Monday, July 8, 2013

~Hari minggu yang panjang~

Morning peeps....

Bermula malam 6 Julai 2013 sehingga lah 7 Julai 2013 adalah hari minggu yang amat panjang bagi saya. Macam-macam yang jadi sepanjang haritu.

Seawal 3.15am dah bangun dan bersiap untuk aktiviti mendaki di Bukit Broga yang mempunyai ketinggian 400meter jew*jew* (tapi pancit la jugak). Lagipun ada orang tu dah oder siap-siap nak minum milo panas. Siap suruh bangun awal n jangan lambat sebab nak fetch kawan-kawan yang lain kat tepi highway tol Kajang sekitar pukul 4am. Tunggu punya tunggu, 4.40am baru la orang yang oder milo panas tu sampai. Kami terus menuju ke tol kajang untuk berkumpul dengan kawan yang lain. Ada yang daripada pj, kl dan shah alam.

Sekitar jam 5.15am kami seramai 8 orang start mendaki. Ya Allah!! Ramai pulak harini yang sama-sama mendaki. Ada 1 kejadian, seorang perempuan chinese yang terjatuh ke gaung. Nasib baik dia tak pengsan, kalau tak, tak de sapa yang tau dia terjatuh. Keadaan masa tu teramat la gelap. Dengan bantuan orang ramai, perempuan tu berjaya di tarik naik ke atas. *kami stuck kat situ almost 15 minit*.









Bukan nak cerita pasal pegi Broga tu, tapi nak cerita apa yang jadi lepas balik dari Broga........ Sampai je rumah, rutin biasa hari sabtu, mengemas rumah, cuci baju dll.... Lepas je sidai baju, duduk kejap depan tv. Mata berat je, masa tu dah 11.30am. Tiba-tiba ada suara perempuan bagi salam n ketuk pintu. Aku bukak n agak terkejut...Dalam hati *uhh...drug addict nih rupanya..confirm nak mintak duit* dannnnnnnnnnnnn

Memang dia datang menangis-nangis mintak simpati. Kononnya 3 hari tak makan. Kalau tengok muka, memang la kesian, tapi dah faham sangat lakonan dia tu. Sebelum ni pernah datang mintak duit untuk beli susu anak, pampers anak, tak de duit nak isi minyak kete untuk pegi kerja, kene halau dari rumah dll. Jadi kali ni kene keraskan hati untuk katakan TIDAK. Mungkin dia bengang sebab selalu mintak duit, dia mesti dapat..Kali ni tak dapat pulak...

Petang 6 Julai 2013, lebih kurang pukul 4.30pm. Nak keluar pegi JJCM, almaklumla, dah nak puasa, nak jugak makan yang dok teringin lama tapi blom ada masa nak makan *eh, faham tak ayat ni?*

Dannnnnnnnnnnnnnnn.........................................




Baru perasan yang kereta kene calar dari depan sampai la ke belakang... So sweet perempuan tu.... So, Keluar la pegi Curve nak JJCM *walaupun hati tak tenang terkenangkan kete yang kene calar* .. Abis msg ke semua abang long dan ayahanda kajang. Memang nak cari perempuan tu. Nasib la, ada orang tu pujuk-pujuk dan dengan kuasa Allah, lembut sikit hati ni. Just let go~ KATANYEEE.... Dia kata nak tanggung semua kos kerosakan. Alhamdulillahhhh.... Berkat nak masuk Ramadhan kot? BIG SMILE :).

Pusing-pusing Curve dan ikea, punya banyak kedai makan, tak de satu pun yang menarik nafsu makan nih. So, plan nak pegi cari western food kat Kg.Baru. Baru je sampai Surian Tower, ferarri rosak pulak... Kuarkan hp nak call bantuan, erkk...bateri tinggal 7% PULOKKKK.. Sempat la msg2 2-3 orang. Tahan cab nak balik kajang, dia charge RM80 kot!! Hambek kauuuuu~ Pastu bila ada tol, passenger kene bayar sendiri pulak tu. Hokey!! ... Sampai rumah, cepat-cepat charge bateri hp. Pinjam power bank Noriy Noi. Pegi balik Surian Tower sebab nak bawak balik ferarri bertuah tu.

1 hal lagi, punya la confident pakai insurance Uniasia *sebab asal dulu memang uniasia* eh..eh..call tanya, rupanya dah lama tak pakai insurance tu. Damnn.. cuba proses data dalam otak ni, ingat balik...Tapi still tak bole ingat pakai insurance mana. So, terpaksala call semua insurance yang ada. Ahh....lambat sangat nak cari, last-last google je towing services. Uwaaaaaaaaaaaaaaaa.............




2.56am, 7 Julai 2013....Baru la sampai bengkel area bangi, n balik tido. Kesian kat noriy noi kene balik Putrajaya pulak. Zzzzzzzzzzzzzzzz....letihnya....

Rasa nya weekend ni terlalu lama masa dia...Macam-macam jadi. Letih sangat...

6pm, 7 Julai 2013, pergi amik kereta kat bengkel. Tukar tensioner n belting...uwaaaaaa... Then terus ke balai polis Kajang nak buat cover report.

Daaa...sakit hati!!










1 comment:

Mafia Rider said...

Noriy Noi ok je..kesian yg tuan punya ferrari byk sgt dugaan sabtu tu & xpsl2 terbang duit lg (byk tue...huhuhuhu...)