Monday, July 22, 2013

~Kuih Tepung Pelita~

Pada 20 Julai 2013, Sabtu yang lepas, saya berkesempatan membuat kuih tepung pelita. Kuih favourite saya dan saya percaya ramai di luar sana yang suka makan kuih tepung pelita ni. Yang paling saya suka jika ada yang jual tepung pelita dengan meletak sengkuang cina. Nyummm...sedap betul, sejuk je perut bila makan kuih tu.

Tapi seperti biasa saya sedikit derhaka dengan resepi kuih tepung pelita ni, kalau secara tradisionalnya kuih ini diletakkan di dalam daun pandan, tetapi sebab di rumah tidak mempunyai daun pandan yang mencukupi, jadi saya cuma masukkan di dalam tupperware :p hehehehehehehhe...ngelat.... Tapi uollsss... rasa dia mabeles sama macam beli kat bazar Ramadhan :)






Bahan-Bahan :
(untuk lapisan hijau)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air 
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit air kapur (saya tak letak pun tapi saya pakai tepung jagung sikit)

(untuk lapisan putih)
4 sudu besar tepung beras
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan

sedikit garam 
sedikit air kapur (saya tak letak pun tapi saya pakai tepung jagung sikit)


Cara-cara :

1.Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
 
2.Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.

3.Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai.
 
4.Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.

5.Sejukkan








***SENANG KAN???? ..bukan masterchef ponnn....








No comments: