Wednesday, July 3, 2013

~Makaroni Bakar~

Morning peeps...

Malam tadi tak bole tido, astro pulak tak de cerita yang menarik. Jadi tergerak hati nak masak makaroni bakar. Tengok-tengok barang kat rumah, tak lengkap nak wat yg selalu buat tu. Banyak barang tak de, sos spegeti, mix vege tak de...ermmm.... otak laju je nak reka resepi sendiri hehehehhe... Dan alhamdulillah menjadi jugak.



Bahan-Bahan:

Makaroni (xkisah bentuk apa pun, sy guna setengah paket)
Serbuk Kari Daging (3 sudu besar dibancuh dengan sedikit air)
Daging Cincang
Susu Cair (setengah tin)
Telur (3biji)
Daun Sup
Daun Bawang
Cheese
Garam
Cili Merah
Bawang Besar (bawang holland lagi sedap)



Cara Masak :

1. Didihkan air, masukkan makaroni. Rebus sampai lembut lebih kurang 10minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap. Ketepikan.


2. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang cincang. Masukkan rempah kari dan daging cincang. Lembutkan daging sekejap. Masukkan garam.


3. Masukkan makaroni, susu cair, daun sup/daun bawang, cili merah. Kacau rata sebentar. Ketepikan.


4. Griskan dulang dengan mentega. 


5. Masukkan makaroni tadi ke dalam dulang.


6. Curahkan telur.


7. Tabur Cheese parut.


8. Bakar 180'C selama 40 min.



**selamat mencuba. senang n simple :)









1 comment:

Mafia Rider said...

yessszaaaa...mmg sedap & terbaek.. :-)...
(psssttt...dato' seri bln pose nie x nk wat lg ke tuk b'buke..bleh sy join...he3)