Tuesday, July 30, 2013

~10 terakhir Ramadhan~

Salam

10 terakhir Ramadhan, mari kita sama-sama melipat ganda kan amalan kita.

Dukacita dimaklumkan, mengenai further study saya tu, nampaknya saya terpaksa melupakan hajat saya. Kekangan kewangan dan kurang moral support dari family buatkan saya patah hati dan putus asa. Ada kala terfikir untuk membawa diri jauh dari semua ini, jauh dari family, kawan-kawan dan sanak saudara. Tapi apakan daya, saya bukan anak jutawan yang tak perlu berkerja untuk menampung kehidupan. Segalanya tergantung dibahu saya sendiri. Kadang kala saya menangis mengenang nasib yang tidak pernah bahagia. Tetapi bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa".... Semakin banyak dugaan dalam hidup saya, semakin saya kuat menghadapi dugaan yang bakal mendatang. Menjadikan saya semakin dewasa, menjadikan saya semakin bijak menilai kehidupan dan persahabatan.

Pada tahun lepas (2012), saya mengambil keputusan untuk berkongsi kemeriahan Syawal yang bakal menjelang bersama anak-anak yatim dan juga miskin di Asrama Kasih Gesir. Kebetulan pengetuanya adalah kenalan lama saya sewaktu study di UiTM Shah Alam, yang saya panggil Kak Uji. Saya happy buat kerja amal, kami berbuka puasa bersama, menyampikan sumbangan individu, menyampaikan duit raya, kuih raya, goodie bags sumbangan individu, kami bawakan keriangan bersama McD happy meal, kami solat terawih bersama dan bermain bunga api bersama. 

Jadi pada tahun ini, sekali lagi saya dan beberapa rakan lain ingin berbuka puasa bersama anak-anak kami di Asrama Kasih YBK Gesir. Jadi sesiapa yang berhajat ingin menyumbangkan sebarang sumbangan (wang tunai, duit raya, kuih raya, pakaian dll)  boleh la menghubungi saya melalui email rozlinsharina@ymail.com. Kami akan berbuka puasa di sana pada 3 Ogos 2013 bersamaan hari Sabtu.


Info mengenai Asrama Kasih YBK Gesir ini boleh didapati di http://www.ybk.org.my/pendidikan/aska-gesir.html 

"I have searched in places, I’ve waited for years, I’ve taken all the chances, I’ve cried so many tears, I’ve seen so many faces, I’ve hid a lot of fears until my heart stopped searching cause you’re already here"

Sebahagian gambar yang di ambil sewaktu kami di Asrama Kasih YBK Gesir. #goodiebags #duitraya #happymeal...........Juga bersama kak Dewi orang kuat McD Taman Melawati yang banyak membantu kami. Dan juga rakan-rakan yang ikhlas membantu tanpa UPAH :)... #azalia #noriy #elly
Year 2012




"kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. teruskan perjuangan kita walau terpaksa menempuhi rintangan demi rintangan sepanjang perjalanan"


No comments: