintas titian Siratul Mustaqim sepantas kilat.
malam ke 28 : Diberi seribu darjat di akhirat.
malam ke 29 : Mendapat pahala seribu haji mabrur (yang diterima Allah).
malam ke 30 : Penghormatan daripada Allah dengan firman-Nya:

"Wahai hamba-Ku! Makanlah segala jenis buah yang engkau ingin di dalam syurga, mandilah engkau daripada air syurga Salsabila, dan minumlah daripada air telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama "al-Kauthar".




Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434 H
Seiring terbenam matahari Sya'ban, maka tibalah Ramadhan bulan yang suci
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Mohon ampun dan maaf segala khilaf




~ r o z l i n s h a r i n a r o s e d i ~

No comments: