Monday, July 8, 2013

~Chocolate Chips Muffin~

Yes! Saya adalah penggemar tegar chocolate :). So harini saya nak kongsi resepi chocolate chips muffin yang sangat mudah. Dibawah ini disertakan resepi asal untuk membuat chocolate chips muffin ni. Tapi semalam saya sedikit derhaka kepada resepi tersebut dengan mengantikan gula dengan gula perang, menggantikan susu segar dengan susu cair. Hehehehe...tapi still jadi dan sedap.




Bahan-Bahan :

250gm tepung 
2 sudu teh baking powder 
1/2 sudu teh soda bikarbonat 
2 sudu besar serbuk koko 
175gm gula (saya gatal guna brown sugar*jangan ikut saya*)

150gm coklat chip (terpulang dan ikut suka) 
250ml susu segar  (saya guna susu cair sebab tak de stok susu segar di rumah)

90ml minyak 
1 biji telur gred A 
1 sudu teh esen vanilla


Cara-Cara :

1. Gaulkan semua bahan kering dalam 1 mangkuk


2. Gaul bahan basah dalam mangkuk lain. Masukkan bahan kering dalam mangkuk bahan basah. Gaul rata,   masukkan chocolate chip. (saya tak gaulkan chocolate chip sekali, saya tabur dia akhir nanti)

3. Letak dalam papercup (cupcake or muffin cup pun bole). Tabur chocolate chip lagi jika suka. Bakar selama 20 minit.



*senangkan? Thanks to Nigella Lawson sebab ajar buat cake yang simple dan mudah.  :)







1 comment:

Mafia Rider said...

bleh jual nie...sape yg nk order tuk raya... ;-)