Thursday, April 25, 2013

It's My Life: ~Nilai Seorang Isteri~

It's My Life: ~Nilai Seorang Isteri~: Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang kedepan. PENCERA...

~Nilai Seorang Isteri~



Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang kedepan.

PENCERAMAH : ” Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, disana ada nama jiran, orangtua, teman kerja, sahabat, anak dan
juga isteri nya serta seterusnya.

PENCERAMAH : Sekarang silahkan pilih 7 diantaranya yang sekiranya anda ingin hidup terus bersamanya.
Lelaki itu menghapus 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH : Hapus 2 nama lagi,sehingga tinggal lah 5 nama lagi yang ada di papan tersebut.

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi”,
maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isteri nya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata : “silahkan padam 1 nama lagi!”,
Lelaki itu perlahan mulai mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya secara perlahan.

PENCERAMAH : Silahkan pilih 1 nama lagi!.
Lelaki menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat laun mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang, PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu. :” kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi.”

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.


           tumblr_lmacrbbIp41qg6d8vo1_500_large


” Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi dan meninggalkan saya, sedangkan anak jika sudah dewasa akan berkahwin , setelah itu juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”

 


**dipetik dari blog pakarcinta.com



It's My Life: ~New Year..2013~

It's My Life: ~New Year..2013~: Dear peeps, Harap untuk tahun baru ini semoga segalanya berjalan lancar, dimurahkan rezeki yang ada, dipermudahkan perjalanan hidup, diber...

Wednesday, April 24, 2013

~New Year..2013~

Dear peeps,

Harap untuk tahun baru ini semoga segalanya berjalan lancar, dimurahkan rezeki yang ada, dipermudahkan perjalanan hidup, diberi ketabahan dan kekuatan.

Bagi yang belum tahu, saya sekarang telah bertukar keluar daripada JPA ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Putrajaya. Seronok sangat duduk kementerian ni. Walaupun kerja banyak dan tak pernah habis, tapi happy duduk sini. Bos saya PSU, sangat-sangat memahami dan sporting.

Baru-baru ini diadakan Malam Gemilang KKLW 2012. Saya dilantik sebagai urusetia  Bahagian Infrastruktur untuk Anugerah Kontraktor Cemerlang. Syok jugak jadi urusetia, ada lesen besar untuk ke belakang pentas untuk melihat artis jemputan.

Beberapa keping gambar untuk tatapan semua.


with EO n bos